31 May 2010

Malaysia Telah Membantu Israel Serang Kapal Misi Bantuan

Dalam serangan kepada Kapal Misi Bantuan oleh pihak Israel awal hari ini, kecaman dari banyak pihak telah tidak diendahkan. Walau bagaimana pun serangan ini mendapat sokongan kuat dari Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Najib Razak. Malah Malaysia telah membantu Israel serang kapal misi bantuan tersebut.

Dana sebanyak RM70 juta lebih telah disediakan oleh Malaysia sebagai bantuan kepada Israel melalui kerjasama menang-menang antara Kementerian Dalam Negeri Malaysia dibawah pimpinan Hishamudin Hussein dengan Agensi Risikan Israel (MOSSAD).

Dana ini telahpun diluluskan oleh Kabinet Malaysia yang dipengerusikan oleh Najib Razak.

Maklumat terkini yang didapati menunjukkan seramai 16 orang terkorban dan puluhan lagi tercedera dalam siri rampasan dan serangan keatas kapal misi bantuan ke Gaza tersebut. Kapal tersebut membawa krew televisyen dari Astro warganegara Malaysia.

Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.

Rangkaian televisyen berkenaan berkata, dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera.

Sebagai rekod, hubungan kerjasama peringkat tertinggi antara dua pihak (Israel dan Malaysia) telahpun terjalin malah beberapa bekas pegawai agensi risikan Israel telahpun memberikan khidmat mereka kepada Bukit Aman (PDRM). Sistem perkomputeran di Bukit Aman dan PDRM juga telah disediakan dan dikawalselia oleh syarikat APCO milik bekas pegawai agensi risikan Israel iaitu MOSSAD.

2 comments:

  1. Bhai Restless..

    Syabaz.. syabaz... mere nam Joker..

    hahaha

    OIC sudah jadi.... Oh, I See I Don't Have Balls Right Now.... hahaha

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???