30 October 2013

Perlu Tubuhkan Satu Suruhanjaya Diraja

Bhai/DeeDee sekalian...

Gua berpendapat bahawa Kerajaan Malaysia perlu menubuhkan dengan segera satu Suruhanjaya DiRaja yang berkuasa menyiasat dan juga mendakwa pihak-pihak yang terbabit dalam keseluruhan proses yang mengakibatkan  kes rompak dan bunuh di Ambank USJ berlaku..

Suruhanjaya DiRaja juga perlu menyiasat bukan sahaja dari isu MyKad palsu tetapi juga kepada proses pemberian lesen senjata api. Malah Suruhanjaya DiRaja juga perlu menyiasat pembekal MyKad, penyedia aplikasi MyKad, pihak bank yang meluluskan pembukaan akaun bank oleh suspek....

Tidak ketinggalan juga Suruhanjaya DiRaja juga wajar menyiasat proses pembekalan kawalan keselamatan, pemberian tender, termasuklah juga alokasi kawasan-kawasan dibawah seliaan syarikat kawalan keselamatan. Jangan dilupakan juga siasatan adalah perlu dibuat terhadap persatuan perkhidmatan kawalan keselamatan Malaysia (PPKKM) dari segala segi....

Siasat juga tentang kontrak keselamatan yang dapat kat satu syarikat.... Tapi diagihkan pula kepada satu syarikat lain.. Perlu dilihat disini juga kepada pembekal senjata api... Bagaimana prosesnya dan SOP yang dilakukan..

Selagi mana Kerajaan Malaysia tidak mahu menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja bagi tujuan ini, maka gua percaya rakyat Malaysia amnya telah hilang kepercayaan kepada KDN, JPN, PPKKM, dan syarikat kawalan keselamatan....

Rakyat Malaysia mahukan satu jaminan keselamatan daripada Kerajaan Malaysia. Takkan ini pun susah ker???


2 comments:

  1. dulu rioh bersih cekap amanah modai insan la ni mana pi semuanya tu adakah sudah tergadai.cakap lain amal lain.jangan hanya kerana nak cepat membangun kita biar berbagai insan masuk negara kita tanpa dipantau akhir kita boleh jadi sasau.
    apa la nasib anak cucu kita nanti kalau begini adanya

    ReplyDelete
  2. Bhai...

    Hari tu, Ustaz yang ceramah kat surau area aku... dia ada pusat tahfiz... dah hint dah... kena tambah yuran student tahun depan... la nie $350 sorang...

    COBOL

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???