Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Ekstrem. Show all posts
Showing posts with label Ekstrem. Show all posts

25 December 2022

Gila Ada Macam-Macam Jenis

Bhai/DeeDee semua...

Hahahaha...

Jahanam wei... Gila tu ada macam-macam jenis... Adoilah...


Polis berjaya memberkas suspek wanita berjubah yang cuba menyamun sebuah kedai emas menggunakan sebilah pisau di sebuah pasar di Ayer Keroh di sini, dalam kejadian pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, hasil maklumat orang awam suspek berusia 35 tahun berjaya ditahan kira-kira pukul 5 petang di Kampung Kuala Linggi, Alor Gajah kelmarin.

“Hasil soal siasat, suspek merupakan seorang eksekutif bahagian sumber manusia di sebuah syarikat swasta dan mempunyai pendapatan lumayan.

“Suspek sedang hamil enam bulan dan dia mendakwa melakukan perbuatan itu selepas didorong oleh perasaan untuk mencuba melakukan perkara ekstrem,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, pemeriksaan di lokasi turut menjumpai sebilah pisau berukuran 13 sentimeter yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

“Suspek yang mempunyai dua orang anak telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 393/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan cubaan merompak menggunakan senjata.

“Dia kini direman selama empat hari sehingga 27 Disember depan,” katanya.

06 October 2021

Satu Elemen Bahaya

Bhai/DeeDee semua...

Satu part yang gua memang tak menyampah bilamana ada orang yang dah terbukti bercakap itu ini dalam video ucapannya.... tetiba biler terdapatnya banyak laporan Polis terhadapnya terus cakap semua itu yang diviralkan telah diambil diluar konteks....

Bhai... citernya camnie... memang la orang kerat video ucapan lu yang panjang berjela... tapi jangan la main sedap mulut ja bagi ucapan itu ini... lu pon tau kan... terlajak perahu boleh undur... terlajak kata... buruk padahnya... tambah pulak ucapan yang ader unsur-unsur melibatkan ketenteraman awam, mencetuskan kebencian kaum, mencetuskan keganasan, dan ada elemen ekstrem.... Memang mencari bala la...

Sori aaa... nak bagitau lu... Islam tak pernah ditegakkan dengan mata pedang .. Nabi tak ajar keganasan.... Jangan lu salah tafsirkan hadith Rasulullah... jangan memandai... jangan memalukan Islam...

Walau apa pun kita... walau siapa pun kita... please la jaga ucapan kita... tak kira la dimana sekali pun... dalam kelompok kecil sesama kengkawan ka atau lain-lain... sebab nanti tak pasai je kena...

Mulut tu kena jaga...

Kerana Mulut Badan Binasa


19 November 2012

Tindakan Kurang Bijak

Bhai... Artikel kali nih mesti akan buat orang PAS dan Pakatan Rakyat jengkel dan marah kat gua... Hahaha... Gua tak heran pon...

Camnie... Ini pandangan gua... Kalu ikut senario skrang nih... Pakatan Rakyat tengah lead sentimen... Tengah berpotensi nak amik alih pemerintahan Malaysia... Dan mungkin boleh lepas tue ubah Malaysia jadi negara terbaek dan bebas rasuah...

Tapi... Biler ader tindakan yang boleh dikatakan ekstrem dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat... Maka sentimen dan pengaruh Pakatan Rakyat telah sedikit tercalar dan merudum...

Sebagai contoh... Gua kureng bersetuju dengan doa yang dibacakan di Kota Bharu .. dalam dua tiga hari nih... Bukan gua tak setuju dengan berdoa... Cuma dalam doa patutnya kita mintak yabg terbaik dari Allah... Dan bukannya memintak yang terburuk dari Allah...

Contoh... Aper salahnyer kalo kita doa supaya dibukakan pintu hati rakyat Malaysia untuk melihat dan sedar atas kebejatan UMNO dan para sekutunya... Aper salahnyer kiter mohon Allah menukar pemerintahan UMNO/BN yang dah rosak tue kepada pemerintahan PR yang didasarkan kepada keadilan dan keIslaman...

Bila berdoa yang ekstrem macam yang dah dibuat tue... Rasanyer impak buruk lagi akan terserlah berbanding impak baik...

That's why la ... Gua tak setuju dengan bacaan doa yang ekstreme camtue... Sori... Kalu orang PAS dan PR nak marah kat gua.... Takder hal nyer....

Sebab pada gua aaaa.... Terbaik cukup kalu kita doa macam nih jer.....

"Kami bermohon kepada Mu Ya Allah yang terbaek bagi kami dalam pentadbiran negara kami... Dan sebaik-baik pilihan dan ketentuan, hanyalah dari MU Ya Allah ... Tuhan Rabbul Jalil"

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1