Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Rakyat Marhaen. Show all posts
Showing posts with label Rakyat Marhaen. Show all posts

03 June 2023

Memang Kelakar Sangat

Bhai/DeeDee semua...

Katanya Kerajaan Madani telah bagi izin kepada 2 syarikat untuk penaik harga gula bagi kelas premium... Alasannya gula premium nih adalah gula bertapis...

Soalan gua... abis tue selama nih kita makan gula yang ada tu bukan gula bertapis ka??? Huhuhu...

Macam ada yang tak kena ja nih...

Lepas nih pasti harga minuman akan dinaikkan berkali ganda... sebab macam mana kita nak tahu betulka depa pakai gula premium ... macam mana nak beza... Ada sesiapa yang pandai bezakan dua gula nih ka???

Huhuhu

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ



06 June 2013

Mimpilah

Bhai.... Gua nak bagitau lu... Mimpi lar diorang sumer nih nak boikot proses angkat sumpah jadi Ahli Parlimen... Mimpi jer la... Kalu tak angkat sumpah nanti ... Macam mana nak dapat elaun... Nak dapat pencen Ahli Parlimen...

Lu ingat diorang ader pentingkan idealisma dan integriti ker... Poodah la... Tak kisah la siapa diorang tue... Samer jer..

Cakap depan rakyat konon akan bantu rakyat... Konon akan bersama rakyat... Tapi semua tue lakonan jer... Macam hampeh...

Sebab itu la ... Gua berani jamin takder sekor pon wakil rakyat nih akan boikot majlis angkat sumpah Ahli Parlimen pada hujung Jun nih...

Lanchow la kalu ader yang berani... 

Jangan mimpi lar.....


10 May 2013

Pasca PRU13 (Satu Analisis)

Bhai.... sekali lagi gua terpaksa untuk menulis dalam ayat skema SPM dan STPM.... hahaha... hampeh betul lar... hahaha... ini bagi memudahkan sesiapa yang nak buat assignment .... hahaha okeh...

PRU13 adalah merupakan satu pertembungan kuasa poitik yang berlingkar dari golongan tua dan golongan muda. Golongan tua seakan sudah mangli dengan keselesaan pentadbiran kerajaan yang sedia ada walaupun mereka tahu budaya rasuah dan salahguna kuasa amatlah meruncing serta sukar dibendung. Ini kerana penyakit rasuah dan salahguna kuasa ini bukan sahaja melibatkan pegawai kecil tetapi ianya juga melibatkan pucuk pimpinan negara.

Bagi golongan muda, mereka melihat bahawa sudah sampai masanya semua ini diubah jika ingin melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang maju, berjaya dan boleh bersaing diperingkat global. Dalam usaha mendepani masa depan yang agak sengit persaingannya, Malaysia perlulah membuang budaya rasuah, ugut dan salahguna kuasa.

Peratusan golongan yang berilmu pengetahuan tinggi juga telah meningkat dengan banyaknya semenjak letusan akademik di Malaysia bermula pada tahun 1970'an. Masyarakat di Malaysia sudah bersedia untuk menjadi sebuah masyarakat yang moden dan berdaya saing. Isu berkaitan dengan perkauman seakan cuba dilupakan demi untuk memastikan bahawa konsep "Anak Bangsa Malaysia" diterima dan digunapakai.

Pada kemuncak kempen PRU13, ujud beberapa gerakan yang cuba mencetuskan sentimen perkauman yang agak kritikal disana sini yang diusahakan oleh UMNO sama ada secara terus mahupun melalui unit siber yang mereka miliki. Gerakan menghasut isu perkauman ini tidak dapat bergerak jauh kerana disekat oleh satu gelombang anak-anak muda berbilang kaum yang sama-sama menunjukkan kecenderungan untuk menghapuskan isu perkauman.

Pihak keselamatan terutamanya PDRM seakan membiarkan sahaja isu perkauman ini dicanang dan disuarakan oleh UMNO tanpa ada sekatan mahupun halangan. Ianya telah menimbulkan persoalan sama ada pihak UMNO sememangnya mendapat restu daripada PDRM ataupun PDRM sebenarnya dikuasai oleh UMNO.


