KEPADA : Para Penyimbah Cat Professional
DARIPADA : Seluruh Warga Malaysia Yang Prihatin
PERKARA: PENGGUNAAN WARNA CAT BAGI PENYIMBAH PROFESSIONAL
Tuan/Puan,
Kami amat berbangga kerana Malaysia mempunyai ramai penyimbah cat professional. Namun kami dengan berbesar hati amat berharap agar pihak tuan/puan menggunakan cat warna lain sebagai bahan untuk digunakan menyimbah atau dibaling kepada sasaran yang tuan/puan tidak suka. Kami sebenarnya sudah bosan dengan cat warna merah.
Untuk pengetahuan tuan/puan, cat warna merah biasanya digunakan oleh ALONG sebagai tanda mangsa ada berhutang dengan ALONG tersebut. Warna cat merah ini telah disepakati oleh semua ALONG sebagai tanda dagangan (trademark) mereka diseluruh dunia.
Jadi untuk mengelakkan salah faham umum dan salah tanggapan, maka sewajarnya pihak tuan/puan menggunakan cat warna lain yang ada banyak dipasaran. Untuk lebih ceria, sila gunakan cat berwarna florescent (berwarna terang) yang sekaligus memudahkan orang ramai untuk melihat kesan simbahan cat ini.
Harap cadangan ini dapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak tuan/puan.
Akhir kata, Majulah Sukan Membaling Cat Untuk Negara....
Saya yang menjalankan tugas
C++
Salam C++
ReplyDeleteEwah! Bukan main miker mempromosi ICI, Jotun dan segala bagai syarikat cat yer. Miker ni nak potong komisyen umporno ke? Hahaha...
bro, lu dah baca ke statement bangang dr menteri bapuk semalaya psl insiden di Johor tu?.Tu la...sepupu Najib tu la...gua rasa nak sumpah je menteri bapuk tu jadi mangkuk jamban.
ReplyDeleteDeeDee Yong...
ReplyDeleteHehehe... ala.. komisyen sekupang dua aper ader hal... oppps.. lupa nak iklanlan syarikat DULUX.... hahaha
Bhai BunBinBan..
Dah baca awal dah bhai.. dan artikel dah masuk schedule dah... tunggu terbit jer... ops.. dah terbit dah pon.... hahaha
Lu sumpah diorang jadi sesumpah jer bhai... hahaha