12 February 2013

Skema

Bhai...

Pembaca blog gua ini telah menjangkau pelbagai jenis manusia dari berbagai peringkat umur. Ada yang masih remaja. Ada yang sedang meningkat dewasa. Ada pembaca dari kalangan dewasa dan ada juga pembaca dari kalangan warga tua.

Dari apa yang gua dapati, kebanyakan daripada pembaca blog gua adalah golongan akademik, professional, angkatan bersenjata, agensi, peniaga kecil sehinggalah tokoh korporat yang meliputi pendapatan dari zero sehinggalah enam angka.

Gua berterima kasih atas sokongan dan keperihatinan yang lu orang berikan kepada blog cap ayam gua nih. Terima kasih banyak-banyak. Oleh yang demikian, sejajar dengan perkembangan semasa yang gua perhatikan semenjak beberapa purnama nih, maka gua mengambil keputusan untuk menulis dalam bahasa yang skema.

Harapnya tindakan gua cuba menulis dan memperkembangkan bakat penulisan skema gua nih tidak akan menyebabkan lu orang lari meninggalkan blog cap ayam ini. InsyaAllah Taala, seperti biasa gua akan cuma memanfaatkan kandungan blog ini agar ianya dapat menjadi pencetus minda dibawah sedar lu orang semua agar melihat sesuatu isu itu diluar kotak pemikiran.

Dan seperti biasa, gua akan cuba menampilkan artikel yang bermaklumat lengkap dengan fakta sebaik mungkin walaupun besar kemungkinan maklumat yang gua sediakan itu terpaksa disaring dengan sebaiknya demi untuk mengelakkan terdedahnya pemberi maklumat gua.

Seperti yang lu orang semua sedia maklum, gua mempunyai akses yang agak sensitif dalam beberapa agensi. Bagaimana dan dimana gua boleh mendapatkan maklumat itu lu orang jangan fikir dan pertikaikan. Apa yang lu orang perlu lihat adalah apa sebenarnya disebalik semua maklumat yang gua hidangkan itu.

Sehubungan dengan itu, gua dengan ini mengumumkan bahawa gua akan mula menulis dalam bentuk skema sebaiknya mulai esok dan harapnya akan mendapat sokongan padu dari lu orang semua.

Jazzakallah Khairan Kathira

C++
CipanTapirTenuk.Blogspot

TAMBAHAN: Dari masa ke semasa, kandungan blog ini akan dilengkapkan juga dengan maklumat mengenai teknologi moden yang bersesuaian dengan moto blog ini iaitu satu representasi sama tapi tak serupa. Harap maklum.

7 comments:

  1. perhhh..mesti lu menaip sambil berbaju batik nih...hahaha...

    ReplyDelete
  2. Bhai BunBinBan...

    Siot lu... aper... lu ingat gua belia 4B ker... Hahaha.... gua pakai kain batik jer la malam nih... hahaha

    ReplyDelete
  3. Dari Metafora... nak Skema pulak... lebih baik gua baca utusan... sambil pakai songkok tinggi beb... muaakakakaaaa....

    ReplyDelete
  4. Salam C++

    Skema takpe. Jangan skemamak! Kui kui kui!

    ReplyDelete
  5. Tak lehlah nak 'bhai-bhai'lagi... paling koman pun, tuan-tuan dan puan-puan...

    COBOL

    ReplyDelete
  6. hahahahahah,
    tak leh gurau senda lagi.

    ReplyDelete
  7. Bhai ISA...
    Hahaha.... lu ader ker songkok tinggi sejengkal bhai... hahaha... gua berani kerat sawi... lu takder songkok tinggi... hahaha

    DeeDee Yong...
    Skemamak... hahaha... walaupun tulisan skema... tapi santai tetap santai... hahahaha...

    Bhai Cobol...
    Itu trademark gua la... hahaha... sejak dari zaman sekolah... sejak dari zaman rock kapak... hahaha...

    Bhai Mohamad Adel...
    Hahaha.... lu nak gurau ker... hahaha... gua takder hal... skema dalam gurau... hahaha

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???