Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Senjata. Show all posts
Showing posts with label Senjata. Show all posts

08 April 2025

Isu Yusuf Rawther Bakal Melondehkan Anwar Ibrahin

Bhai/DeeDee semua...

Nampak gayanya kes perbicaraan Yusuf Rawther bakal melondehkan Anwar Ibrahim dam Farhash Wafa Salvador.... Macam mana liciknya Farhash dalam mengekalkan kepentingannya dan mempergunakan kelemahan dalam diri Anwar Ibrahim untuk kepentingannya..

Huhuhu

07 October 2024

Setahun Telah Berlalu

Bhai/DeeDee semua...

Beberapa orang mungkin tidak menyangka bahawa setahun selepas serangan tanpa prisiden oleh Hamas ke atas Israel, bukan sahaja perang Israel menentang Hamas di Gaza masih berlarutan—sebuah peperangan yang telah meragut lebih 40,000 nyawa rakyat Palestin dan menghancurkan wilayah tersebut — tetapi juga perang lain yang melibatkan Lebanon.



Kebanyakan pemerhati yang mengikuti situasi ini percaya bahawa konflik antara Hezbollah dan Israel hanya menunggu masa. Selepas pertempuran terakhir pada tahun 2006, kedua-dua pihak terus membuat persediaan untuk konfrontasi seterusnya.

Namun begitu, ada rasa terkejut dan ketidakpercayaan terhadap skala peristiwa yang berlaku dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Lebih daripada 2,000 orang telah terbunuh di Lebanon setakat ini, dengan 1.2 juta orang lagi terpaksa meninggalkan rumah mereka. Serangan udara Israel telah memusnahkan hampir setiap bahagian negara tersebut, termasuk ibu kotanya, Beirut.

Beirut, sebuah bandar yang sudah biasa dengan peperangan, kini mendapati dirinya berada di tengah-tengah konflik sekali lagi. Terdapat tanda-tanda bahawa bandar ini cuba menyesuaikan diri dengan realiti baharu, dengan beberapa kedai, restoran, dan bar mula dibuka semula di sesetengah kawasan. 

Namun, peringatan tentang peperangan tetap ada dan sukar untuk diabaikan: ambulans sering dilihat tergesa-gesa melalui trafik, letupan kuat akibat serangan udara kedengaran di seluruh bandar, dan puluhan orang yang kehilangan tempat tinggal tidur di jalanan serta taman awam.

Dengan kawasan selatan negara itu kembali dicerobohi tentera Israel, dan tiada tanda-tanda bahawa Israel akan mengurangkan intensiti serangannya terhadap Hezbollah — malah, yang berlaku adalah sebaliknya — ketakutan kini adalah bahawa ini merupakan permulaan kepada konflik yang luas dan panjang.

31 March 2024

Sediakan Popcorn ... Hehehe

Bhai/DeeDee semua...

Skrip 24 Oktober 2023 besar kemungkinan akan digunakan (diulang) demi untuk janakan “Wow Factor”. Nak bagi tally storyline Jalan Ampang.

Predictable.



12 January 2024

Tengku Zafrul Tak Disiasat Pun ...

Bhai/DeeDee semua...

Punya la banyak nama ada dalam Pandora Papers.... tapi macam mana takder satu pon disiasat...  Oh yer lupa... macam mana nak siasat... itu sama geng dengan PMX ... hahaha...

Tengku Zafrul pun tak dipanggil untuk siasatan... Hahahaha.... 

Punya la ramai staff dalam SPRM... takkan semua tumpu pada satu orang jer... Hahahaha ...  Kalau betul bersemangat nak benteras rasuah... boleh ja tubuhkan multi task team untuk siasat ramai orang yang namanya ada dalam Pandora Papers dan Panama Papers... Hahaha

Sembang Saorang Anwar Ibrahim


01 January 2024

MALAYSIA - Nota Bantahan Pun Tak Berani Nak Bagi...

Bhai/DeeDee semua...

Apa Tindakan Malaysia bila AS lulus jualan senjata kepada Israel?

Tak ada apa pun tindakan dari Malaysia. Senyap sunyi. Nak buat bantahan pun tabrani. Adoilah. Patut boleh ja PMX atau Menteri Luar panggil Duta USA untuk amik nota bantahan dari Malaysia...

Adoilah.