Pasca PRU13 kita dapat lihat beberapa usaha UMNO untuk menghasut orang Melayu bangkit mempertahankan hak dan kuasa Melayu cuba dilakukan secara sistematik dengan bantuan media cetak seperti Utusan Malaysia dan media elektronik seperti TV3. Kempen menghasut secara terang-terangan ini nampaknya dibiarkan sahaja oleh PDRM walaupun terdapatnya Akta Hasutan. Alasan yang diberikan adalah seperti kononnya tiada pihak yang telah membuat laporan Polis berkaitan perkara ini. Jika tiada laporan maknanya tiada tindakan boleh diambil. Malah Mahathir Mohamed sebagai bekas Perdana Menteri juga terlibat dalam usaha menghasut isu perkauman setiap kali sesi ceramah politiknya.

Kini setelah hampir seminggu PRU13 selesai, saya dapati kempen menghasut isu perkauman ini semakin rancak dan ianya adalah satu perkara yang bahaya. Ianya ditambah lagi dengan adanya peperangan dalaman dalam setiap parti politik kerana masing-masing mahukan jawatan dan kuasa dalam Parti mahupun dalam pentadbiran kerajaan.

Dan biasanya jika ada peperangan didalam parti, yang akan menjadi mangsa adalah rakyat marhaen. Rakyat marhaen yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang atau kadangkala kais pagi langsung tidak mendapat apa-apa hasil..

Rakyat marhaen ini mengundi calon-calon yang menjadi kaya dan senang atas pangkat dan jawatan yang mereka dapat, namun akhirnya melupakan nasib rakyat marhaen ini...

Apa yang pastu PRU13 telah menunjukkan bahawa bekas Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamed sudah tidak relevan dalam dunia politik hari ini, dimana setiap hujah dan komennya tidak lagi berpaksi kepada Malaysia Moden. Idea-ideanya ketinggalan zaman. Malah kempen yang dilakukan oleh Mahathir Mohamed sebagai membantu Zulkifli Nordin di Parlimen Shah Alam dan Ibrahim Ali di Parlimen Pasir Mas telah ditolak oleh masyarakat setempat.

Adalah wajar seorang negarawan ulung negara seperti Mahathir Mohammed berhenti dari berpolitik dan menghabiskan masa-masa akhir hidupnya dengan berbakti dan beribadat kepada Allah Taala.

Fikirlah dengan akal yang matang dan bersih.
Sekian Terima kasih,

Hahaha.... amacam.... ader gaya tak gua punya artikel dalam bahasa skema SPM dan STPM nih.... hahaha... kalu ader salah nahu atau tatabahasa... sila bagitau..... hahaha

09 May 2013

Ahmad Maslan Menipu Pengundinya

Bhai..... Baru jer tak sampai seminggu urusan PRU13 selesai.... dan Ahmad Maslan menang majoriti 13727 undi.... tapi rupanyer... kesian kat pengundi yang dalam kawasan Parlimen Pontian yang dok mengundi Ahmad Bin Maslan... calon UMNO/BN nih....

Yer la... dier nih kan ker Menteri yang pandai berlakon.... amik hati rakyat katanyer... itu hari siap berlakon menoreh getah..... tentulah orang macam dier nih tau masalah rakyat... Takkan la dah dapat undi menang lebih 13 ribu sudah lupa sama rakyat...

Pi la lawat dan bagi sumbangan ker aper... takkan tabley nak push skit dana yang ader tue untuk beli atap zink dan baiki skit rumah nih... gua rasa... tak cecah pon RM2500 kot..... takkan la itu pon tabley.... Ini lah pemimpin.... katanyer mesra rakyat.... masa nak pancing undi... siap masuk lecah keluar lecah... masuk bendang keluar bendang.... makan bersila....

Tapi biler dah menang.... semua sudah lupa.... bangsat betul lar..... bagero...

Rakyat makan sardin.... pemimpin makan besar...

Err.... makcik... taknak ngadu kat Sultan ker... itu hari ader orang mengadu ngan Sultan... siap Sultan bagi rumah lagie... ini berita benar nih... gua bukan sengaja memandai buat cerita.... takder masa nak buat fitnah lar......

