Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Ketua Hakim Negara. Show all posts
Showing posts with label Ketua Hakim Negara. Show all posts

09 January 2023

Ini Cadangan Yang Baik

Bhai/DeeDee semua...

Cadangan ini adalah cadangan yang baik... Gua sokong 300% ... Kita sebagai rakyat Malaysia mesti memartabatkan Bahasa Kebangsaan kita sebagai Bahasa yang utama... Bahasa Malaysia perlu dijadikan satu Bahasa yang mengikat dalan peruntukan undang-undang kita...

Bahasa Malaysia perlu menjadi bahasa undang-undang sepenuhnya...

Salute dengan cadangan ini...


Peguam Negara Idrus Harun mencadangkan agar kerajaan menjadikan Perlembagaan Persekutuan edisi Bahasa Malaysia sebagai versi muktamad (authoritative) bagi undang-undang tertinggi di Malaysia.

Dia berkata demikian ketika berucap pada Pembukaan Tahun Undang-undang 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.

“Perlembagaan Persekutuan bertindak sebagai asas kita dalam melaksanakan pengasingan kuasa (antara eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman).

“Oleh itu, bagi tahun 2023, menurut Perkara 160A Perlembagaan Persekutuan, AGC bercadang untuk mencetak semula Perlembagaan Persekutuan bagi memasukkan pindaan perlembagaan bersejarah terkini.

"AGC juga bercadang untuk mencadangkan kepada kerajaan supaya preskripsi Perlembagaan Persekutuan dalam bahasa kebangsaan menjadi teks rasmi (authoritative) selaras dengan Perkara 160B Perlembagaan Persekutuan.

“Kedua-dua rancangan ini tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong,” kata Idrus.

Perkara 160A menyatakan "pihak berkuasa yang dilantik di bawah undang-undang persekutuan bagi maksud menyemak undang-undang boleh, dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agng, membenarkan percetakan salinan perlembagaan ini, termasuk segala pindaan yang berkuat kuasa padaa tarikh kebenaran itu; dan di mana-mana salinan perlembagaan ini yang dicetak sedemikian hendaklah disifatkan bagi segala maksud sebagai salinan yang benar dan betul bagi Perlembagaan Persekutuan.”

Perkara 160B pula menyebut,"jika perlembagaan ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan, Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan teks sahih, dan selepas itu, jika ada percanggahan atau perselisihan antara teks bahasa kebangsaan itu dengan teks bahasa Inggeris perlembagaan ini, teks bahasa kebangsaan itu hendaklah mengatasi teks bahasa Inggeris itu.”

23 August 2022

Semoga Allah Taala Mengampunkan Najib Razak

Bhai/DeeDee semua...

Dia dah start menjalani hukumannya di Penjara... setelah penghakiman terhadapnya dibuat di Mahkamah Persekutuan....

Jadi ... selaku saudara seagamanya... kita doakan jer la yang baik-baik untuknya... semoga dengan hukuman yang dia dapat sekarang nih akan mengurangkan dosanya di akhirat kelak... Semoga segalanya menjadikan satu penyesalan kepada dirinya...

Kepada Allah Taala kita semua akan dikembalikan dan diberikan pembalasan.



Plan B Najib Razak

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua tahu yang Najib Razak sudah terdesak... Memang terdesak nak cari jalan selamat ... sampaikan Ketua Hakim Negara pun dier nak singkirkan dari mendengar dan mengadili kes dier...

Alasan yang dier bagi adalah suami Ketua Hakim Negara tak suka kat Najib Razak...

Wei... Najib Razak tau tak yang terlalu ramai yang tak suka kat dier.... bukan setakat suami Ketua Hakim Negara.... Tapi banyak warga Malaysia yang tak suka... 

Abis tue takkan semua yang tak suka kat dier tu salah??? Hahahaha

Bengong la Najib Razak nih...



04 March 2021

Sekali Buaya Mendongak

Bhai/DeeDee semua...

Hahahaha..... kalu tak sabitkan ngan binatang rasanya tak sah hidup Abdul Hadi Awang... Hahaha... Walhal binatang yang dia sabitkan kali nih sikapnya sama jer macam Abdul Hadi Awang... aper boleh ngap dier ngap.... hahaha...

Dapat jawatan Duta Khas Timur Tengah berstatus Menteri pon ngap.... Hahaha... janji masyuk.... kerja tatau buat ka apa ka tu belakang kira... Hahaha...

Nih kali Abdul Hadi Awang nak sembang pasai keputusan Mahkamah pulak... yang lagi mantop tue... dier nak sembang pasai keputusan Mahkamah Persekutuan tue... Itu Mahkamah paling tinggi dalam Malaysia.... Bukan calang-calang orang-orang yang jadi Hakim yang bersidang tue... Hakim-Hakim tue semua bukan main bagi keputusan camtue ja... depa kaji dan kaji dari semua segmen... dari semua sudut... dari semua peruntukan yang ader....

Sebab Hakim tu semua takmo akan ader cabaran kepada keputusan kehakiman tue... meaning that takder satu cara untuk mengatakan bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan itu terkhilaf... tersilap dan boleh dipertikaikan.... Itu prosesnya... dah gua tau... Abdul Hadi Awang mana paham benda-benda berkaitan Mahkamah nih... pasai tue la biler dier terpaksa bayar Claire Brown kat London dulu.... sebanyak RM1.4 juta.... Abdul Hadi Awang boleh canangkan yang dier telah menang kes itu....