#Relevan #Palestine #Politik #MasaDepan #reactionvideo #reaksi #react
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

Layari juga laman blog C++ di https://cipantapirtenuk.blogspot.com
Sudilah subscribe Channel YouTube ini untuk lebih maklumat.

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

21 November 2023

Kenapa Tak Ramai Nak Jadi Sukarelawan?

Bhai/DeeDee semua...

Sembang bukan main... Kecoh dan kepoh bukan main... tapi bila dah bukak slot untuk jadi sukarelawan di Gaza.... tak ramai yang nak mendaftarkan diri... Hahaha...

Takkan takut mati kot?? 

Kat sini Malaysia ... bukan main sembang jihad bagai... Hahaha
Melayu Oh Melayu...

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 



13 November 2023

Hebatnya Indonesia

Bhai/DeeDee semua....

Perkhidmatan Kesihatan di Indonesia pun setakat so-so jer... Tapi Indonesia ader Hospital depa sendiri di Gaza... di Tanah Palestine.... 

Baru betul sumbangan tue sampai kepada yang memerlukan... tak macam kita... banyak yang ilang di jalanan.... hahaha.... abis kena sapu dek NGO ntah apa-apa...

Kalu lu orang nak sumbang ... bagi jer kat Mercy Malaysia... itu dah tentu sampai ke sana... yang lain ngarut ja...

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Majlis Ulama Indonesia nih sama level ngan JAKIM la.


11 November 2023

Israel Cukup Gentar Untuk Buat Serangan Darat Ke Gaza

Bhai/DeeDee semua...

Dalam mana-mana pertempuran dalam bandar (Urban Warfare) ... adalah paling menakutkan bagi puak yang mahu masuk kedalam bandar... sebab ianya seperti menempah maut... kerana puak yang bertahan mempunyai banyak kelebihan...


Antara kelebihannya adalah dengan menyediakan pasukan sniper yang ramai yang boleh menyorok disebalik timbunan bangunan yang runtuh... sama ada yang menggunakan senjata rifle 7.62mm ataupun yang menggunakan kaliber yang lebih besar seperti .50 cal.

Sniper juga boleh menggunakan mortar atau grenade launcher... malah dengan kedudukan yang boleh berubah-ubah.. bahaya paling kritikal bagi puak yang masuk ke bandar ini adalah dari impak serangan RPG .... sama ada dari peluru HEAT atau Tandem Warhead...

Kereta perisai dan kereta kebal boleh menjadi satu sasaran mudah... "sitting duck" bagi para sniper yang berpindah randah.... Ini belum dikira dengan adanya jerangkap samar dari IED dan sebagainya....

Kemampuan taktikal oleh pasukan yang cuba nak masuk ke bandar yang dah musnah nih memang mencabar.. Mereka perlukan anggota yang cergas... sebab bila masuk ke bandar mesti bergerak laju dan pantas... tak boleh berjalan beriringan dengan lambat...  mesti bergerak secara zig-zag...  jika tidak pastinya akan menjadi "ulam" sahaja... satu sasaran mudah buat puak yang bertahan dalam bandar...

Jadi... dengan adanya 300 ribu anggota simpanan yang telah digerakkan oleh IDF sebagai pasukan yang akan membentuk "ground force" yang katanya akan masuk ke Gaza bagi melakukan serangan darat nih.... gua agak gelak juga... sebabnya ... ini adalah pasukan simpanan... tiada pengalaman "urban warfare" ... walaupun mereka mempunyai kelengkapan senjata yang hebat dan terkini...

Dan mereka juga bukanlah "fit" sangat untuk mengendalikan "urban warfare" yang laju dan cekap...

So... gua percaya sebab itulah mereka akan kekal untuk tidak akan masuk ke kawasan pertempuran di Gaza sebab ianya seperti menempah maut.

Kena ingat bahawa... 1 orang sniper yang bagoosh boleh menamatkan nyawa 1 platun pasukan musuh dengan mudah .... Ini adalah realiti peperangan dalam bandar...

Dalam perang dunia kedua... Simo Häyhä adalah seorang sniper yang terhebat dari Finland ... dengan rekod 505 "confirm" .... dia berjaya mengkucar-kacirkan tentera Soviet Union selama berbulan-bulan... dalam keadaan hutan yang memang kawasan permainan dier... dalam keadaan salji yang sejuk dan putih.... Ingat.... dia berjaya buat nih kerana ini memang kawasan yang dia cukup mahir...

