Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label PRK Kemaman. Show all posts
Showing posts with label PRK Kemaman. Show all posts

04 December 2023

Kah Kah Kah .. 10K Undi Tu Datang Dari Mana?

Bhai/DeeDee semua...

Kebodohan itu nyata bhai... Nak menipu diri sendiri dan pentaksub tu biasa la.. Tapi bukan senang nak tipu orang yang terbuka mindanya... Hahahaha...

10k lebihan undi tu datang dari mana?? Takkan dari undi hantu kot?? Puak mana yang dah berpaling tadah bagi undi tue?? Nak kata dari #UNDI18 tue... tak berapa logik.. sebab peratusan keluar mengundi pun kurang dari 9% dari PRU15... Saluran 7, 8 dan 9 pun tak ramai bebudak mengundi hari tue...

Hahaha.... 10 ribu lebihan undi tue menunjukkan apa?? Hahaha

Kebodohan itu nyata bhai... Kebebalan itu nyata...

Lu orang boleh tengok kat komen-komen dalam blog nih yang memapar kebodohan mereka tanpa mereka sedari... hahaha... gua sajer tak delete... gua sajer lepaskan semua komen tue... supaya korang dapat tengok dan lihat... hahahaha

Gua gelak jer... sambil tue baca ulasan ringan gua tentang PRK Kemaman

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Teruskanlah menipu diri sendiri


03 December 2023

PRK Kemaman - 10K Undi Tu Datang Dari Mana?

PRK Kemaman sudah menutup tirai. Keputusan akhirnya telah diketahui.

Jika duhulu perbezaan undi adalah sekitar 27 ribu lebih, tapi kini sudah menjadi sekitar 37 ribu lebih undi majoriti. Satu kenaikan sebanyak 10 ribu undi. Bukan sesuatu yang sikit.

Sebelum UMNO/BN memulakan petisyen pilihanraya Parlimen Kemaman tempohari yang membuka jalan untuk adanya PRK di Kemaman, ramai pihak kata tak perlulah dibuat petisyen itu. Ini kerana beza jurang undi yang cukup besar. Agak susah nak mengubahnya.
Dan gua pada masa tu sekadar memperingatkan bahawa kos untuk mengendalikan PRK adalah cukup besar. Mungkin boleh mencecah hampir RM 10 juta. Ini semua membazirkan wang pembayar cukai.

Tapi itulah… semua ini umpama angin lalu, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tiada diambil peduli. Biasa la orang politik punya nafsu. Hahaha.

Sepanjang tempoh dari hari penamaan calon lagi sampailah kepada hari pengundian, gua ader pusing kawasan PRK Kemaman nih. Apa yang gua nampak… di banyak kubu kuat UMNO/BN selama nih, keadaan kempen UMNO/BN agak sendu. Bahan promo pilihanraya pun semacam tak bergerak. Banner dan bendera pun tak ada banyak.

Di kawasan Teluk Kalong umpamanya iaitu dikawasan sekitar rumah Ahmad Said (Bekas MB Terengganu) selaku Ketua Bahagian UMNO Kemaman pun tiada kelihatan bendera dan bahan kempen Barisan Nasional. Sampai ke hari mengundi pun masih tak kelihatan bendera BN.

Pelik bukan?

Dahulu pada PRU15, dikatakan kekalahan kerusi P040 Kemaman adalah disebabkan ramai pengundi baharu dari #UNDI18 memberikan sokongan mereka kepada Perikatan Nasional (PN).

Saya setuju bab ini sebab pada masa itu Saluran 7, 8 dan 9 yang dikhaskan buat pengundi baharu kelihatan sesak dengan pengundi yang teruja untuk mengundi buat pertama kali.

Namun pada PRK Kemaman kali ini, hasil dari pemerhatian gua yang pergi ke hampir 50% pusat pembuangan undi mendapati bahawa Saluran 7, 8 dan 9 adalah sendu. Apabila ditanya jawapan yang didapati adalah sama. Pengundi baru #UNDI18 tak dapat balik mengundi kerana sesi pembelajaran di IPTA/IPTS sedang berlangsung sekarang ini.

Ini memang benar. 2 anak gua yang merupakan pengundi #UNDI18 pun tidak dapat balik mengundi kerana jarak lokasi dan kekangan masa. Seorang di KL dan seorang lagi di Perlis.

