Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Ancaman. Show all posts
Showing posts with label Ancaman. Show all posts

18 May 2023

Bila Nak Dipanggil?

Bhai/DeeDee semua...

Kalu orang lain... tak sempat Subuh dah kena kutip untuk disoalsiasat... biasa macam tue la...

Tapi... bila kena tang Abdul Hadi Awang... mmm... lambat sangat nak tengok ader tindakan yang diambil... slow sangat...

Sebab sampai ke hari ini pun Abdul Hadi Awang masih belum dipanggil untuk soalsiasat dan diambil keterangannya...

Special case kot... Hahaha ... kebal betul lar...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Kebal Betul Abdul Hadi Awang nih


27 November 2022

Meroyan La PAS

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha.... akhirnya... memang dah boleh jangka dah... Alamat meroyan la PAS .... hahaha... tak dapat nak deal ngan UMNO/BN di Pahang....

Hahaha.... korang tengok la.... PAS/PN akan lebih kuat tabur fitnah berbagai dalam 5 tahun nih untuk ganggu dan gugat pembentukan Kerajaan Perpaduan Pahang yang diterajui oleh Barisan Nasional dan Pakatan Harapan....

Dan PAS/PN akan terus-terusan meroyan.. hahaha



03 September 2021

PMYT - Perjalanan Mimpi Yang Terakhir

Bhai/DeeDee semua...

Gua ader diberitahu beberapa minggu sudah berkenaan dengan PMYT - Perjalanan Mimpi Yang Terakhir nih.... ader video... ader YouTube... ader FB pages dan ader Whatsapp dan Telegram Group.. ramai la pulak yang join, subscribe dan follow...

Hahaha...

Gua tengok, dengar dan amik pot ja... macam biasa la... layan jer.... mula-mula tu okeh la lagi.... masuk bab perang... bom nuklear... dan sebagainya ... gua dah rasa pelik dan gelak.... dan kemuncaknya adalah apabila Sittah Annur nih citer pasai keadaan Padang Mahsyar, pasai keadaan Syurga... pasai keadaan Neraka... pasai Malaikat... 

Maka....

Itu semua gua klasifikasikan sebagai mengarut dan berpotensi membawa kepada kesesatan.... huhuhuh.... bahaya ooo... dan sekarang Sittah Annur dah kena soalsiasat oleh PDRM.... pada gua ini perlu...  bukan setakat PDRM, SB tapi jugak dengan JAKIM...

Kena siasat ... kalu perlu cantas... cantas la awal.. sebelum masalah jadi lagi besar.



25 July 2013

Belajar Teknik Membuat Senjata (Video)

Bhai/DeeDee sekalian...

Sekali sekala apa salahnya kita berfikir diluar kotak. Dalam keadaan keselamatan di Malaysia ini agak tergugat akibat dari ancaman jenayah rompak, rogol, bunuh dan sebagainya maka adalah lebih elok jika kita semua dapat belajar bagaimana teknik untuk membuat senjata.

Apa yang gua nak sarankan. Gunakan senjata yang lu buat dengan "extreme precaution" dan jangan halakan muncung senjata ada kepada sesiapa pun..... Cukup bahaya jika lu halakan muncung senjata kepada orang.... takut ada yang akan cedera...

Ok.... dibawah ini gua sertakan satu video senjata moden yang agak efektif penggunaannya. Lu boleh cuba untuk membuat senjata ini pada waktu senggang dengan peralatan yang ada dirumah... Mari belajar teknik membuat senjata.. Apa tunggu lagi... Jangan berlengah...

P/S : Aiyark... giler aper gua tulis skema camnie... hahahaha


senjata tembak cicak ..... hahahaha

12 July 2013

Menteri Akan Disumpit

Bhai/DeeDee .... Aper yang gua nak tuliskan nih bukan hasutan... bukan ugutan... bukan ancaman... dan bukan termaktub dibawah kanun jenayah sivil.... Tapi ianya sekadar peringatan..... peringatan buat manusia yang lalai... manusia yang pikir tembolok diri dier jer... pikir pasai keuntungan laba yang akan diorang dapat jer...


Ini berkaitan dengan TPPA.... satu perjanjian perdagangan yang ultra-rahsia antara Kerajaan Malaysia dan 11 lagi Anggota lainnya.... Dalam sejarah Malaysia moden pasca 2000 .... inilah satu-satunya perjanjian rahsia yang melibatkan kepentingan negara yang rakyat Malaysia dinafikan hak untuk mengetahuinya... Aderkah ianyer baik untuk rakyat dan negara tidak diketahui... Hanya sebilangan kecil orang sahaja yang tahu... tapi yang lawak bodohnyer... senarai orang-orang ini pon tidak dibenarkan diwarwarkan kepada semua...