Jadinya.... dalam keadaan di Gaza... mana-mana penceroboh dari IDF yang cuba untuk masuk ke bandar ini akan menempah maut mereka sendiri.... 

Terkini.... Russia ada pengalaman "urban warfare" yang teruk di Mariupol selama 4 bulan.... dan mengalami kesan kekalahan yang amat signifikan... Tentera Ukraine telah berjaya bertahan dan mengalahkan Russia.

Pengeboman dari udara dalam bandar?? seumpama memukul lipas yang bergerak bersimpang siur... bom habis... tiada banyak hasil yang boleh dibanggakan...

Sekadar bercerita jer nih...

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

04 October 2023

No Comment

Bhai/DeeDee semua...

Dalam keadaan semua pihak bersedia... ada pihak lain merancang dan terlebih bersedia....

Gua?

No Comment...

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Rebel or What?


25 December 2022

Gila Ada Macam-Macam Jenis

Bhai/DeeDee semua...

Hahahaha...

Jahanam wei... Gila tu ada macam-macam jenis... Adoilah...


Polis berjaya memberkas suspek wanita berjubah yang cuba menyamun sebuah kedai emas menggunakan sebilah pisau di sebuah pasar di Ayer Keroh di sini, dalam kejadian pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, hasil maklumat orang awam suspek berusia 35 tahun berjaya ditahan kira-kira pukul 5 petang di Kampung Kuala Linggi, Alor Gajah kelmarin.

“Hasil soal siasat, suspek merupakan seorang eksekutif bahagian sumber manusia di sebuah syarikat swasta dan mempunyai pendapatan lumayan.

“Suspek sedang hamil enam bulan dan dia mendakwa melakukan perbuatan itu selepas didorong oleh perasaan untuk mencuba melakukan perkara ekstrem,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, pemeriksaan di lokasi turut menjumpai sebilah pisau berukuran 13 sentimeter yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

“Suspek yang mempunyai dua orang anak telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 393/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan cubaan merompak menggunakan senjata.

“Dia kini direman selama empat hari sehingga 27 Disember depan,” katanya.

01 August 2013

Jom Pakat Beli Benda Nih

Bhai/DeeDee sekalian...

Jom la pakat beli benda nih.... terbaek...  support NIJ Level IIIA tue.. setakat peluru pistol .38 ker.. .22 ker... 9mm ker...boleh belaka ditahan... tapi bukan peluru .44 atau 7.62mm ... hahaha... yang itu rasanyer boleh tembus kalu close range... hehehe..

So... Aper lagi... jom pakat beli benda nih.... Hahaha.. at least boleh la selamat skit.... hahaha ... untung la saper yang berniaga benda macam nih.... Hahaha... gua pon nak cari supply lar... nak try jual kat Mudah.My ... hahahaha .... mesti laku punyer.... hahaha

Engarde Malaysia
Tapi itu kalu kena tembak tang body lar... kalu kena tang kapla ka... memang kiok terkojol sat tue jugak... takder tunggu-tunggu punya.... hahahaha.... kojol tetap kojol.... ataupun boleh guna cara kat bawah nih... belajar ilmu kebal... hahaha



Dan jangan pulak lupa untuk bawak senjata nih dalam poket selalu.... jangan guna guli... cari ball bearing jenama SKF sebagai peluru dier... hahaha


25 July 2013

Belajar Teknik Membuat Senjata (Video)

Bhai/DeeDee sekalian...

Sekali sekala apa salahnya kita berfikir diluar kotak. Dalam keadaan keselamatan di Malaysia ini agak tergugat akibat dari ancaman jenayah rompak, rogol, bunuh dan sebagainya maka adalah lebih elok jika kita semua dapat belajar bagaimana teknik untuk membuat senjata.

Apa yang gua nak sarankan. Gunakan senjata yang lu buat dengan "extreme precaution" dan jangan halakan muncung senjata ada kepada sesiapa pun..... Cukup bahaya jika lu halakan muncung senjata kepada orang.... takut ada yang akan cedera...

Ok.... dibawah ini gua sertakan satu video senjata moden yang agak efektif penggunaannya. Lu boleh cuba untuk membuat senjata ini pada waktu senggang dengan peralatan yang ada dirumah... Mari belajar teknik membuat senjata.. Apa tunggu lagi... Jangan berlengah...

