15 January 2013

#Listen : Peringatan Buat Peguam Negara

#Listen... #Listen... #Listen ..... Ini adalah satu peringatan buat Peguam Negara Malaysia..... Jika lu bertegas ingin mengambil tindakan mendakwa para ibubapa yang membawa anak-anak mereka turut serta dalam mana-mana perhimpunan aman.... maka... gua dan semua ibubapa yang prihatin akan mengambil satu tindakan drastik... iaitu...

Sebagai solidariti kepada semua yang bakal didakwa, kitorang sumer dengan anak-anak kitorang akan berhimpun walau di Mahkamah mana sekalipun proses pendakwaan dan bicara ini dilakukan... Ini adalah satu peringatan.... dan ianya bukanlah ugutan... Jangan ingat kitorang sumer takut... jangan ingat kitorang tabrani nak buat semua nih... cubalah tengok...

Jika Kerajaan Malaysia bertegas untuk tetap tidak membenarkan para ibubapa membawa anak-anak mereka berhimpun dalam mana-mana perhimpunan aman.... maka sewajarnya... pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu menyediakan satu premis khas penjagaan sementara bagi kitorang untuk meletakkan anak-anak kitorang disitu bagi memudahkan kitorang terlibat dalam perhimpunan aman...

Sebab hak untuk berhimpun secara aman adalah dibenarkan dan termaktub dalam Perlembagaan Malaysia... dimana jika ada mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan, maka secara otomatiknya ianya terbatal kerana Perlembagaan Malaysia adalah yang lebih utama.

Kalu Kerajaan Malaysia boleh menyediakan premis penjagaan sementara anak-anak ini dengan percuma, maka barulah bersesuaian larangan membawa anak-anak menyertai perhimpunan aman boleh dilaksanakan... Jika tidak... maka secara logik dan realistik... larangan ini tidak terpakai... tidak valid.... null and void... (irritum et inane)

Ingat...  lu tau undang-undang... kitorang pon tau gak undang-undang.... jangan ingat lu sorang jer hebat.....



HAK BERHIMPUN HAK KITORANG

3 comments:

  1. dia tu bukan bertahil..... berpikul langgar undang2 takpe

    ReplyDelete
  2. Bhai/DeeDee Anonymous...

    Hahaha... dier pakai sistem imperial lagi yer... hahahaha.. satu dunia dah guna sistem metrik... hahaha...

    ReplyDelete
  3. Gua rasa UUM ni elok di tutup je. Abis ada prof tapi bangang. Warga UUM yg bersorak menyokong sharifah zohra...lu org x malu ke?. Nordin kardi LPP pun x tau ada kena mengena dgn minyak. Yg kimma sorang tu lain di soal lain di jawab...cite pasal binatang....dah dah...lu org kuar je dri UUM...malu.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???