Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Azizan Razak. Show all posts
Showing posts with label Azizan Razak. Show all posts

26 September 2013

Al Fatihah Buat Azizan Razak

Bhai/DeeDee sekalian..

Gua dan keluarga mengucapkan takziah kepada keluarga Azizan Razak ... Bekas MB Kedah atas pulangnya beliau ke rahmatullah baru sebentar tadi (11.10 am)

Semoga Allah Taala merahmati dan mengampunkan segala dosa beliau serta seterusnya mengangkat darjat beliau ...

Al Fatihah...

"Setiap yang hidup pasti akan merasai mati, dari Allah Taala kita datang dan kepadaNYA lah kita akan kembali"


10 May 2013

Innalillah....

Bhai.... gua terpaksa tulis artikel nih sebab ramai yang tanya dan ramai yang kontek.... semua nak tau stand gua tentang perkara nih...

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan......

Gua bertelagah dengan Azizan Razak atas dasar dan kapasiti politik... manhaj politik.... serupa jugak biler gua bertelagah dengan Hadi Awang, Haron Din, Harun Taib, Najib Razak, Abdullah Ahmad Badawi, Mahathir Mohamed dan lain-lainnyer...

Gua takder nak bertelagah dengan Azizan Razak mahupun mereka-mereka ini atas dasar peribadi mahupun atas dasar ilmu....walaupun nampak macam banyak kali dan banyak kala (bukan sekali sekala) tulisan gua seperti condong ke arah serangan peribadi atau ilmu.... tetapi harap dimaklumkan bahawa ianya tidak seperti yang lu orang nampak...

Seperti ditegaskan beberapa kali oleh gua.... blog ini dibina dengan format "metafora", "berfikir diluar kotak" dan "sarkastik" .... jadi sebaiknya lu orang kena membaca dengan mendalam... dan jangan serkap jarang....

Aper-aper pon... jika ader gua terbantai sesiapa secara peribadi... gua berharap akan dapat keampunan dari mereka-mereka itu dan jugak dari Allah Taala.......

So...... kepada Azizan Razak.... gua doakan yang terbaek untuknya... semoga Allah Taala mengurniakan keampunan buat dier dan gua jugak... Ader hikmah dari Allah Taala atas setiap sesuatu kejadian... Sesungguhnya tidaklah Allah Taala membuat sesuatu itu dengan sia-sia...


06 May 2013

Terima Kasih Azizan Razak

Bhai.. Gua nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Aizizan Razak kerana berjaya menyerahkan Negeri Kedah Darulaman kepada Barisan Nasional...

Kalu takder sebab perangai Azizan Razak yang lebih BN dari orang BN... Mau rasanyer susah BN nak amik alih Kedah... Aper pon ader chan la orang Kedah dapat MB baru iaitu Mukhriz Mahathir....

Hahaha... Senang la lepas nih San Miguel nak bukak HQ dier kat Kedah lepas nih... Ader la peluang pekerjaan baru kat rakyat Negeri Kedah Darulaman... Hahaha

Beribu-ribu tahnia..... Hahaha

13 September 2012

Azizan Razak Sediakan Kerusi Pada Nasharuddin Mat Isa

Bhai.. baca dengan minda yang terbuka... relaks... baca slow-slow berkali-kali statement Azizan Razak nih...

"Pas Kedah tidak menolak kemungkinan mengetengahkan calon luar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sekiranya calon sedia ada tidak berkualiti dan mendapat persetujuan Pusat. Menteri Besar, 

Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, untuk memastikan kemenangan terus berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR) Kedah, tidak mustahil keputusan hanya akan diputuskan di saat akhir. 

“Mungkin kita import calon luar Kedah jika mahukan yang berkualiti, namun terpulang pada pucuk pimpinan parti. Jika ada calon layak berlambak di Kedah, tak kan nak import lagi. Namun sebarang kemungkinan tetap ada,” katanya, selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, semalam. 

Menurutnya, sejarah membuktikan, calon luar juga berpotensi menang sekiranya tiada calon sesuai layak diketengahkan di kawasan tertentu." - sumber

Aper yang gua nampak... sepertinya Azizan Razak nak sediakan kerusi pada Nasharuddin Mat Isa ... ini standby tau... mana la tau Nasharuddin Mat Isa takbley bertanding di Bachok.... Pulak tue kat Terengganu pon ader orang tolak takmo amik Nasharuddin Mat Isa nih..

Jadi... Azizan Razak boleh sediakan satu kerusi standby buat Nasharuddin Mat Isa... nanti karang kalu Nasharuddin Mat Isa tak dapat kerusi Parlimen mana-mana... susah la skit dier nak jadi Menteri Kabinet.... hahaha... peluang terencat la skit...

Hahaha... tengok jer la....

07 August 2012

Kerajaan PAS Kedah Bukan Kerajaan PR?

Bhai... ader member mintak gua bagi analisis dan jawapan kepada persoalan yang diutarakan oleh Blogger Cenangau diblog dier.. dan member tue mintak gua tulis dengan teknik skema... ala-ala karangan 600 patah perkataan dalam SPM ... hahahaha ... so okeh.. sila baca CERPEN gua kat bawah nih.... hahahaha

Sejurus PRU12 disahkan menang di Kedah Darul Aman mempunyai kerusi DUN sebanyak 36 kerusi. Dari bilangan tersebut, 16 kerusi adalah dimiliki oleh PAS, 4 kerusi PKR, 1 kerusi DAP dan 1 lagi kerusi BEBAS. Namun selepas beberapa ketika 2 kerusi telah hilang di Kedah dari PKR

Ini bermakna PAS Kedah adalah satu parti yang agak dominan didalam pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Situasi ini sebenarnya telah membuatkan beberapa pihak yang sebelum ini kurang yakin akan kemampuan PAS di Kedah untuk memegang kuasa majoriti telah terkejut dan mereka kini telah berada dilingkungan kuasa.

