Bhai/DeeDee semua...
Gua setuju kena beri ruang... tak kira la siapa Perdana Menteri tue... waima Mahathir Mohamed, Abdullah Ahmad Badawi, Najib Razak, Muhyiddin Yasin, Ismail Sabri mahupun Anwar Ibrahim... memang kena beri ruang untuk mereka berkhidmat...
Tapi... perkara yang salah perlu ditegur... Tindakan yang tak tepat perlu dikritik... Kesilapan perlu dinasihat...
Tak perlu tunggu lama sampai sesuatu itu sudah membarah... perlu ditegur dan dikritik awal... sebab kalu tak ditegur dan dikritik... nanti ramai pengampu, pembodek dan pentaksub yang berada keliling Perdana Menteri tu akan merosakkan Perdana Menteri itu sendiri...
Benda yang sama pernah berlaku pada ramai Perdana Menteri sebelum ini.... yang merosakkan mereka adalah para pengampu, pembodek dan pentaksub yang duduk berkeliling... hari-hari mengelabui pandangan para Perdana Menteri dengan berita-berita palsu dan molek-molek belaka demi nafsu serakah dan kepentingan para pengampu, pembodek dan pentaksub ini...
Rosaknya Najib Razak adalah kerana pengampu, pembodek dan pentaksub yang dok berkeliling dier la...
Same goes to Ismail Sabri, Muhyiddin Yasin dan Mahathir Mohamed .... sampai anak menantu pon dok merosakkan dier...
Jadi dalam kes Anwar Ibrahim... beri ruang tu boleh... tapi Anwar Ibrahim perlu ditegur, dikritik dan dinasihati... dan dia kena terima semua itu untuk menjadi pembaikan kepada pentadbirannya... Kalu ader Menteri yang dibawah kabinetnya yang bangang, bebal, bangkai, tak boleh pakai serta mengarut dan tak perform... memang ianya secara otomatik akan membusukkan pentadbiran Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri...
Jangan kerana Anwar Ibrahim nak bekap seekor dua Menteri yang bangang, bebal dan bangkai... maka rakyat nampak Anwar Ibrahim sendiri pun ngarut... jangan sampai camtue... Kena faham tue... sebab rakyat dok perati ja... sebab memang rakyat dah nampak ader beberapa Menteri yang perangai macam haramjad.... semenjak dapat kuasa dah lain cakap dan tindakan... rakyat dok perati ja...
Itu ja nak khabor...
Tapi kalu orang macam Anwar Ibrahim pon tak boleh nak terima kritikan dan pandangan... takbley nak terima teguran dan nasihat.... maka elok diturunkan jer la dari kepimpinan..... gi mampos la siapa Anwar Ibrahim tue.... heran apa nak tunggu 24 tahun dier naik jadi PM ....
Ader paham ka???