Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Kedai Emas. Show all posts
Showing posts with label Kedai Emas. Show all posts

25 December 2022

Gila Ada Macam-Macam Jenis

Bhai/DeeDee semua...

Hahahaha...

Jahanam wei... Gila tu ada macam-macam jenis... Adoilah...


Polis berjaya memberkas suspek wanita berjubah yang cuba menyamun sebuah kedai emas menggunakan sebilah pisau di sebuah pasar di Ayer Keroh di sini, dalam kejadian pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, hasil maklumat orang awam suspek berusia 35 tahun berjaya ditahan kira-kira pukul 5 petang di Kampung Kuala Linggi, Alor Gajah kelmarin.

“Hasil soal siasat, suspek merupakan seorang eksekutif bahagian sumber manusia di sebuah syarikat swasta dan mempunyai pendapatan lumayan.

“Suspek sedang hamil enam bulan dan dia mendakwa melakukan perbuatan itu selepas didorong oleh perasaan untuk mencuba melakukan perkara ekstrem,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, pemeriksaan di lokasi turut menjumpai sebilah pisau berukuran 13 sentimeter yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

“Suspek yang mempunyai dua orang anak telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 393/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan cubaan merompak menggunakan senjata.

“Dia kini direman selama empat hari sehingga 27 Disember depan,” katanya.

10 June 2013

Polis Malaysia Kejam

Bhai.... dalam mana-mana kes jenayah sekalipon... melainkan suspek mati serta merta akibat dari tembakan anggota keselamatan....  mana-mana suspek yang cedera perlulah diberikan rawatan kecemasan.... Ini adalah hak asasi manusia la bhai... Samer macam dalam pertempuran di medan perang... jika ada musuh mati serta merta... itu isu lain..  tapi kalu ader musuh yang cedera... rawatan kecemasan perlulah diberikan...

Soal sama ader dier musuh atau penjenayah ... memang bukan satu isu dalam kes kecemasan yang melibatkan nyawa... Ini standard dunia nih bhai.... gua pernah terlibat dengan beberapa situasi macam nih sepanjang berkhidmat dengan Agensi .... dan gua tau SOP ini..... satu dunia tau... dan ianya termaktub dibawah Geneva Convention...

Tindakan Polis tidak rasional gua nampak bilamana anggota Polis membiarkan suspek kes cubaan rompak kedai emas di Kota Bharu semalam yang cedera ditembak dikaki .... terguling-guling tanpa bantuan perubatan selama 20 minit adalah tidak berperikemanusiaan... Non-Humane....  Walaupun suspek adalah penjenayah... beliau berhak untuk mendapatkan rawatan dan bantuan perubatan kecemasan... ini menunjukkan bahawa Polis Malaysia kejam....

Ketua Polis Kelantan perlu memberikan satu jawapan yang rasional atas tindakan membiarkan suspek menderita kecederaan selama 20 minit itu tanpa rawatan kecemasan.... Dan Ketua Polis Negara wajar memberikan satu sidang akhbar bagi menjawab isu kenapa suspek dibiarkan tanpa rawatan kecemasan selama 20 minit...

Gua tidak dapat bertoleransi dalam isu nih... Bukan kerana gua sokong suspek itu.... tapi dalam kes nyawa manusia... walau siapa pon dia.... dalam isu kecemasan... perlulah diberikan bantuan....  Lainlah kalu anggota PDRM memang tidak berhati perut... dan tidak berperikemanusian...

Patut la anggota PDRM membelasah para demonstran pada setiap perhimpunan BERSIH macam orang gila ... pasai diorang takder berperikemanusiaan... Sori... gua kurang respek tindakan membiarkan mangsa tembakan tanpa rawatan kecemasan... Hukuman telah dijatuhkan lebih awal tanpa perbicaraan.... aper ke jadahnyer jadi macam nih..... ini memang kejam.....

UPDATE: Gua bukan sajer citer pasai kes ini.. tapi kes-kes lain yang bukan melibatkan jenayah (ancaman senjata).... macam contoh kes pesakit mental yang ditembak dikepala sampai mati di Perlis dulu.. Walhal boleh sahaja ditembak dibahagian lain (yang kemudiannya boleh dirawat).



KOTA BHARU - Dua perompak bersenjatakan pisau dan pistol terpaksa berputih mata selepas cubaan menyamun sebuah kedai emas di Jalan Temenggong di sini pagi semalam gagal.

Akibat tindakan mereka itu, salah seorang daripadanya terkena dua das tembakan yang dilepaskan polis di bahagian kaki dan mati di tempat kejadian manakala seorang lagi berjaya meloloskan diri.

Menurut saksi kejadian, Zulkifli Mohktar, 46, dia yang berada di dalam kedai emas berkenaan ternampak dua lelaki yang dalam keadaan mencurigakan menaiki kereta waja berwarna hitam turun dari kereta kemudian memakai topi keledar

“Melihatkan keadaan itu, saya terus keluar dari kedai terbabit untuk melihat di luar kedai dan semasa melakukan tinjauan, saya diacu pisau oleh seorang lelaki yang memakai topi keledar dengan tujuan menakutkan saya yang kebetulan datang bersama isteri dan anak.

“Saya pun terus menolak anak ke bawah tempat duduk bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk berlaku dan meniarap di atas lantai,” katanya kepada pemberita di sini.

Zulkifli berkata, selang beberapa minit kemudian, beberapa anggota polis yang melakukan rondaan di kawasan itu datang dan mengacukan pistol ke arah dua lelaki itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Zulkifli berkata, dua penjenayah berkenaan kemudian cuba melarikan diri dan polis melepaskan dua das tembakan bagi menakutkan mereka dan terkena ke arah kaki salah seorang suspek yang bersenjatakan pisau manakala lelaki yang membawa pistol berjaya melarikan diri.

Menurutnya, suspek yang ditembak kemudiannya rebah 15 meter dari kawasan kejadian, selepas cuba melarikan diri dan mati di tempat kejadian lebih kurang 20 minit kemudian.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengesahkan menerima laporan kejadian dan setakat ini pihaknya sedang memburu seorang lagi penjenayah yang melarikan diri.

“Gerakan mengesan mangsa yang bersenjatakan pistol kini giat dijalankan setakat ini dan kes disiasat di bawah seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) (FIPA) 1971,” katanya.

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1