Atas keterujaan mendampingi lingkungan kuasa mutlak untuk mentadbir negeri, kumpulan ini (saya gelarkan Kumpulan XX) telah mula mengeluarkan beberapa "statement" yang memperlihatkan status dominan yang mereka sedang kecapi. Pada masa tersebut, arahan telah dikeluarkan oleh PAS Pusat supaya PAS Kedah mengambil sikap bekerjasama dengan baik bersama-sama rakan gabungan dalam Pakatan Rakyat terutamanya PKR dan DAP.

Namun, ada suara-suara sumbang dari kumpulan XX ini yang kurang bersetuju dengan arahan tersebut dimana mereka seakan-akan mengeluarkan satu konsensus bahawa Kerajaan PAS Kedah akan beroperasi secara autonomi. Memang benar, MB Kedah mempunyai kuasa menentukan hala tuju negeri. Namun demi kesepakatan dan plan jangka panjang, MB Kedah perlulah menerima pakai aturan dan persetujuan konsensus dari PAS Pusat.

Kemelut pertama yang berlaku sebenarnya bukanlah pada isu KUIS, akan tetapi sebenarnya bermula dari pembentukan kabinet Kerajaan Negeri lagi seawal penubuhannya selepas PRU12. Ada pihak diperingkat PAS Pusat yang mengesyorkan bahawa PAS Kedah melantik ADUN DAP dan ADUN PKR sebagai EXCO.... namum PAS Kedah beranggapan bahawa adalah tidak perlu melantik ADUN DAP sebagai EXCO kerana DAP hanya memenangi satu kerusi sahaja.

Mungkin ada yang mengatakan bahawa Kerajaan DAP Pulau Pinang juga berbuat demikian keatas ADUN PAS. Perkara ini saya bersetuju. Sewajarnya kedua-dua Kerajaan Negeri mengambil inisiatif melantik wakil walaupun seorang dari parti gabungan Pakatan Rakyat sebagai EXCO.

Bertitik tolak dari ini, maka berlakulah beberapa perkara dan insiden yang menyebabkan PAS Kedah kelihatan seperti tidak selari dengan PAS Pusat dan konsensus Pakatan Rakyat. Ini semua kerana MB Kedah benar-benar ingin mengoperasikan Kedah secara autonomi. Malah kumpulan XX ini kerap mendesak Azizan Razak supaya mengekalkan corak ini. Ini memperlihatkan seolah-olah Kerajaan PAS Kedah bukan Kerajaan PR (Pakatan Rakyat).

Kumpulan XX ini lebih kepada mengambilcara konsep ketuanan Melayu dalam segala urusan. Malah kalau dilihat daripada impak dan kesan yang berlaku, kumpulan XX ini tidak langsung mahu menerima pakai apa sahaja yang diwarwarkan dalam Buku Hijau. Sikap merasakan bahawa PAS mampu untuk mengekalkan kuasa kerana pernah menang majoriti di Kedah pda PRU12 nampaknya seakan menebal. Malah ada juga cakap-cakap bahawa dengan hanya undi dari orang Islam sahaja sudah cukup untuk memberikan PAS kuasa di Kedah.

Sindrom ini dulunya pernah menguasai PAS Terengganu malah sehingga kehari ini ianya masih membekas. Ini kerana bagi kedua-dua negeri ini, peratusan orang Melayu agak tinggi. Adalah bernasib baik sindrom ini tidak menjangkiti PAS Kelantan. Terlalu ramai orang-orang didalam PAS yang sebenarnya teramat perkauman malah terlebih perkauman berbanding UMNO.

Mereka ini tidak sedar bahawa segala tindakan mereka dilihat oleh semua pengundi yang ada diluar sana. Kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU12 bukanlah semata-mata hasil dari undi rakyat yang menyokong penuh Pakatan Rakyat, namun sebenarnya undi terbesar datangnya dari orang-orang yang diatas pagar yang melihat peluang untuk mengajar UMNO/BN adalah dengan cara mengundi parti lawannya.

Selagi mana ramai pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS yang terlalu yakin akan kekuatan PAS bersendirian, selagi itulah PAS tidak akan kemana. Kita boleh lihat apa yang berlaku di Terengganu. Walaupun ramai yang mengatakan bahawa PAS kalah di Terengganu pada PRU11 adalah kerana pengundi hantu, saya sama sekali tidak bersetuju sepenuhnya.

Ini kerana hasil kajian dan pemerhatian saya, didapati sikap ahli-ahli PAS sesusah PAS menang dan memerintah negeri Terengganu Darul Iman lah yang menyebabkan PAS Terengganu hanya mampu memerintah Terengganu satu penggal sahaja. Sikap "over confident" dan "besar kepala" telah mendarahdaging didalam PAS Terengganu sehinggakan menggangap bahawa rakan gabungan Pakatan Rakyat adalah sampah.

Inilah juga sindrom yang kini sedang melanda PAS Kedah dan anda jangan terkejut jika saya katakan bahawa kumpulan yang sama berada di kedua-dua negeri. Mereka-mereka ini mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar. Malah mereka juga mempunyai jangkauan sehingga keluar parti dan ada yang bersahabat dengan pimpinan UMNO. Dalam banyak kes, maklumat dalaman Parti ada yang tersasar keluar terus ke dalam parti lawan hasil dari "mulut tempayan yang susah ditutup".

