26 July 2012

Menyanggah KJ dan Rafizi Dalam Isu Harga Kereta

Bhai... sori aaaa.. artikel kali nih gua nak sanggah pendapat Khairy Jamaluddin (KJ) dan Rafizi Ramli.... semua pasai isu penurunan harga kenderaan...

Rafizi Ramli kata penurunan harga kenderaan adalah satu agenda utama dalam manifesto Pakatan Rakyat... ini kerana harga kenderaan di Malaysia adalah terlalu tinggi.. dengan cara penurunan harga ini, ianya dapat mengurangkan beban tanggungan hutang kereta rakyat Malaysia yang mencecah RM134.2 bilion.

Khairy Jamaluddin pulak mengatakan bahawa kalu harga kereta diturunkan secara otomatik akan menyebabkan Proton dan Perodua menghadapi masalah.. Mungkin kakitangan terpaksa dikurangkan... Dan hampir 98% pekerja di kedua-dua kilang aderlah dari kaum Melayu..

Jadi... pada gua kedua-dua orang nih dah salah percaturan.. salah pertimbangan... salah perkiraan,....

Sebenarnya cara terbaek yang patut digunapakai aderlah...

  1. Dengan mengurangkan atau menghapuskan duti eksais dan cukai jualan bagi mana-mana kereta keluaran tempatan iaitu Proton dan Perodua (Syarikat Naza tidak layak kerana dia bukan mengeluarkan kereta melainkan rebranding sahaja).Dengan cara ini, harga kereta akan jadi murah... Sebagai contoh bagi kereta Perodua yang termurah aderlah RM40 ribu... duti eksais dan cukai jualan sahaja aderlah RM16 ribu... kalu ditolak kedua-dua duti dan cukai ini, maka harga kereta Perodua aderlah RM24 ribu ... Dan secara otomatiknya hutang kenderaan bagi seorang rakyat Malaysia aderlah rendah.
  2. Kenderaan mewah (dari luar negara) perlulah dikekalkan duti eksais dan cukai jualannya pada kadar sedia ada, mungkin perlu direvise untuk kurangkan dalam 10% lagi dimasa depan.
  3. Bagi kereta keluaran tempatan yang hendak dijual diluar negara, duti eksais dan cukai jualan perlulah dikenakan seperti biasa. Tidak perlu ada rebat sebagainya untuk dipasarkan keluar negara.
Dengan cara ini, harga kereta dipihak kilang kereta masih tetap sama... dan tak perlu kakitangan Proton dan Perodua dikurangkan. Kerja terjamin dan dalam masa yang sama produksi boleh dipertingkatkan demi untuk menampung permintaan kenderaan tempatan bagi pasaran domestik.

Kalu semua ini boleh dibuat oleh Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, gua berani jamin, siapa yang buat akan mendapat sokongan besar dari Rakyat Malaysia.

Tapikan... Barisan Nasional tarak berani buat ini macham pasai itu NAZA aderlah kroni UMNO, Mahathir dan Rafidah Aziz... hahaha



3 comments:

  1. Salam C++
    Yong sokong miker, walaupun ini bermakna Yong tak dapat beli Tiguan. Heheheh.

    Pernah tak miker pergi ke NAZA motor, tempat demer simpan kereta recond? Yong dah pergi, sembang dengan salesmen dan dapat beberapa kejutan! Kalau belum pergi, cer pergi siasat.

    ReplyDelete
  2. Salam C++
    Yong sokong miker, walaupun ini bermakna Yong tak dapat beli Tiguan. Heheheh.

    Pernah tak miker pergi ke NAZA motor, tempat demer simpan kereta recond? Yong dah pergi, sembang dengan salesmen dan dapat beberapa kejutan! Kalau belum pergi, cer pergi siasat.

    ReplyDelete
  3. DeeDee Yong...

    Hehehe... gua dengki sama lu... hahaha.. stendet orang Melayu lar.. dengki mendengki... hahahaha...

    Isu kereta recond tue ker... tak pernah pergi... tapi dari info kengkawan yang sampai pada telinga gua yang chomel nih... rasanyer ader kaitan dengan recycle spare part... hehehe.... ntah betul ntah idak la...

    Tapi bab rebranding tue memang pasti... hahaha

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???