Oleh itu jika pengundi #UNDI18 tidak ramai kali ini, maka apakah yang sebenarnya berlaku sehinggakan kenaikan jumlah undi menyebabkan ianya bertambah lebih 10 ribu undi?

Sedangkan jumlah peratusan keluar mengundi pada PRK Kemaman kali ini agak jauh rendah berbanding PRU15 iaitu sebanyak lebih kurang 9%. Dari mana datangnya undi tambahan ini?

Tidak dapat tidak kita kena mengakui bahawa undi tambahan sebanyak 10 ribu ini datangnya dari pengundi UMNO/BN itu sendiri yang rata-ratanya memboikot secara senyap pada PRK Kemaman kali ini.

Mereka mungkin nak memberikan satu isyarat jelas bahawa pilihan calon yang dibuat oleh pucuk pimpinan di peringkat Pusat adalah tidak tepat dengan tidak memberikan peluang kepada calon yang lebih solid dan dikenali ramai di UMNO Bahagian Kemaman.

Mungkin juga undi lebih ini datangnya dari para penyokong Pakatan Harapan (PH) yang juga tidak bersetuju dengan apa yang pimpinan PH buat pada hari nih. Tentang pembahagian kuasa misalnya. Entahlah. Kita tidak tahu.

Buatlah post mortem PRK Kemaman dan salahkan lah apa yang boleh dipersalahkan. Tapi yang pasti PN telah berjaya menambah undi lebih 10 ribu dalam keadaan peratusan keluar mengundi adalah sekitar 65% jer.

Ini semua bukanlah kerana kebodohan para pengundi (seperti mana yang pastinya para pentaksub PHBN akan laungkan) tapi sebelum nak salahkan orang lain, lihatlah kepada diri sendiri… Apakah yang sedang berlaku sebenarnya dalam komposisi politik di peringkat pusat. Apa pandangan para pengundi. Ambilah maklum.

Adakah sebab pengundi dah tak percaya dengan janji-janji dan retorik demi nak mendapatkan undi? Adakah para pengundi sudah mangli dengan sembang kosong reformasi yang akhirnya reformati?

Yang pasti warga Kemaman memang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup (untuk pengetahuan semua, kos sara hidup di Kemaman nih lebih tinggi dari di Shah Alam) dan isu-isu ekonomi yang tak berkesudahan tidak ditangani dengan elok.

30% pengundi di Kemaman adalah orang luar yang menetap disini bekerja dalam industri yang terkait dengan minyak dan gas serta industri hilirannya. Jadi mereka bukanlah mudah untuk dikatakan berbudaya @ berfeel @ bermentaliti tempatan (lokal).

Kesimpulannya.. PRK Kemaman adalah sesuatu yang membuang duit pembayar cukai atas benda yang sebenarnya tak perlu langsung untuk dibuat. Tapi pasai nafsu dan sombong, maka dapatlah tengok duit terbuang, status quo kekal dan hilang lagi 10 ribu undi.

Hahaha…

Sekadar menambahkan “garam pada luka”.

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 



20 November 2023

PRK Kemaman - Mana Bendera BN?

Bhai/DeeDee semua...

Dah dua hari Penamaan Calor PRK Kemaman. Tapi usahkan “kubu kuat” (katanya la) BN di Kijal pun tiada satu bayang bendera BN, malah depan rumah bekas MB Terengganu iaitu Ahmad Said (Ketua Bahagian UMNO Kemaman) pun cuma ader 2 bendera BN yang dipasang masa PRN baru-baru nih dan 2 bendera Palestine.

Nampaknya di Kemaman nih, bendera Palestine beratus kali ganda lebih banyak dari bendera BN. Adoilah

Bekas PAT ATM kena sabotaj ker nih?

#PrkKemaman #PHBN #PN #Pilihanraya #Undi18

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 







13 November 2023

Betul Ka Tu?

Bhai/DeeDee semua...

Pergh... Kompidennya... Hahaha... Kubu Kuat tue... Hahaha...

Takpa la... bagi chan la Ahmad Zahid Hamidi nak rasa kompiden pun.... Hahaha... Cuma nak bagitau la... Undi18 di Kemaman nih 70% memang solid ke PAS.... Itu ja nak bagitau... 

Bukan kata gua sokong PAS ka BERSATU ka atau PN kan... tapi ini realiti.. hahaha

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Kompidennya


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1