Kesimpulannya, apa yang anda sedang lihat kini sebenarnya hanyalah kurang dari 20% daripada apa yang sebenarnya berlaku disebalik tabir. Walaupun saya ada mempunyai beberapa maklumat yang agak tepat dan konkrit, namun kekhuatiran bahawa saya akan dituduh sebagai agen UMNO/BN adalah tinggi. Ugutan demi ugutan pernah dan berterusan saya dapat daripada pihak-pihak yang semakin panas dengan pendedahan sedikit demi sedikit yang saya pamerkan.

Inilah masalahnya bila ada pimpinan Parti yang didepan cakap lain, dibelakang cakap lain.

Sekian buat masa ini.

CipanTapirTenuk

P/S : pergh.... skemanyer penulisan gua nih... hahaha... rasanyer ader dah lebih dari 600 patah perkataan .... hahahaha... ini bukan lagi CERPEN... tapi NOVEL... hahahahaha

01 August 2012

Saham FACEBOOK Jatuh 43% Dibawah IPO

Pergh... kalu syarikat sebesar dan seglamer FACEBOOK boleh terbongkang sahamnyer dan jatuh 43% dibawah IPO ... aper lu nak harapkan ngan Saham FGV... hahahaha..

Rakan blogger gua TukangLawan ader follow saham FGV nih.. dan baru-baru nih dier ader postkan artikel mengenainya... jadi... macam biasa la.. gua tak terkezut sangat...

Benda macam nih aderlah perkara biasa dalam mana-mana saham... perkara kecik jer... yang jadi mangsa biasanyer aderlah pelabur runcit... hahaha.. yang kenyang aderlah pelabur sindiket.... macam siot jer kan... hahaha....

Najib Razak, Ahmad Maslan dan Isa Samad nak kata aper aaa tentang kejatuhan saham FGV nih... please lar.. bagi komen skit... hahahaha.... Oh yer... nak tanya gak aper komen Azizan Razak pasai saham FGV nih... hahaha

Baca Sini, Sini, Sini dan Sini

19 July 2012

PAS Ganti UMNO ?

Pergh... slogan ini lah yang paling gua tabley blah... gua cukup geli biler tengok slogan nih ader terpampang di mana-mana.... cukup menyampah... rasa nak termuntah..... hahaha

Sebelum lu orang nak tibai gua abis-abisan... gua nak kasitau lu orang... gua aderlah ahli PAS seumur hidup... hehehe... jadi gua ader haq untuk tibai benda yang gua rasa tarak betul dalam parti PAS... yer la.. takkan nak tunggu musuh tibai baru nak hinggat... hahaha

Camnie... slogan "PAS Ganti UMNO" pada pandangan peribadi gua aderlah sebijik sebuntat macam.... kalu UMNO dah terbongkang tergolek dog nanti... PAS akan menggantikan UMNO... dan perangai bangang ahli PAS akan mengikut perangai bangang ahli UMNO....

Aper. ... lu ingat ahli PAS maksum ker... wei... even yang belajar agama peringkat tertinggi pon boleh senang-senang jer Azzazil goda.. inikan plak budak mentah dalam PAS.... hahahaha.... lu tarak percaya... cuba tengok Azizan Razak.... perangai dier ader macam perangai orang PAS ker atau orang UMNO.... hahahaha

"PAS Ganti UMNO" pada gua aderlah... kalu UMNO dah jatuh .. PAS akan amik alih.. dan perangai tetap akan jadi samer jer... tabley pakai gak...

Melainkan... kalu diorang nih ingat kat Allah Taala.... bhai... bukan takder ahli UMNO yang zuhud.. ader... dan bukan takder ahli PAS yang lagho... ader... jadi tak terkejut lar.... hahaha

17 July 2012

Cakap Tak Serupa Bikin

Cheit.... Aper daaa..... Cakap tak serupa bikin.... suruh ahli parti sokong himpunan oren... siap kuar memo arahkan semua turun dalam himpunan oren... tapi... diri sendiri bersekongkol dengan penyamun Isa Samad, Ahmas Maslan dan Najib Razak... aper punya pimpinan nih.... celaka betul...

Perangai macam taik nih dah banyak kali dah puak-puak celaka nih buat.... memang bagi masalah betul lar... itu hari.. semua ahli peringkat bawah diarahkan bantah AUKU... berduyun-duyun lar semua orang dok bantah AUKU... sampaikan student yang tak berparti pon sokong untuk bantah AUKU... tup..tup ... puak-pauk celaka dalam pimpinan nih bersekongkol maukan AUKU.... macam sial jer...

Siap kata bahawa tindakan diorang nih betul... berdasarkan undang-undang.... cheyy... nih dalam kes saham Felda nih... diorang kata tindakan diorang nih betul gak... berdasarkan kepada percaturan perniagaan.. berniaga mesti mau cari yang untung...

Bangsat betul lar.... pusing-pusing kasi tipu penyokong Pakatan Rakyat .... memang celaka betul lar... gua dah dapat agak statement macam nih la yang diorang akan guna...

Nanti... biler kalah dalam PRU13... salahkan pulak kepada pengundi hantu.... salahkan kepada SPR sebab tipu... sedangkan sendiri yang buat taik.. sendiri yang kasi sabotaj... sendiri yang macam sial .... samer sebijik perangai masa kalah kat Terengganu dulu... salahkan pengundi hantu.... tapi perangai sekor-sekor pimpinan PAS Terengganu masa tue lagi celaka daripada Ibrahim Ali... macam sial jer...

Wei... tolong aaa.. jangan khianat hasrat rakyat nak jatuhkan UMNO/BN pada PRU13... jangan taruh batu dan paku atas jalan rakyat ke Putrajaya... jangan jadi celaka... (pergh... pagi-pagi lagi gua dah maki hamun pentadbiran Kerajaan Negeri pimpinan Azizan Razak nih)....

