31 October 2013

Kakitangan AMBANK Di Ugut?

Bhai/DeeDee sekalian...

Yang mati bukan mereka.... Yang cedera bukan mereka.... tapi yang mati dan cedera adalah rakan-rakan mereka dalam bidang yang sama.... namun para doktor dan jururawat disebuah hospital di China bangkit menuntut hak keselamatan yang selayaknya untuk mereka...

Inilah yang sepatutnya berlaku.... keprihatinan bukan sahaja untuk diri sendiri... tapi solidariti untuk kepentingan semua dimasa akan datang... Lu tak tau biler masa plak lu akan kena... Lu tak tau plak bila masa lu akan jadi mangsa....

Tapi dalam kes rompak dan bunuh di AMBANK USJ.... takder sorang pon pekerja AMBANK yang nak ambik cakna... nak buat bantahan secara serius bagi kepentingan keselamatan diri mereka..... agaknyer mereka takut dengan pengurusan AMBANK kot... agaknyer mereka semua telah diugut.... Gua tak tau.... tapi yang pasti... sudah lebih seminggu... takder satu pon anggota dan kakitangan AMBANK meluahkan rasa tidak selamat mereka atas kes kejadian rompak dan bunuh di AMBANK USJ

Takper la kot... maybe diorang takut dengan pengurusan AMBANK... maybe diorang diugut..... Tapi satu jer nasihat gua.... takkan nak tunggu lu orang jadi mangsa dulu baru nak bising..... hahahaha..... masa tue .... tak guna dah nak bising... dah masuk 6 kaki dalam tanah baru nak kepoh... baik tak payah.... baik lupakan sajer la....

Berkaitan : Perlu Tubuhkan Satu Suruhanjaya DiRaja


BEIJING - CHINA. Kakitangan sebuah hospital di Wenling, timur wilayah Zhejiang membuat bantahan selepas seorang pesakit membunuh seorang doktor dan mencederakan dua yang lain, menurut media tempatan, kelmarin.

Puluhan doktor dan jururawat hospital itu memakai kot putih dan topeng pembedahan ketika berhimpun di luar pekarangan hospital tersebut.

Mereka turut melaungkan slogan menggesa hak keselamatan kakitangan perubatan dilindungi berikutan sektor kesihatan di negara itu masih tidak mendapat perlindungan sepenuhnya.

Jumaat lalu, seorang pesakit bertindak menikam seorang pakar dan menyerang dua doktor lain kerana tidak berpuas hati dengan hasil pembedahan hidung yang dilakukan ke atasnya, laporan dipetik dari AFP.

7 comments:

  1. ini lah dunia sekarang bro..masing-masing punya sampan,masing-masing dayung. nak mati, mati lah apa nak buat dah ajal

    ReplyDelete
  2. bukan dah kabor haritu ke yg sektor pendidikan tak dikenakan GST??? mungkin kenaikan 14% ni untuk cover gaji minimum RM900.00

    aymy8888

    ReplyDelete
  3. kakitangan boleh dipecat bila-bila masa bila dirasakan mengganggu pengurusan bank..ketua union akhbar pun leh kena pecat..apedehal...

    aymy8888

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, satu negara dah kena hostage Yob, sian kite!

    ReplyDelete
  5. Islam tak ajar hidup lu lu gua gua Islam ajar kena ambil tahu saudara mara muslim boleh bantu bantu kalau tidak simpati bukan buat tak peduli

    ReplyDelete
  6. materialistik sudaa ! ABU jangan lupa !

    ReplyDelete
  7. Inilah akibatnya kalau semua bisnes dimiliki oleh ahli politik. Kabel yg besar menyebabkan mereka lebih tiggi dari undang2...

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???