30 October 2013

Pra GST: Yuran Taska Naik 14%

Bhai/DeeDee sekalian....

Satu perkara yang gua rasa ramai yang terlepas pandang berkenaan dengan Gasak Sampai Terburai (GST) nih aderlah berkaitan dengan yuran taska dan tadika serta daycare...

Dengan pengenalan GST pada kadar rata terbaek 6%, ada satu cabang perkhidmatan (service) yang tidak dikecualikan daripada GST... Ini yang pasti.. Setakat la nih... belum ader dengar apa-apa citer tentang perkhidmatan taska, tadika dan daycare bagi kanak-kanak yang dikecualikan dalam senarai yang boleh dikenakan cukai GST..

Dari apa yang gua dimaklumkan... Taska dimana anak gua mendapat perkhidmatan mereka telah mengeluarkan satu pekeliling yang memberitahu bahawa pihak Taska akan mengenakan caj yuran tambahan sebanyak 14% mulai tahun 2014....

Persoalannyer sekarang ini.... hampir 90% rakyat Malaysia menghantar anak-anak mereka ke taska, tadika mahupun kepada khidmat daycare.... Betul ader taska yang murah seperti Tadika Kemas tetapi... bagaimana dengan mutu pendidikan yang diberikan....  Nak harapkan projek PERMATA.... berapa banyak lah outlet yang ader dalam Malaysia nih....


Terpaksa lah hantar anak ke Brainy Bunch, Smart Reader, Little Calliph, Montessori, Nu'man dan banyak lagi taska, tadika dan daycare....

Aiyo..... penat aaaar....

No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???