04 April 2012

Respek Perlu Diberi Walaupun Kepada Musuh

Bhai... gua tau .. kiter nih kalu dah bermusuh... semua yang elok pon pada musuh kiter tue kiter kata tak elok... betul dak... tapi pada gua la... walaupun kiter bermusuh ka.. aper ka... benda betul.. perangai baik... dan sebagainya yang musuh buat kiter kena gak puji dan respek...

Sebab itu la... ader benda yang okeh dalam sesetengah ahli UMNO tue gua respek... bukan semua barua dan cilabai... tak gitue..

Sebagai contoh... dalam negeri Terengganu nih... Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Ahmad Said bagi setiap budak sekolah (ikut step la) komputer yang dikeluarkan oleh TOP IT Sdn Bhd... Benda nih pada gua benda baik.. baik untuk bebudak sekolah... benda bagoosh... jadi kalu kata la PR plak lepas nih pegang Terengganu.. harapan gua... sila jangan tamatkan projek dan kerja baik nih... Jangan jadi bodoh macam masa dulu... Jangan buat perangai macam chilakak masa dulu... okey...

La nih.. gua nak bagi sikit respek pada Syed Sobri Syed Hashim (ADUN Kuala Nerang Kedah).. dier dah diisytiharkan muflis oleh Mahkamah... dan dier pon mengakulah semalam yang dier muflis... bangkrap...

Jadi dengan kebangkrapan Syed Sobri Syed Hashim tue... dier rasa (dier tau) yang dier tak layak hadir dalam menyuarat Dewan Undangan Negeri pada 17 April nih... dan dier buat press statement bagitau yang dier memang tak layak... dier mintak maaf ngan penyokong dier...

Ini macam punya ADUN gua respek... tak kisah la sebelah mana dier duduk... dier tau dier ader problem... dier undur diri... bagoosh... semoga jadi contoh kat orang lain samer... tak kisah la dalam BN ka... dalam PR ka... hahaha

JOM BERSIH 3.0

08 March 2012

Jalan Menuju Matlamat

Bhai... gua nak kasitau lu satu mender...

Anwar Ibrahim... Hadi Awang... Lim Kit Siang... dan sebagainyer tue aderlah cuma satu jalan... jalan untuk kiter mencapai matlamat.. jalan menuju matlamat... matlamat untuk membuat perubahan kepada sistem politik dan masa depan negara... selain dari pada tue takder...

Ini semua asbab jer... sebab kena ader jalan ... kalu tidak camana nak sampai ker matlamat...

Cumanyer... jangan jadikan jalan tue sebagai ketaksuban.. jangan sampai kerana ketaksuban kiter kepada jalan tue sehinggakan kiter sanggup menggadaikan matlamat...

Kalu jalan yang ader tue bengkang-bengkok pasai jalan tue sendirik gelong ... kiter jangan ikut jalan tue... kiter guna jalan lain... yang penting mesti sampai kepada matlamat... destinasi...

Jadi... kalu Anwar Ibrahim buat bengong.. buat kerja giler... buat menyusahkan untuk kiter sampai ker matlamat mengubah landskap politik Malaysia... kiter tinggalkan jer Anwar Ibrahim nih... jangan taksub sangat...

Samer lar jugak kalu Hadi Awang dan Lim Kit Siang serta Karpal Singh... kalu bengong jer... kalu buat kerja giler... buat menyusahkan untuk kiter sampai ker matlamat mengubah landskap politik Malaysia... kiter tinggalkan jer Hadi Awang, Lim Kit Siang dan Karpal Singh nih... jangan taksub sangat...

Samer lar jugak kalu Azizan Razak, Pahrolrazi dan sebagainya buat benda yang samer.., buat kerja bengong... kiter tinggalkan jer... jangan taksub....

Dan samer gak... kalu benda nih Nik Aziz pon buat samer... tinggalkan jer... jangan taksub...

Sebab pemimpin tue datang dan pergi... takder hal punya.... yang penting matlamat.... yang penting perubahan... yang penting aderlah rakyat sumer dan negara.... pimpinan buat kerja bengong .. kiter pancung jer....

Jangan jadi bodoh...

05 March 2012

Bukankah Gua Dah Kata

Bhai... bukankah gua dah kata .... biler kitorang blogger tibai dan hantam sama itu Azizan Razak.. bukan pasai kitorang nak jatuhkan Azizan Razak... cuma kiter mau dier ader pikir skit... tabley la nak buat sesuka hati mak bapak dier punya cara...

Kitorang tibai Azizan Razak sebab takmo dier jadi lebih UMNO dari UMNO... kalu dah jadi lebih UMNO dari UMNO... dah tak dapat nak tolong aaa...

Tapi.. biler kiter buat camtue... biler 2 exco kerajaan Negeri Kedah buat camtue... orang sumer marah blogger dan exco tue... siap tuduh nak jahanamkan PAS la... siap tuduh nak jatuhkan Azizan Razak la... siap tuduh nak sabotaj PAS Kedah la...

Wei... takder masernyer kitorang nak jatuhkan PAS... kitorang memang nak jatuhkan UMNO jer... lain daripada tue takder dalam kitorang punya agenda...

Kitorang bukan macam Hassan Ali... hahaha... so... kepada semua... kitorang maukan PAS di REFORM kan... supaya tabley la ader orang buat PAS tue jadik macam UMNO sebijik... kalu dah PAS jadi macam UMNO sebijik.. payah la kalu camtue....

