Kuala Lumpur 17 Julai 2012:
Seorang blogger pro Barisan Nasional telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi petang semalam kerana mendakwa telah diliwat oleh Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Blogger pro Barisan Nasional itu yang tidak mahu gambarnya diambil, telah mengaku diliwat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim pada hari Ahad disebuah lokasi yang dirahsiakan. Kejadian liwat tersebut bagaimana pun dikatakan berlaku secara sukarela dimana Anwar Ibrahim telah memujuk blogger tersebut untuk melakukan aktiviti luar tabie tersebut.
Blogger tersebut juga mengaku telah membawa sendiri sejenis krim pelincir (yang dipercayai berjenama terkenal) untuk memudahkan aktiviti liwat tersebut berlangsung. Episod liwat ini juga telah dirancang agak lama antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan blogger tersebut melalui media sosial Facebook.
Setakat petang semalam, pihak Polis telah diarahkan untuk membuka satu kertas siasatan dan mengujudkan satu unit khas untuk menyiasat keseluruhan kejadian liwat ini. Jika terbukti bersalah, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan terlucut jawatan sebagai Ahli Parlimen dan mungkin tidak akan dibenarkan oleh SPR untuk menjadi calon pada Pilihanraya Umum ke 13. Hukuman penjara maksimum juga berkemungkinan akan dikenakan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Media diberitahu oleh blogger pro Barisan Nasional itu didalam satu sidang akhbar yang dibuat di PWTC pukul 6.30 petang semalam bahawa beliau telah pun pergi mendapatkan pandangan dan sokongan daripada Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Razak sejurus selepas kejadian liwat berlaku. Isteri Perdana Menteri Malaysia iaitu Datin Seri Rosmah Mansor telah bersetuju untuk memberikan bantuan kewangan kepada blogger pro Barisan Nasional tersebut untuk urusan Mahkamah.
Ulasan dari Peguam Negara bagaimanapun masih tidak dapat diketahui kerana Peguam Negara masih lagi bercuti keluar negara dengan Dato' VK Linggam.
- Baca Seterusnya :-
(c) 2012 - NONAMA NEWS NETWORK (NNN)
haha...kelakarnye tp nampak macam real...terbaikkkkkkkkkk
ReplyDeleteBhai Anonymous...
ReplyDeleteHahaha... sajer jer gua buat parody... hahaha
gua baca dua tiga kali bro...gua rasa malaysiakin/malaysian insider patut ambik lu jd reporter depa...or maybe utusan...kah3
ReplyDeleteBhai Anak Kedah...
ReplyDeleteDulu gua pernah jadi stringer kat akhbar Tamil Ossai .. hahahaha...