14 January 2013

Perintah Mahkamah Untuk Akses Kepada Infrastruktur Syabas

Bhai.... nih gua ader dapat info... terkini lagi latest... hahaha.. iaitu..... jeng... jeng... jeng....hahaha

Pihak Kerajaan Negeri Selangor kini sedang menimbangkan bagi mendapatkan satu perintah mahkamah untuk akses kepada semua infrastruktur milik Syabas terutamanya Rumah Pam Wangsa Maju.

Tujuan perintah mahkamah ini diusahakan adalah untuk mencari titik punca permasalahan yang berlaku di premis Syabas terutamanya di Rumah Pam Wangsa Maju yang masih tidak dapat beroperasi sekian lama untuk membekalkan air bersih yang telah terawat kepada penduduk dan sekaligus menyelesaikan belenggu yang membelit isu Krisis Air Selangor/Wilayah Persekutuan.

Buat masa ini, unit undang-undang Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Setiausaha Kerajaan Negeri sedang meneliti semua perkara yang berkaitan dengannya. Jika semuanya berjalan lancar, perintah mahkamah ini akan dapat dipohon seawal yang mungkin.

Dalam pada itu, Kerajaan Selangor mengalu-alukan mana-mana pelanggan bekalan air yang terjejas dengan masalah ini untuk bergabung tenaga menyaman Syabas atas kapasiti pelanggan Syabas dan pihak Kerajaan Selangor boleh/akan membantu menyediakan panel peguam untuk memastikan para rakyat Selangor mampu untuk menyaman Syabas.

Maklumat lanjut akan menyusul kemudian.

5 comments:

  1. pergghhh...masyukk...kita tngu dan lihat..apa nk spin dlm tv3 lps ni.

    ReplyDelete
  2. Saya ada satu soalan... (macam nanyakan kat UAI lah pulak)

    Hari tue ada satu Prof tue, yang ngajar kat UUM kata tak kanlah kerajaan Selangor tak leh nak buat apa-apa pasal dia tu ada shara 30% dalam Syabas...

    Dengar sekali imbas, macam betul je... boleh tolong bagi pencerahan sikit...

    TQ

    Cobol

    ReplyDelete
  3. muzium padi gunung kheyangJanuary 14, 2013 at 10:02 PM

    BeEnd UMNO pakai senjata baru lawan PR!

    MERIAM AIR...kah..kah..kahhh!

    ReplyDelete
  4. kalo kita tak bayar air 3 bulan kena potong..pastu sambung air pengguna kena bayar cas sambung..apa kata syabas pulak kena bayar kepada pengguna kerana gagal melaksanakan tugas menyambung air..idak pun 3 bulan bil air percuma...

    ReplyDelete
  5. Bhai Carlos...
    Hahaha... TV akan main ikut tangan tok dalang dier la... hehehe... nak buat camana...

    Bhai Cobol...
    Memang kalu ikutkan... boleh jer Kerajaan Negeri Selangor amik tindakan.. tapi biasa la... Khalid Ibrahim akan gunakan cara berhemah dulu... hahaha

    Bhai Muzium Padi...
    Hahahaha.... meriam air ka.... hahaha.. memang lawak...

    Bhai Ayor Kelapa...
    Patut camtue la... Syabas kena bayar pampasan kat pengguna air yang terjejas....

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???