P/S : Aiyark... giler aper gua tulis skema camnie... hahahaha


senjata tembak cicak ..... hahahaha

17 April 2013

Polis Tidak Benarkan Senjata Kelelakian DIbawa?

Bhai.... Ader macam-macam kategori dan jenis senjata.... betul... ader senjata api.. ader senjata tajam... ader senjata tumpul... dan ader senjata kelelakian.... hahaha... Setiap kali kes jenayah berlaku... ianya mesti ader kaitan dengan jenis-jenis senjata nih... jadi kalu ikut definasi senjata... semua benda yang mengancam orang lain boleh diklasifikasikan sebagai senjata dan ianya merbahaya...

Biasanyer orang cukup takut dengan senjata api dan senjata tajam .... tapi ramai yang mati dan cedera akibat daripada senjata tumpul.... banyak kes la bhai... dan bagi wanita (orang perempuan)... mereka cukup takut kalu diancam dengan senjata kelelakian.... macam yang selalu "flasher" buat tue...

Tapi... bergantung kepada kes la bhai... dalam kes senjata kelakian tue panjang dua inci setengah.... hahaha... baik tak payah la nak buat jadi senjata ancaman... buat malu dan gelak ketawa orang jer... hahaha.... tak gitue...  Walaupun ader wanita yang takut diancam dengan senjata kelelakian sepanjang dua inci setengah... tapi ianya agak rare... maybe ditakuti sebab saiz ukurlilit senjata itu agak besar..... hahaha

So... kalu mengikut amaran yang dikeluarkan oleh PDRM seperti yang gua capturekan kat bawah nih... maka semua orang lelaki adalah dimestikan supaya tidak membawa senjata "tumpul" yang terdiri dari senjata kelelakian sepanjang PRU13 berlangsung.... Gua rasa PDRM suruh samer ader tinggalkan kat rumah jer senjata kelelakian tue ataupon tinggalkan kat mana-mana balai polis yang berhampiran.... hahaha...

Lawak kan... hahaha.... macam mana nak tinggalkan aaa.... hahaha... dan macam mana plak kalu senjata kelelakian tue dirampas.... hahaha... lagi la lawak.... hahaha




08 February 2013

800 Meter

Bhai... Nih saper punya Colt M16A1 siap dengan scope nih tertinggal dalam bas... Pergh... Siap dengan dua magazine peluru 5.56.... Hebat... Tapi ini bukan untuk long range punya sniper..

Ini untuk urban punya kerja nih... Kerja penembak tepat (maybe upahan) dalam kawasan confined space... Kawasan terhad... Paling maksimum pun 800 meter... Itu pon dah kurang kuasa tembakan... Tapi tak tau la peluru yang ader tue... Jenis high velocity ker... Armoured piercing ker...

Tapi dengan spesifikasi yang ader tue kalu jatuh ketangan orang yang professional... Memang cukup merbahaya.... 1 peluru boleh bunuh at least seorang.... Tapi kalu dalam kes CQB... Memang masak la siapa yang kena... Professional memang boleh manfaatkan 1 peluru untuk 2 sasaran... ... Bergantung kepada trajectory...

Aper pon... Gua konfiden.. Sekejap jer forensik PDRM akan dapat tau siapa yang punya senjata tue... Tambah lagi dengan semakan DNA dan ujian balistik.... Sekejap jer boleh tau... Kiter tengok ini saper yang punya... Hahaha... Gua rasa aaaa... Benda nih baru jer selesai digunakan... Tapi apa dan siapa sasaran gua tak boleh bajet... Tadi gua tanya kengkawan kat "E" pon diorang kata baru-baru nih maner ader kes 5.56 .... Kalu ader pon 9mm atau .38 .... Ntah la...

25 January 2013

Gua Dah Mengadu Kat FIFA

Bhai... Setelah berbincang dengan kengkawan... Tadi... Petang tadi gua dah antar satu aduan kepada Sepp Blatter, Presiden FIFA...

Gua buat aduan pasai belum pernah dalam sejarah bolasepak dunia yang ditadbir dibawah FIFA, ada anggota FIFA yang membiarkan pasukan bolasepak membawa anggota keselamatan bersenjata api kedalam stadium bola...

Gua berharap FIFA akan menyiasat perkara ini dan kalu perlu mengambil tindakan drastik untuk menghentikan tindakan provokatif macam nih... Bolasepak adalah sukan dan bukan medan perang.