Kalu dah PAS jadi sebijik macam UMNO... macam elok sangat la slogan PAS ganti UMNO tue... sebab perangai dan peel pon dah sebijik..

Kitorang beberapa bloggger dan webmaster yang mahukan perubahan dalam PAS bukan ader niat tersembunyi nak jahanamkan PAS macam tuduhan beberapa blogger (taksub) PAS .. tapi kitorang takmo lihat PAS jadik macam UMNO....

Sebab... dari pandangan kitorang... nampak sangat dah makin hari makin dekat perangai PAS dah jadik macam UMNO... so kitorang kena cantas benda nih awal-awal.... sori aaa... hahaha

02 March 2012

Dulu Pon Orang Kata Kami Khianat

Dulu.... lebih dari 5 tahun dulu.... biler kitorang dah mula bercerita dan kasi kecoh pasai Hassan Ali dan rakan-rakan dier.... ramai orang PAS (dari sekecik-kecik orang sampailah kepada pimpinan utama) dok tuduh kitorang nih cuba nak buat khianat...

Tuduhan kepada kitorang pon ader yang datang dari blogger PAS yang terkenal pon... malah ramai yang maki hamun dan kutuk kitorang pasai benda nih.... siap ader yang buat ugutan... macam-macam hal la....

Tapi... biler akhirnya terbukti memang Hassan Ali dan geng-geng dier buat cilakak kat dalam PAS... puak-puak yang dok tibai kitorang nih senyap tak terkata aper... malah depa pulak yang lebih sudu dari kuah... depa pulak yang sekarang nih konon jadi juara dalam mendedahkan siapa Hassan Ali... hahahaha.... lawak la korang nih....

Samer gak dengan biler kitorang bawak citer dan isu yang melanda PAS Kedah... ramai yang kata macam-macam kat kami... walaupun dah sohih dan nyata.. MB Kedah tue lebih UMNO dari orang UMNO... tapi... ramai orang termasuk blogger dok cover macam-macam... malah tuduh kitorang nih parasit... nak menjatuhkan Azizan Razak la...

Wei.. isunyer bukan pasai nak jatuhkan Azizan Razak... tapi kalu dah Azizan Razak sendirik yang lebih UMNO dari orang UMNO ... nak buat camana.... bukan sedikit peel dan kes dier... banyak bhai... tak larat nak citer la... banyak sangat....

Kitorang bukan pandang sangat orang-orang yang spesis "penghafal" nih.... jenis nih biasa la... berlagak hebat.... macam la orang lain semua takder ilmu.... hahaha...

Gua takmo tulis banyak-banyak... lu orang sendirik bukak la mata tue.... cuba tengok... ader tak UMNO Kedah dok tibai Azizan Razak... hahaha... takder la woi.. siap cover lagie ader la..... wei... takkan ini semua tabley baca... takkan la semua nih tabley tengok...

Wei... tak pernah dalam sejarah yang UMNO tak tibai PAS.... nih pelik biler UMNO boleh berkawan baik dan cover baik MB Kedah yang PAS tue... hahaha.... nampak sangat kan...

Tapi tak tau la kalu lu orang tak nampak... sebab lu orang dah terpengaruh ngan citer Hassan Ali yang kata kitorang nih parasit... hahahahah... nak buat camana....

28 February 2012

Belajar Agama Tapi Masih Bangang

Bhai.... gua menyampah betul la... gua cukup menyampah kat orang-orang yang kononnya berilmu tinggi dalam bab agama nih.... tapi... dalam masa yang samer... masih bangang lagie...

Siap berlagak dengan ilmu agama yang depa ader... tapi hidup sendirik pon tarak ikut bab agama nih...

Contoh paling senang nak tengok.... dah tau bahaya fitnah paling senang nak ader kena kalu berkait dengan lain jantina... tapi walaupun ilmu agama tinggi.... masih lagi bangang nak pi setelkan masalah pompuan sorang diri tanpa bantuan rakan-rakan lain terutamanya rakan pompuan....

Takkan benda kecik macam nih pon masih bodoh lagie.... susah la....

Samer gak biler belajar agama tinggi... tapi biler orang nasihat dier bab kepimpinan dier yang chenge dan menguntungkan musuh... dier dok tibai dan maki orang lain... konon orang lain tue ilmu tarak tinggi macam dier... wei... jangan dok berlagak la dengan ilmu tue... ingat jadi ketua besar dalam satu kawasan tue.. dah kira hebat aaaa... tabley orang lain nak nasihat.... bodoh la...

Kalu dapat pemimpin bangang macam nih pon susah gak....

Lagi satu.... ini satu hal pulak... tarak puas hati samer satu orang... habis satu dunia punya orang dier kasi libatkan... call sana sini... kecoh sana sini... gempak sana sini.... lu tarak puas hati samer itu orang... deal la samer itu orang... guna la cara professional.... kan dah ader semua jalan professional.... ini tidak... siap buat ceramah satu Malaysia lagie... wei.... akai jangan letak kat kapla lutut.... ikut aaa saluran yang betul... ikut prosedur la bhai....

Susah kalu jenis belajar tinggi.. tapi masih ikut emosi dan bukannya akal fikiran...

31 January 2012

Bila Azizan Razak Disokong UMNO Kedah

Pergh.... hah .. itu ler.. lu orang sumer maner ader percaya samer tulisan gua... gua dah bagitau dah lama dah... lu orang tarak rasa pelik ker... UMNO Kedah langsung tak tibai dan serang bertubi-tubi secara harian kat Kerajaan Negeri pimpinan Azizan Razak.... hahahaa...

Skrang lu tengok la... bila Azizan aRazak disokong UMNO Kedah... tarak rasa pelik ker...