Hahaha.... bangang kan..... hahaha

Adoilah Abdul Hadi Awang nih.... kan dulu Abdul Hadi Awang sendirilah yang jugak tangguhkan usul RUU355 dengan takder jangkamasa..... la nih bising pasai isu peruntukan syariah ... adoilah.... Sendiri bodoh lagi mau bising kata ini semua salah orang lain tak bantu dan sokong.... Hahahaha

Lawak siot...

Nih nak bagitau Abdul Hadi Awang..... cukup-cukup la nak riding atas nama orang baik yang dah mati.... cukup-cukup lar....

Bagero



13 March 2012

Dah Agak Dah...

Hahaha.. gua dah agak dah... hahaha... itue lar.. menari lagi ikut rentak UMNO/BN.. kan Pakatan Rakyat dah kena main... hahaha.... kaw-kaw punya kena main... hahaha

Dari ader chan nak bantai UMNO/BN kat dalam perbincangan di Parlimen.. terus kepada tutup buku.. sorok bawah karpet Mahkamah... macam la Mahkamah kat Malaysia nih adil sangat... hahaha... kalu Mahkamah di Malaysia nih adil... mestilah pembunuh, perogol dan peliwat adik Nurul Huda Abdul Ghani dulu tue kena penjara atau kena hukum bunuh (gantung sampai mati).... ini pasai tidak adil la yang boleh dilepaskan oleh Hakim Zaki Azmi tue...

Siap Zaki Azmi ucapkan "bagus" kat peguambela tertuduh... pergh... gua sampai biler tabley lupa aper yang Hakim Zaki Azmi buat tue... terbayang depan mata.... macam sial jer... lepas tue boleh plak jadi Ketua Hakim Negara.... mmmm.... macam mana boleh lepaskan pembunuh, perogol dan peliwat tue walaupun dah sah dier yang buat...

La nih isu Lembu Kondo... dok rajin sangat PKR buat laporan polis... last-last... tak dapat nak mintak bawak isu nih kepada PAC... sebab kononnya sedang dibicarakan di Mahkamah... wei.. Mahkamah Malaysia nih keputusan dier dah boleh baca la... Tolong bagitau nama Hakim yang ader telor skit kat Malaysia nih... semua Hakim kecut telur aaa kalu libatkan kes berkaitan ngan UMNO/BN nih...

Tambah lagie Peguam Negara pon jenis boleh kena beli.. hahaha.... dah agak dah.... hancuss la...

Bai bai bebeh... hahaha

Baca Sini : Berjoget Ikut Rentak UMNO

Baca Sini : Dewan Rakyat tolak usul bincang NFC kerana sudah jadi kes mahkamah

25 August 2010

Suruhanjaya Diraja Dilantik Oleh Perdana Menteri

Sori la bhai... aper yang gua nak tulis nie maybe ramai pihak tak akan puas hati... lantak korang la nak puas hati ker aper ker.... gua takder hal... cuma gua nak kasitau.... Setakat yang gua tau.. tak pernah lagi mana-mana YDP Agong dok bukak mulut dier sepanjang yang gua ingat la untuk menubuhkan mana-mana Suruhanjaya Diraja... Semua kes yang membabitkan Suruhanjaya Diraja dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia.... ini dibuktikan melalui sejarah.....

Tak kira la aper kes sekali pon... semua perlantikan ahli Suruhanjaya Diraja selama nih gua tau dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia.... so... aper ker jadahnyer ianya dipanggil Suruhanjaya Diraja... sepatutnya... ia dipanggil Suruhanjaya Perdana Menteri.... hahahaha

Blogger Greenboc telah menulis yang "kononnyer" Hakim Mahkamah Rayuan di Malaysia telah melakukan onar dengan tidak menghormati YDP Agong dalam kes rayuan atas semakan hasil siasatan Suruhanjaya Diraja.... Sori la bhai... bukan gua nak kata lu salah... cuma lu agak kurang tepat...

Suruhanjaya Diraja dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia dari UMNO/BN.... kes pulak berkaitan dengan puak yang salahgunakan fungsi Mahkamah dan Hakim di Malaysia.... puak terlibat adalah bersusurgalur UMNO/BN ... Ketua Hakim Negara pulak sekarang nih adalah bekas peguam UMNO ... jadi ... memang patutla Hakim Mahkamah Rayuan tue menyebelahi plaintif... sebab plaintif adalah dari puak yang sama.... dan Ketua Hakim Negera yang ada sekarang nih pon mendapat kuasanyer dari tangan-tangan puak yang sama (V.K. Linggam) jugak... hahaha ... kan ker semua Hakim dalam Malaysia nih dibawah kuasa Ketua Hakim Negara...

So.... aper cerita nih sebenarnya.....????

Ceritanyer.... ialah.... dah lama dah kita nih dipimpin oleh pimpinan boneka... yang akan digerakkan mengikut kepentingan UMNO/BN .... dan gua memang dah lama tak respek kat pimpinan boneka nih... yer la boneka bertali... semua akan ikut pergerakan tali tue la...

Pimpinan boneka nih sebenarnya menyamai satu peribahasa Melayu...... "Seperti melukut ditepi gantang" .... "ada tak bertambah.... tiada tidak berkurang" .... hahahaha ....

p/s : Artikel nih takder kena mengena dengan yang hidup ataupun yang dah mampus (kalo kena tue... memang nasib lu la).... dan jugak takder kena mengena dengan aper-aper hasutan.... so.... pegi mampus sama puak-puak yang tak puas hati ngan artikel gua nih...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1