Rakyat Makan Sardin, Pemimpin Makan Besar

Bhai... Ini malam wife gua kureng sihat... Jadi turn gua memasak lar... Hahaha... Sebagai rakyat marhaen yang terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi... Aper yang hebat dapat gua sajikan.... Makan sajer la aper yang ader terhidang nih....

Inilah menu makan malam nih... Sardin masak tumis... sardin pon sardin lar...

Rakyat makan sardin, pemimpin makan besar... 

Rakyat beli kereta bercukai mahal... Pemimpin beli kereta dapat AP...

Ader hati lagi pemimpin nak sabotaj rakyat yang dah pilih diorang selama nih.... celaka punya pimpinan lar...

23 November 2012

Naik Harga RM6

Bhai... Gua cukup terkejut bila nak beli lampin pakai buang untuk anak gua... Sebelum nih... tak sampai sebulan sudah... gua beli pada harga RM26.90.... tapi biler gua nak beli satu beg semalam... harga tertera aderlah RM32.90 ....

Pergh... Banyak betul kenaikannya.. Sampai naik harga RM6 ....

Lu bayangkan la... macam mana teruknya ekonomi Malaysia nih... Takder gaya makin jadi baik.. Yang jadi mangsa aderlah rakyat marhaen.. Yang kaya guna kabel, monopoli, daddykasi dan rasuah macam Syed Mokhtar dan Meerzan takder la rasa sempit dan semput...

Tapi rakyat bawahan yang takder aper-aper... Rakyat yang kalu nak pinjam kat bank... terlalu banyak songel bank nak... cagaran la... collateral la... geran tanah la... Tapi pinjam dapat ciput jer...

Yang haramjadah macam Syed Mokhtar dan Meerzan tue boleh plak pinjam ngan bank takder cagaran mender... takder collateral mender.. Takder leverage... dan boleh plak dapat pinjaman beratus juta senang jer... Malah boleh approved dalam masa kurang sehari... Kurang 24jam...

Sial betul lar...


05 May 2012

Surat Terbuka Seorang Remaja Untuk Najib Razak

Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH, Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun, sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin, dalam ruang demokrasi, tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.

Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini, menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata).

Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. ‘Singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya kini.

Tidaklah pula saya katakan, yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan, saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari, makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.

Izinkan saya Dato’ Seri, untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH, kelak, kamilah yang akan membuang undi!

Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.

DASAR

Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini, percaya bahawa, setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?

Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?

Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.

Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.

Saban hari, saya dan rakan-rakan, menerima berita dari segenap pelusuk negara, samada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!

Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?

PELAN TRANSFORMASI EKONOMI

Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri, turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga, kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

Maka, menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.

Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana, seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda, dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.

Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan waktu Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar, bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar, yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda, hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.

Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para bijak pandai masa depan. Dengan Dato’ Seri melambakkan pada mereka, hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan, bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?

IFF dan AURAT

Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar beritah demikian, kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.

Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya, waktu melihat Dato’ Seri dan isteri, melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati, untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam), yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya, apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?

Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?

JUDI

Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak, apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?

Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian?

Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka, daripada wang yang mereka perolehi hasil judi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya?

Apakah keputusan-keputusan ini, ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti?

KEMISKINAN dan HARGA NAIK

Dato’ Seri, orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali, jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun, Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga, kaya raya.

Maka, tidak kiralah, jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau Rm 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.

Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya, adalah pengurusan yang menghancur!

Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun, sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu). Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah, meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah yuran persekolah masih dihutang. Bukan sedikit keringat yang dicurah, demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.

Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat, yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.

Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini, sekadar untuk meraih undi. Waktu berkuasa, kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami, bermatian berusaha keras sendiri.

SUARA RAKYAT

Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi, untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati, dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami, ‘perusuh-perusuh’ yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.

Dan menteri-menteri Dato’ Seri, tanpa rasa bersalah, menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu, memahami pedihnya hati ini.