Wei.. Lim Guan Eng... Khalid Ibrahim... Nik Aziz ... dulu Nizar Jamaluddin... hari-hari kena tibai dengan UMNO negeri-negeri terbabit... tapi Azizan Razak langsung tarak kena.... lu orang tarak pelik ker...

Nih dah kuar statement dari UMNO Kedah yang menyokong sepenuhnya kat Azizan RAzak... hahaha... tarak pelik ker... wei... biler musuh dah menyokong tue.. nampak sangat la macam ader cerita disebaliknya.... huh.. kalu lu orang tarak nampak lagie... gua tak tau la camana lu orang punya mata dan mata hati.... huh...

Lu orang bayangkan la kalu UMNO langsung tarak serang PAS.... mesti pelik kan... hahaha... sebab UMNO mesti akan serang PAS sama ader secara direct atau tidak...

Gua dah kasitau lu orang... perati-peratikan jer la Azizan Razak nih.... nampak pelik semacam jer.... macam mana UMNO Kedah boleh tarak kacau dier... pelik sungguh la gua... musykil la...

30 January 2012

Sorok Memorandum

Hahaha.... gua ingat perangai sorok memorandum nih cuma ader dalam Polis, UMNO/Barisan Nasional dan pihak Istana jer... tapi tak sangka plak penyakit sorok memorandum nih kena gak ngan PAS....

Hahaha... dah lama dah gua sebenarnya perhatikan benda nih... dulu tak la ketara sangat... cuma sekali sekala jer... la nih dah jadi macam tabiat jer... hahaha...

Kalu ader memorandum yang tibai pimpinan ker... aper ker... senyap... terperap... hilang... tapi.. kalu ader memorandum yang puji, puja pimpinan... pergh.. cepat nak mampus diterima...

Yang lagi lawak tue... yang sampai hantar pakai tangan pon boleh lesap tak tau kemana pergi.... lain la kalu hantar pakai surat ker... surat berdaftar ker.... hahaha... kalu yang antar pakai email... jangan mimpi la akan sampai... sure masuk tong spam.... hahaha...

Lawak la PAS nih.... hahaha.... benda dah setahun dua pon masih ader yang tak dijumpai... memorandum ntah letak kat mana... ilang... takder sistem filing ker... hahaha.... macam mana kerja setiausaha nih.... hahaha....

Ker sengaja kasik ilang.... buat-buat ilang tak tau mana letak... hahaha.... yang best tue.... yang antar pada PA pon boleh ilang.... walhal penerima tue ader sebelah PA tue masa penghantaran memorandum... pelik aaa....

Hahaha... orang kata.. kalu kena penyakit macam nih... tak lama.... lima enam kali Jumaat jer... hahahaha....

Mahukah Azizan Razak Memohon Maaf?

Bhai... gua nak tanya lu satu persoalan nih.... errr... agak-agak lu aaa... mahukah Azizan Razak memohon maaf? .... hahaha.. Kalu gua tanya Pak Bakaq PenarikBeca... mesti dier akan kata ... jangan dok mimpi la... hahaha...

Gua dah lama dah dalam PAS nih... gua dah tengok macam-macam jenis orang ader dalam PAS nih... jenis yang berilmu, tapi zuhud dan lemah lembut.... jenis berilmu, zuhud tapi keras... jenis yang nampak macam berilmu, ngarut dan keras kapla... dan jenis yang bodoh nak mampus tapi lembut dan senang dibentuk..

Azizan Razak nih kalu ikut ilmu agama.. boleh la dikatakan tinggi gak..... kalu nak dibandingkan dengan gua yang belajar disekolah Missionary (Kristian) nih... hahaha... jauh la... tapi kalu ader ilmu tinggi langit pon... tapi tarak diamalkan ilmu tue pon tarak guna juga wei...

Giler aper belajar tinggi-tinggi tapi taknak ikut keilmuannyer....

Macam orang pi belajar mengaji Al Quran ler... belajar taranum, siqah, tajwid dan lain-lain macam nak giler... tapi takmo nak belajar dan paham isi kandungan ayat-ayat yang dibaca tue... hahaha... jadilah macam Musabaqah Al Quran yang tetiap tahun Malaysia anjurkan tue... hahaha

Aper salahnyer kalu masa mula-mula kes KUIN 5 nih berlaku... Azizan Razak dan pentadbiran KUIN mengambil pendekatan "BUDI BICARA" ... dan tak menggunapakai AUKU sebagai satu alat untuk menyenyapkan suara mahasiswa.... bukanlah lebih baik mengambil sikap "bertolak ansur" dari bersikap keras melampau atas alasan ianya aderlah Undang-Undang yang ditentukan kepada IPTA/IPTS...

Polis yang buat roadblock pon tau nak guna budi bicara... takkan Azizan Razak dan pentadbiran KUIN tak reti nak guna budi bicara kot....

Nampak sangat Azizan Razak dan pentadbiran KUIN memang jenis keras kapla... tak boleh nak bertolak ansur... Lu orang boleh baca semua statement Azizan Razak sejak dari mula lagi kes ini... siap kata PAS Pusat takder locus standi la... senang cakap... susah ker Azizan Razak memohon maaf?

Perangai politikus macam nih la yang menyebabkan dari dulu lagi orang tak berapa nak suka dengan PAS... sebab perangai keras kapla, berlagak bagoosh, berlagak alim dan susah menerima pandangan orang lain (konon tak belajar ilmu usul-fiqh lah)... sebab itulah... kalu PAS takder join Pakatan Rakyat... 100 tahun lagi pun belum tentu PAS boleh dapat pegang pemerintahan...

