Yang di hormati Polis.
Sebagai rakyat Malaysia saya menyanjung tinggi polis yang telah bersama-sama menjadi “Barisan Hadapan” kepada rakyat Malaysia bersama-sama dengan pasukan-pasukan “Barisan Hadapan” yang lain bukan saja semasa Covid 19 melanda Negara ini malah pada setiap masa polis sentiasa menjadi pasukan barisan hadapan untuk keamanan Negara kita.
Cumanya apabila saya membaca berita 20 orang remaja telah di denda sebanyak RM1,000.00 seorang kerana tidak mematuhi SOP saya rasa satu ketidakadilan telah berlaku di antara rakyat biasa dengan pemimpin kerajaan bertaraf menteri.
Encik Polis tentu sedia maklum beberapa keping gambar menteri Pas bernama Khairuddin di tularkan tidak memakai penutup muka sebagai mematuhi SOP di tempat awam di mana gambar-gambar tersebut bukalan pada satu masa dan tempat yang sama jika di lihat pada bajunya yang berbeza-beza antara semua gambar-gambar tersebut.
Ini memberi maksud menteri Pas bernama Khairuddin tersebut telah melanggar SOP secara berulang-ulang kali tapi tidak ada satu pun saman di keluarkan terhadapnya oleh polis yang setiap hari di umumkan oleh menteri Kanan Keselamatan Dato Ismail Sabri bahawa polis telah mengeluarkan beratus-ratus sama terhadap orang ramai atas kesalahan yang sama.
Saya tidak bermaksud nak salahkan pihak polis di atas surat-surat saman kesalahan SOP yang di keluarkan terhadap orang ramai tetapi saya cuma nak bertanya pada polis kenapa menteri Pas bernama Khairuddin tersebut tidak turut sama di denda sebagai mana polis mendenda orang ramai?
Mustahillah polis tak tahu walaupun polis tidak melihat gambar-gambar yang di tularkan tersebut tapi bukankah bersama mengiringi seorang menteri setiap masa adalah sekurang-kurangnya seorang anggota polis.
Saya menyokong kerja keras polis dalam menangani penularan wabak covid 19 yang melanda Negara kita tapi saya juga berharap polis perlu bertindak adil terhadap semua orang yang melanggar SOP tanpa mengenal siapa saja sebagaimana virus Covid 19 ini yang tidak mengenal siapa saja sama ada orang itu menteri, ketua polis atau pun rakyat biasa.
Lagi pun apalah sangat RM1,000.00 pada menteri yang kaya raya itu kalau nak di bandingkan dengan remaja berumur 17-20 tahun yang tak pasti di manalah mereka hendak cari duit untuk membayar saman RM1,000.00 tersebut.
Akhir kata saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada polis di atas jasa yang telah di curahkan bersama-sama pasukan “Barisan Hadapan” yang lain, Semoga polis akan di kenang sebagai penyelamat kepada Negara kita ini dalam berhadapan dengan musibah Covid 19.
credit : Rosly Yusuf @ Abu Nawas