Semuanya adalah kerana, kami rakyat, cuba untuk berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi, betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.

Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?

Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat.Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media dibawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara, adalah bercanggah pada sisi agama.

Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri, pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi sebab untuk anak-anak muda ditangkap khalwat?

Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara, sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!?

REFORMASI

Saya dan juga rakan-rakan, adalah remaja muda yang punya sikap. Punya pendirian. Kami berazam, untuk mengubah keadaan ini Dato’ Seri. Kami berazam dan bertekad, seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini.

Kaedah merubah itu 2 Dato’ Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan.

Jika sampai masanya, untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.

Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti. Agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan mendapat tempat tertinggi di negara ini.

Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara?

Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf, kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada gerak langkahnya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya.

Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada surat ini, ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian, hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI!

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Muhammad Muizzuddin Bin Zaini

Sumber : Hakaluka

03 May 2012

BERSIH 3.0 : Okeylah Gua Berlembut Sikit

Bhai.. malas aaa nak bertekak dengan puak-puak mental dari PDRM dan UMNO/BN yang dok serang gua sana sini sejak dari gua bantai KPN nih... hahaha... bukanlah gua takut ker mender ker..... cuma malas aaa... penat berhujah dengan pesakit mental nih bhai... diorang kan ker pesakit mental ... jadi buat aper dilayan...

So... okeylah gua berlembut sikit... hehehe

Sebabnyer gua berlembut bukan aper... sebab ... walau aper pon alasan dan spin yang dibuat oleh KPN terhadap "JENAYAH" yang anak-buah dier buat...  ianya tetap tak dapat merubah persepsi rakyat... persepsi rakyat yang dah sedar akan putar belit dan cover-up PDRM, UMNO/BN dan Media Separuh Masak (Main Stream Media @ MSM)

Lagi diorang putar belitkan cerita.. lagi orang tarak percaya... serupa kalu "The Boy Who Cried Wolf" punya citer la.... takder saper akan percaya dah... lepas nih lu ingat senang ker PDRM nak kembalikan kepercayaan rakyat pada diorang.... hahaha

PDRM akan kekal diingati dalam sejarah Malaysia sebagai pengkhianat rakyat, penjenayah, pengganas dan pelindung kezaliman.... hahahaha.... sejarah baik PDRM selama ini dicalarkan dan dibusukkan oleh anggota PDRM sendiri... bukan orang lain pon.... hahaha ... walaupun beratus buah filem, telefilem, drama dan sebagainya yang dibuat untuk menaikkan imej PDRM .. orang akan pandang busuk gak.... lantak la Yussof Haslam buat macam-macam drama baru kasi naik imej PDRM ... busuk tetap busuk gak... hahaha

Percayalah cakap gua... geng-geng PDRM nih biler dah pencen nanti... orang pon takmo nak kawan... hahaha... sebab orang tetap akan anggap yang dah pencen PDRM nih tetap akan jadi informer kepada PDRM ... jadi sure kalu pi Masjid ker.. takder saper nak kawan ... hahahaha...

09 July 2011

Bangsawan Bersekongkol

Hahaha... lu mau tau dak kenapa bangsawan bersekongkol.... hahaha.... semua sebab satu perkara jer.... semua sebab fulus.... hahaha..... sebab fulus bhai... sebab fulus...

Kalu depa tak nak bersekongkol... sure fulus ilang... sure fulus tarak masuk punya... apa macam mau kasi makan anak bini... hahaha... ugutan nak ilangkan fulus la yang selalu meng "kamjat" kan sesapa pon...

Kalu lu kerja swasta... tetiba bos lu ugut nak tarik balik lu punya fulus.... sure masak punya... hahaha... samer gak... lu ingat bangsawan nih makan gaji ngan swasta ker... wei... hahaha.. lu silap bhai... semua makan gaji ngan Kerajaan .....

Masalahnyer... Kerajaan sedia ada sudah tidak tau membezakan yang mana satu politik kepartian dan mana satu politik kenegaraan... hahaha... sudah tarak tau beza... semua pukul rata... pasai tue la... sampaikan harta negara pon depa buat macam datuk nenek depa yang punya.... siot jer...