Isu PAS menang kat Kelantan tahun 1990 dulu tue isu lain.. bukan pasai PAS bagoosh.. tapi pasai UMNO bergaduh sesama sendiri... UMNO banyak sangat cah keting... sori aaa...

Penat Bersih Taik Banyak Kali

Bhai.. gua sebenarnya dah sampai tahap menyampah dan menyumpah.... bukan kat UMNO/BN.... sebab kali kat UMNO?BN tue dah kira macam rutin harian jer.... tapi gua dah sampai tahap menyampah dan menyumpah dengan pimpinan Pakatan Rakyat...

Sekor-sekor tabley harap.... penat jer kiter blogger nih bersih taik depa yang dah depa berak merata .... tup-tup.... depa berak lagi.... macam sial jer...

Setiap kali pimpinan Pakatan Rakyat keluar statement... setiap kali tuelah bloggers macam gua terpaksa bersihkan taik-taik hasil statement bodoh depa nih.... err... depa nih takder akai ka.... sikit-sikit salahkan wartawan putarbelit statement depa....

Wei... wartawan yang putar belit tue cuma ader la seekor dua... tapi statement bangang tahap bangkai yang lu orang pimpinan Pakatan Rakyat buat tue la yang direkod dan dimainkan balik.... yang tue takder mender putar belit nyer... yang putar belit aderlah orang yang kuarkan statement tue jer....

Memang macam bangkai.... chilakak...

Taik tabur merata... bukan pandai nak bersihkan sendirik... bloggers macam nak mampus cover dan bersihkan taik depa... tapi pimpinan Pakatan Rakyat nih maner ader akai nak tengok semua nih... macam bangang... tak kira la yang berjanggut ker... berserban ker... kaki lagu hindustan ker... semua samer jer... tahap bangkai...

Sori aaa.. pepagi nih dah maki tahap dewa... nak buat camana... ader pimpinan Pakatan Rakyat yang takder berotak... jenis mulut takder insuran.... jenis akai kalu ader pon letak kat buntut... chilakak...

Gua cukup menyampah betul dengan pimpinan Pakatan Rakyat yang masih lagi bodoh nih... depa ingat statement yang depa buat tue dah kira hebat la yer... macam la orang tabley nak rekodkan .. dan publish dalam Youtube ker aper ker....

Sendirik dah kasik statement tahap bangkai... lepas tue salahkan wartawan silap quote statement dier.... buduh betul la.... kalu dah bangkai... memang bangkai la...

Penat aaa... penat bersih taik banyak kali....

(update) .... Artikel ini gua tujukan kepada semua pemimpin Pakatan Rakyat.. tidak terkecuali sama ader dari PAS, PKR mahupun DAP..... Artikel ini selaras dengan gagasan ABU dimana gua mahukan satu pentadbiran Malaysia yang adil, telus, saksama dan bersih.

29 January 2012

Locus Standi

Pertama skali... Azizan Razak memang tabley pakai punya pemimpin... Gua tak kisah berapa siri pon Harakah dan HarakahDaily nak buat cerita tentang zuhudnya Azizan Razak nih... ... citer bab zuhud yang takder kena mengena dengan pentadbiran dan kerjabuat Azizan Razak sekarang nih sebagai MB Kedah... sori aaa PAS, Harakah dan HarakahDaily... kalu pun nak cover citer... jangan sampai sebijik tiru cara UMNO/BN....

Okeh... Masa mula-mula kes KUIN 5 nih jadik ... aper yang Azizan Razak cakap dalam media dan dalam Harakah..... dier cakap PAS, Presiden dan sesiapa sahaja takder "Locus Standi" dalam kes ini... KUIN aderlah dibawah pentadbiran Kerajaan Kedah dan dibawah PAS Kedah....

Maknanyer... orang lain jangan campur tangan... yang boleh hanya Kerajaan Kedah dan PAS Kedah jer.... Maknanyer masa tue Azizan Razak stuju benar kalu AUKU dikenakan kepada 5 orang mahasiswa tue...

Masa tue lagi gua pelik... kenaper tak guna budi bicara.... Alangkan Polis yang dok buat Roadblock merata tue pon boleh guna budi bicara... ader yang kena saman.. ader yang tak kena saman.. tapi kena warning jer....

Tapi dalam kes KUIN 5 nih... langsung takder budi bicara.... Gua tau la AUKU tue berkuasa atas semua IPTA/IPTS ... tapi dalam mana-mana tindakan tatatertib... perkara pertama yang patut dibuat aderlah menggunakan "Budi Bicara" ... bukan tak boleh bagi warning ker aper ker... tapi terus kenakan tindakan dibawah AUKU iaitu gantung belajar....

Kalu Naib Canselor dan Jawatankuasa Tatatertib IPTA/IPTS lain bengong ikut cara stail UMNO/BN... takkan Naib Canselor dan Jawatankuasa Tatatertib KUIN pon bengong samer kot.... Kata dipunyai oleh Kerajaan Negeri dan PAS Negeri.... takkan bengong samer macam UMNO....

Sebab itulah gua berpendapat.. Azizan Razak nih memang tabley pakai... kalu lu orang semak balik statement selama nih dari Azizan Razak pasai isu KUIN 5 ... nampak sangat flip flop dier... nampak sangat chenge tak tentu hala dier... nampak sangat perangai sebijik macam UMNO...

That's what la gua dari dulu lagi tarak respek sama ini Azizan Razak... sebab ... dier nih langsung tarak ader gaya untuk jadi pemimpin Islam... sebab kalu pemimpin Islam nih.. dier boleh terima nasihat dari rakyat... tapi Azizan Razak nih dier langsung tabley... dier rasa dier jer yang betul.... perangai sebijik UMNO...