Aper-aper pon... Gua akan tetap desak FIFA siasat dan kalu perlu amik tindakan drastik sebab perkara ini agak kritikal. Gua akab cuba update nanti aper komen Sepp Blatter.

Bagi peminat bolasepak. Harap dapat bagi sokongan dengan sama-sama beramai-ramai hantar aduan kat FIFA pasai nih... Okeh...


06 August 2012

ATM Patut Beli Kuratas Nih...

Benda nih namanyer Kuratas @ Vaudeville. Tinggi 12 kaki 5 inci dengan berat 4.5 tan. Enjin diesel ... Jangan ingat benda nih boleh digunakan untuk melawak... nanti tak pasai-pasai kena tembak ngan peluru BB....  ATM patut beli Kuratas nih... hahaha... baru la padan Angkatan Tentera Malaysia....  harga murah jer...


Oh yer .. lupa nak citer pasai "real life mecha" nih... hahaha... buatan mana lagie kalu tak negara matahari terbit.. Jepun .... Produk keluaran Suidobashi Heavy Industry. Ianya dibuat/dibina oleh pakar besi/artis Kogoro Kurata, kalu ikut gambar kat atas nih... ala.. yang pakai tuala good morning kat atas kapla dier tue... katanyer dier buat benda alah nih untuk masuk pertandingan Wonder Fest 2012.... ntah ler...

Yang pasti... kiter boleh naik dalam dier.. ader master-slave joystick dan touchscreen interface, tangan robot nih boleh dikawal dengan alatan Kinect, boleh digunakan untuk buat lawan tinju... hahaha... mampus Mohammad Ali.... Yang pasti dier ader dua BB Gatling guns yang boleh menembak sehingga 6,000 peluru BB seminit, ikut kata Plastic Pals lar .... hahaha.


Oh .. lupa nak bagitau... robot mecha nih ader kamera kecik dan boleh detect kalu lu senyum ... kalu lu senyum.. otomatik dier akan tembak BB kat lu... nasib la lu... hahaha.. Designer dier kata.. dier takder hajat nak perdajalkan orang lain.. hahaha.. sesajer suka-suka jer.... Tapi boleh digunakan kalu nak masuk pertandingan perang antara robot-robot... hahaha

Kalu nak beli satu... boleh order,  Harga taklah mahal mana.... ader banyak pilihan warna dan senjata... hahaha.... Model asas jer cuma berharga USD$1,353,500, .... so kalu Rosmah Mansor nak beli.. senang-senang jer dier nak beli... ala... lagi murah daripada cincin RM24 juta... hahaha

Aiyark... anak gua mintak nak order satu la plak... dah takmo nak main AngryBird... tak best... hahahaha... mampus... mana nak cari duit nak beli nih....

27 July 2009

Polis Pun Jual Senjata

Hahahahaha...

Stor senjata Balai Polis menjadi gudang pasaraya bilamana dua anggota polis berpangkat Lans Koperal menjalankan aktiviti menjual senjata... yang lawaknyer tue... bukan aper.. semua senjata tue adalah milik PDRM ... hahahahaha..

agak-agak lu aper jenis senjata yang dijual tue... PDRM tak heboh pon jenis senjata yang dijual tue...

kat Balai Polis biasanyer ader 4 jenis senjata....
  1. Pistol (revolver atau automatik)
  2. Sub Mesingun (MP5)
  3. Semi Automatik Rifle (M16 atau AR15)
  4. Shotgun (single atau double barrel)
So..... lu agak-agak la... yang mana satu yang kena jual .. hahaha.... kalau yang dijual tue adalah yang nombor 2 dan 3 ..... alamat masak la... hahahaha... 30 laras lebih ooo dah kena jual... ini lebih hebat dari kes Al-Maunah nih...

Kalu tak kena gantung bagi kes nie... sure la pelik... Al-Maunah pon boleh kena gantung..... hahaha ... ini kes berat nih... boleh jatuh hukum dibawah kanun keseksaan... mati mandatori... boleh diklasifikasikan sebagai cubaan berperang dengan YDP Agong ... hehehehe..

Hahaha... apa mau sorok lagi PDRM oooi... kasi tau la 1Malaysia .. apa jenis senjata yang dah kena jual tue.. ada malu ka? hahahaha

Baca Sini : Polis pun jual senjata


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1