Jadi... kalu bangsawan nak selamat... kena la bersekongkol.... nanti kalu kena tarik balik fulus... masak la.... hahaha.... kayu... kayu... tulur sudah tarak... tulur sudah ilang.. hahaha

umpama rangkap pantun dibawah ini...

Apa diharap padi seberang
Entahkan jadi entahkan tidak
Apa diharap kasihnya orang
Entahkan jadi entahkan tidak

09 November 2010

Bodoh Lagi Membodohkan

Bhai.... lu bayangkan senario nih.... Bola ader dah kat kaki lu sekarang nih.... lu plak berada dalam kotak penalti..... defender pihak lawan sekor pon takder berdekatan... tinggal lu ngan penjaga gol jer..... mamat penjaga gol tue dah gelabah biawak dah.... tapi... boleh plak lu rembat bola tue pulak terus masuk kedalam gol lu sendiri dan bukannyer gol lawan.... terbalik arah.... kerana lu sendiri lagi teruk paniknyer...... kan bodoh namanyer..... Itulah bodoh lagi membodohkan....

Binawe punya striker.... ader gaya dan potensi nak jaringkan gol... tapi... tendang bola lain arah... masuk gol sendiri balik.... bodoh nak mampus....

Itulah yang berlaku pada Pakatan Rakyat terutamanya PAS, PKR dan DAP .... samer jer tiga badigol nih.... bangang nak mampus....

Momentum kekuatan arus kebangkitan rakyat tidak dimanfaatkan dengan baik... malah terlebih panik sampaikan terasa hebat sangat sedangkan tak la hebat mana pon... perasan best... cilabai betul la.... perangai sekor-sekor macam Laberuk Kidul jer....

La nih... gua nampak... peluang dan hasrat sudah tertutup abis... rakyat sudah boring dan bosan.. malah dari 10 orang yang gua tanya... 8 orang yang kata... sori la kat Pakatan Rakyat... dari kasi Pakatan Rakyat hendel Malaysia dengan kelam kalibutnyer.... baik biar bagi kat UMNO/Barisan Nasional ... dah tentu kiter tau camana UMNO / Barisan Nasional hendel Malaysia nih...

Nih Pakatan Rakyat... parti sendiri pon kucar kacir.... itu baru parti.... camana nak hendel 1Malaysia....

PAS dengan perangai pemimpinnyer yang macam orang giler talak.... PKR pulak lebih kepada tibai kaki sendiri dan kaki kawan.... penuh PHD.... DAP pulak penuh ngan macam-macam agenda peribadi dan korupsi dalaman.... macam mana la nak terajui Malaysia kalu camnie...

Ntah lerr.... Gua berpandangan.... Ini macam kalu... lupakan sajer la hasrat nak menang dalam PRU13.... kira nasib baik la kalu dapat kekal Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang dalam tangan Pakatan Rakyat.... silap kalu... rasanyer habis semua sekali dikuasai oleh UMNO / Barisan Nasional....

Lu bayangkan la... jarum UMNO / Barisan Nasional dah 65% masuk dan kuasai Kelantan.... rasanyer kegemilangan Nik Aziz akan abis takat nih jer la... bukan pasai Nik Aziz tak okeh.. tapi orang-orang kepercayaan Nik Aziz tue la yang ramai buat taik.... macam hampeh...

Ini semua berpunca dari sikap bodoh lagi membodohkan yang kini hinggap bagai penyakit kusta pada Pakatan Rakyat..... hampeh....

26 September 2010

Semangat Semakin Kendur

Aper daaa.... semangat semakin kendur nih... gua nampak dah benda nih... kalu gua pon boleh nampak... for sure... orang lain pon akan nampak.. betul dak....???

Mmmm...... Pakatan Rakyat sekarang nih sudah semakin lemas... lemas dalam masalah yang dibuat sendiri... bukannya dengan masalah yang dibuat oleh musuh... tapi dengan ramainyer musuh dalam selimut dalam Pakatan Rakyat... maka itulah yang jadi sekarang nih... semangat semakin kecut... hahaha....