So... sebab itu la selama nih UMNO Kedah tarak kacau sama Azizan Razak... sebab Azizan Razak nih samer macam depa... samer geng... samer perangai... tarak percaya ka... cuba lu tengok berapa banyak ker UMNO Kedah dan Pusat kacau pentadbiran Azizan Razak... yilleks.. tarak.. nil... kosong... semua biarkan jer.. sebab depa tau Azizan Razak geng depa...

Cuba tengok kat Lim Guan Eng... Khalid Ibrahim... Nizar Jamaluddin... Nik Aziz... semua kena kacau... Azizan Razak jer yang depa tak kacau pon... lu orang tarak pelik ker... hahaha

26 January 2012

Ternganga

Bhai... gua betui-betui ternanga nih... ternganga biler ader orang masih nak defend sikap kapla batu beberapa pimpinan utama dalam PAS ,,,

Kalu perangai nih kiter tengok dalam UMNO .. takper la jugak.. tapi biler perangai kapla batu ader dalam PAS tue yang tak sedap tengok tue... Masalahnyer.. pasai wala' dana thiqah... semua jadi robot... takder kritis.. takder nak bangkang.. takder nak bedebat... semua pakai cover line jer...semua pakat angguk jer... aper daaa...

Tok Guru gua ader ajar.. kalu pimpinan tarak betul jalan... kasi tegur cepat-cepat .. sebelum melalut tak tentu hujung pangkal... sebelum nasik menjadi bubur...

Aper salahnyer guna skit budi bicara ker,,, guna pendekatan berlemah lembut.. berfikiran terbuka... tapi tidak... semua nak ikut kapla dier jer... macam Polis biler jumpa mamat tak pakai helmet naik motor... dier tahan.. tapi biasanyer dier takder saman punya.. melainkan dier nasihatkan baik-baik ataupon dier pow jer... hahaha

Aper-aper pon kalu dah institusi tue kita punya.. walaupun ader akta kerajaan yang berkaitan.. tapi kita boleh guna budi bicara sebaik mungkin untuk elakkan masalah.. kan senang kalu buat ikut budi bicara...

errrr.. ngantuk la.... lain kali gua tulis...

20 January 2012

Story Tentang MB Azizan Razak

Bhai... nih gua nak story tentang MB Azizan Razak skit...

Semenjak Azizan RAzak jadi MB Kedah.... ader lu dengar orang UMNO Kedah kecoh-kecoh macam kat Perak ker... kat Pulau Pinang ker.. kat Selangor ker....

errr... takder kan... gua pon rasanyer mesti akan tau kalu ader terdengar citer orang UMNO kat Kedah mengamuk dan dok bantai tak kira kat Azizan Razak nih.. tapikan... rasanyer takder plak... semua senyap sunyi.. cool jer ... lu tak pelik ker bhai..

Sebab itu biler ader sorang member gua bagitau dulu (sekitar tahun 2009) bahawa Azizan Razak nih amat disukai oleh orang-orang UMNO... bukan pasai Azizan Razak nih bagoosh sangat ker aper ker... tapi pasai Azizan Razak nih lebih UMNO dari orang UMNO...

Kerja buat dier.. sikap dier dan macam-macam lagie tue aderlah selari dengan UMNO... sebab itulah orang UMNO suka kat dier... sebab dier samer jer macam depa... tapi itu info yang gua dapatla...

Hahaha... walaupun gitue... gua saspek bendatue aderlah betul... pasai AzizanRazak nih banyak tindakan dier lebih menguntungkan UMNO (dalam banyak segi).... Yang lawaknyer...itulah satu-satu MB yang tak kena sembur tahap maki hamun oleh Zulkifli Nordin selama nih.. pelik gak kan...

Lu bayangkan... Khalid Ibrahim pun pernah kena tibai ngan Zulkifli Nordin... Lim Guan Eng pon pernah kena... Nizar Jamaluddin pon ader kena... yang langsung takder kena cuma Azizan Razak... hehehe... macam mana boleh terselamat aaa...

Ntah la... yang gua tau... lagi lama Azizan Razak nih dikekalkan.. lagi jahanam PAS... ingat tak biler blogger dedahkan agenda peribadi Hassan Ali seawal selepas seminggu PRU12... takder aper siasatan dan tindakan tegas dari Jawatankuasa Disiplin PAS... pimpinan PAS siap tuduh blogger suka melaga-lagakan orang... tapi akkhirnya selepas 4 tahun... memang betul Hassan Ali nih ader agenda peribadi...

Samer la jugak ngan Azizan Razak nih... gua berani jamin yang JawatanKuasa Disiplin parti tarak berani nak jatuhkan hukuman kepadanyer... last-last nanti biler dah buruk kelaku tahap dewa... dah terlajak teruk.. dah damage tue tahap maksima.. baru nak amik tindakan... masa tue sudah terlambat la bhai.... masa tue surupa jadi macam kes Hassan Ali... sudah buruk teruk dah... masa tue kira buang masa jer kalu nak amik tindakan kat Azizan Razak nih...

Kalu Azizan Razak nih langsung tak dipanggil mengadap Jawatankuasa Disiplin PAS... gua dengan itu mengisytiharkan bahawa baik dibubarkan jer Jawatankuasa Disiplin parti,,, dan dengan itu... PAS memang serupa dengan UMNO... sebab itulah memang layak PAS guna slogan PAS Ganti UMNO...

Sebab perangai pimpinan atasan PAS ramai yang sebijik sebuntat macam UMNO .. ganti tak ganti samer jer.... sebijik... PAS Ganti UMNO nih serupa 2 x 5 ....

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1