Sejak bilan TPPA nih diklasifikasikan sebagai OSA.... gua tak pernah dengar pon TPPA nih diletakkan dibawah OSA.... lu orang ader dengar ker???...

Kalu setelah ditandatangani nanti oleh si bangsat Menteri yang berkaitan....pada penghujung tahun nih.... dan selepas tue baru diketahui bahawa TPPA ini mencelakakan rakyat dan negara.... gua rasa aaa... lebih baik ini Menteri kena sumpit....

Sebab aper patut kena sumpit.... sebab Menteri ini khianat kepada rakyat.... so selayaknyer dier nih kena sumpit kat cuping telinga ker.... hahahaha....  Susah skit nak kenalpasti origin sumpit nih.... kalu semua kesan cap jari dan DNA takder..... hahaha.... nak buat ujian balistik pon tabley.... hahahaha ...

Gua rasa aaa..... ader Menteri akan kena sumpit nanti.... hahahaha... nasib la wei.... hahaha.... Setakat sumpit jer tak mati oooo... lain la kalu kena vital organ.... atau ader tambah racun cyanide ker... racun pokok ipoh ker.... hahha.... atau paling cikai sumpit tue taruh racun Roundup ...... hahahaha

Payah sangat... sumpit jer kat kemaluan.... kasi hilang sense of "kemaluan" tue..... hahaha

16 May 2013

Ancaman Keselamatan Siber

Bhai....  Benda nih memang nampak remeh... memang nampak tak berapa penting... tapi berhati-hatilah biler buat urusan di talian... tambah lagi dalam keadaan banyak emel "phising" yang berlegar di Internet mencari mangsanyer....

Tolong... tolong jangan klik mana-mana link dalam emel yang kononnya dihantar oleh pihak bank.... sebab pihak bank tidak akan menghantar emel kepada lu orang... bank di Malaysia cuma akan hantar aper-aper info hanya melalui surat biasa....

Jadi... berhati-hatilah....  ader paham ka???


KUALA LUMPUR - Malaysia merupakan negara ke-6 di dunia yang berisiko tinggi terdedah kepada ancaman jenayah siber berbentuk serangan malware, iaitu penipuan melalui sesuatu program sama ada komputer atau telefon pintar.

Naib Presiden Penyelidikan CyberSecurity Malaysia, Lt. Kol. (B) Sazali Sukardi berkata menurut laporan Laporan Ancaman Keselamatan Sophos 2013 dalam tempoh tiga bulan tahun ini, selain Malaysia terdapat sembilan lagi negara lain yang berisiko iaitu Hong Kong, Taiwan, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Mexico, India, Filipina, Thailand, China dan Indonesia.

"Penjenayah siber mencuri melalui kaedah ini mencecah RM331.7 bilion dari seluruh dunia dengan kos purata sebanyak RM593 bagi setiap mangsa berdasarkan Laporan Jenayah Siber Norton 2012," katanya.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja bertajuk "Collaboration and Cooperation In The Fight Against Cyber Crime" pada persidangan dua hari e-Crime, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, jenayah siber di negara ini mencatatkan penurunan iaitu daripada 15,218 kes pada 2011 kepada 9,986 kes pada 2012.

Sazali berkata penurunan itu adalah disebabkan penguatkuasaan efektif yang dilakukan agensi penguatkuasaan kerajaan termasuk CyberSecurity.

Beliau berkata penipuan adalah paling tinggi dilaporkan dalam jenayah siber diikuti cubaan menceroboh, spam, penafian perkhidmatan, pembulian siber, penipuan, kandungan yang berkaitan, kod berniat jahat dan laporan kelemahan seperti fitnah melalui siber.

"Kita juga sedang menghadapi ancaman keselamatan yang lebih banyak oleh organisasi jenayah antarabangsa yang menyalahguna internet untuk pelbagai aktiviti haram iaitu dadah, penyeludupan manusia, penipuan kewangan dan pengubahan wang haram, yang kesemuanya merentasi sempadan," katanya.

Sazali berkata, jenayah siber akan terus berkembang selagi penjenayah boleh mendapat keuntungan kewangan daripada sistem komputer dan keadaan ini akan bertambah buruk disebabkan kecuaian pengguna internet.

Sehubungan itu, katanya, CyberSecurity akan terus menangani jenayah siber bersama agensi penguatkuasaan lain termasuk Digital Malaysia, Dasar Keselamatan Siber Negara (DKSN), Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS), Pensijilan dan Penilaian Kriteria Seragam (MyCC), dan Penyelarasan Pengurusan Krisis Siber Negara.

Justeru beliau meminta orang ramai menghubungi CyberSecurity di Pusat Bantuan Cyber999 di talian 03-89926969 untuk menyalurkan maklumat dan membuat laporan awam.

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1