Kalu sekarang nih momentum dier macam nih... agak-agak lu aaaa... aper yang tinggal biler dah sampai waktu PRU13... masa tue baru nak bergerak ker... masa tue baru nak naikkan imej.. masa tue baru nak dekat dengan rakyat.... sori la bhai... tak kemana nyer...

Pakatan Rakyat kini nampak lebih bercelaru.. lebih haru-biru... lebih mengarut... dan pelbagai lagi imej negatif terpalit sama dengan Pakatan Rakyat.... malah hasil tinjauan rambang gua masa balik raya baru-baru nih.. menunjukkan rakyat marhaen semakin muak dengan feel dan perangai pimpinan besar Pakatan Rakyat ... terutamanyer DAP dan PAS ...

Pada rakyat Marhaen... memanglah PKR banyak masalah... tapi dier parti baru... nih parti yang dah tahap otai pon sama bodoh malah lebih bongok berbanding PKR... PAS dan DAP dilihat lebih biul berbanding PKR.... hampeh tak boleh pakai punya...

Gua yang tengok pon boleh meluat... inikan pulak orang lain... mmmm... ntahler...

Pada gua aaa... kalu ini macam caranyer diorang uruskan parti ... sampai kesudahlah.... silap haribulan lepas PRU13 ... Pakatan Rakyat sudah tak relevan ... macam siot jer...

15 August 2010

Kalau Beginilah Caranya

Mmmmm.... gua sebenarnya dah maleh dah nak sentuh perkara nih... tambah lagi dibulan posa nih... tapi.. biler pikirkan yang PRU13 tue tak jauh mana lagie... terpaksa la jugak menulis serba sedikit.. ..... mmmmm

Kalau beginilah caranya Parti-Parti dalam Pakatan Rakyat handle masalah diorang.. rasanyer la.. gua tak nampak yang Pakatan Rakyat boleh menang besar pada PRU13... nak dapat setara dengan PRU12 pon gua rasa agak mustahil .....

Bukan aper... kerana sikap dua tiga ekor mangkuk ayun dalam Pakatan Rakyat la yang menyebabkan rakyat marhaen makin menyampah... korang bayangkan la kalu yang hardcore Pakatan Rakyat pon boleh jauh hati dan menyampah dengan mangkuk-mangkuk ayun nih... maka.. for sure.. rakyat marhaen yang bukan hardcore lagi la menyampah....

Dalam DAP ader ramai mangkuk-mangkuk ayun yang menjadi liabiliti kepada DAP dan Pakatan Rakyat.
Dalam PAS ader ramai mangkuk-mangkuk ayun yang menjadi liabiliti kepada PAS dan Pakatan Rakyat.
Dalam PKR ader ramai mangkuk-mangkuk ayun yang menjadi liabiliti kepada PKR dan Pakatan Rakyat.

Rata-rata.. semakin hari semakin bercambah dan terpecah tembelang mangkuk-mangkuk ayun nih yang pada gua pastinya akan menyebabkan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat telah jatuh merudum... Lu tau dak aper orang biasa cakap....

Diorang kater camnie.... "kalu geng-geng BN yang mengarut tue.. kira ok la jugak pasai dah 50 tahun pegang kuasa... tapi nih yang baru sehari dua pegang kuasa dah dok mengelejat tak tentu hala... tak tau la kalu dibagi peluang lagi... makin haru biru la jadinyer"...

Orang yang dapat kuasa baru sehari dua dah pandai buat kerja rasuah dan mengarut...bayangkan kalu diberi masa 50... habis rasanyer tergadai 1Malaysia nih...

Taik-taik nih patut dikeluarkan sajer dari parti... sebelum benda jadi melarat..... ambik contoh Ronnie Liu... dah berapa kes dah yang bersangkut dengan dier... bukan la nak tuduh.... tapi itulah persepsi rakyat marhaen kat bawah nih... pimpinan tak nampak... tapi rakyat nampak.. pengundi nampak...

So.. sebelum barah nih merebak sehingga tak boleh dah nak rawat... lebih baik kita kuarkan jer barah nih... nanti tak pasai-pasai nyawa ilang....

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1