Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Waris Sulu. Show all posts
Showing posts with label Waris Sulu. Show all posts

02 March 2023

Tuntutan Sulu, Siapa Dalang Disebalik Semua Ini?

Bhai/DeeDee semua...

Isu tuntutan Waris Sultan Sulu terhadap Sabah tu sudah jadi isu besar. Kalu tak ditangani segera lagi kronik masalahnya.

Apa yang pasti… Ada dalang besar dibelakang semua tuntutan ini. Ada pihak yang sedang mencari laba.

Dalam banyak-banyak syarikat milik bertaraf GLC yang boleh dikacau ganggu oleh waris Sultan Sulu ini, kenapa dijadikan sasaran syarikat terkait petroleum.

Apa motif sebenarnya.

Dari apa yang gua nampak, ada semacam satu dalang besar yang sedang nak menguji peluangnya untuk mengambil alih aset negara sebanyak yang boleh. Cuma gua takmo “create” kan insiden diplomatik. Itu ja. 

Sebab kalu gua petik satu nama tue… yang gua suspek berada dibelakang tuntutan waris Sultan Sulu nih… pastinya akan menimbulkan satu kegusaran di peringkat antara dua negara.

Gua tau penama tu tengah “sesak” dan ini ja cara paling sesuai untuk dia dapatkan dana besar dan sekaligus menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapinya..

Waris Sultan Sulu maybe hanya dapat sekitar 10 hingga 15% jer nanti hasil dari tuntutan besar nih…

Hahaha


16 February 2023

Tak Habis Lagi Dengan Waris Sulu

Bhai/DeeDee semua...

Tak habis lagi aaa.... itu hari kata dah setel ... dah selesai... kini dua aset milik Petronas di Luxemburg di kacau lagi... di sita...

Katanya ada keputusan untuk menguatkuasakan penghakiman yang lama... katanya dokumentasi penghakiman yang lama telah diperbetulkan...

Adoilah...

Jahanam...

Kena Lagi


Bailif mahkamah di Luxembourg mengeluarkan perintah rampasan baharu untuk dua unit firma minyak negara Malaysia Petronas minggu ini. Ini berikutan permohonan oleh ‘waris’ bekas kesultanan untuk menguatkuasakan anugerah AS$15 bilion yang mereka menangi terhadap Malaysia, kata peguam waris itu dan dokumen mahkamah yang dilihat oleh Reuters.

Warga Filipina yang mendakwa sebagai waris Sultan Sulu yang terakhir sedang berusaha untuk menguatkuasakan anugerah AS$14.9 bilion yang diberikan kepada mereka oleh mahkamah timbang tara Perancis tahun lalu, susulan pertikaian berlarutan dengan kerajaan Malaysia berhubung perjanjian tanah era penjajah.

Malaysia, yang tidak mengambil bahagian dalam timbang tara itu, menyifatkan proses berkenaan adalah tidak sah. Ia kemudian memperoleh penangguhan anugerah di Perancis tetapi keputusan tersebut tetap boleh dikuatkuasakan di luar negara di bawah perjanjian timbang tara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Petronas berkata ia akan menentang sebarang tuntutan yang dibuat ke atas asetnya dan Malaysia berikrar untuk menggunakan semua langkah undang-undang untuk menghalang asetnya, termasuk syarikat berkaitan kerajaan, daripada dirampas di luar negara.

Unit Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus pertama kali dirampas pada Julai 2022, tetapi kerajaan Malaysia berkata bulan lalu bahawa perintah itu telah diketepikan oleh mahkamah daerah Luxembourg.

Pada hari Selasa lalu, dokumen mahkamah yang dikongsi oleh peguam waris itu, Paul Cohen, menunjukkan bahawa bailif mahkamah di Luxembourg mengeluarkan perintah rampasan kedua ke atas unit dan akaun bank berkaitan.

Cohen, dari firma guaman British, 4-5 Gray's Inn Square, memberitahu Reuters bahawa mahkamah daerah Luxembourg sememangnya telah menarik balik perintah rampasan pertama mengenai isu kecil yang telah ditangani, tetapi tidak membuat penghakiman berhubung merit timbang tara berkenaan.

"Terdapat ketetapan teknikal yang kini telah ditangani dengan berkesan, dan perintah pembekuan sekali lagi dilaksanakan ke atas aset Petronas di Luxembourg," katanya menerusi e-mel.

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1