26 October 2022

Berkejar Tentang Calon, Tapi ...

Bhai/DeeDee semua...

Gua lihat semua parti sedang berkejar tentang calon, tapi lupa kepada asas sesebuah pilihanraya... iaitu Polisi dan Dasar serta Hala Tuju kemana nak dibawa Malaysia nih... 

Setakat nih gua tak nampak mana-mana parti yang sedang membawa penerangan atau kempen tentang Polisi, Dasar dan Hala Tuju... kosong... semua parti lebih membuat perkiraan tentang calon dan berebut kerusi kawasan selamat untuk bertanding...

Dari calon-calon yang dah lama pon kalut nak carik kawasan selamat sampailah ke calon yang baru nak masuk bertanding...  semua kelam kelibut pasai lokasi dan undi...

Walhal benda paling penting rakyat nak tahu adalah macam mana pengembangan ekonomi negara nih nak diperbaiki... macam mana dengan kadar pengangguran yang merencatkan pembangunan kekeluargaan... macam mana dengan kemudahan infrastruktur.... macam mana dengan pendidikan rendah, menengah dan tinggi...

Macam mana dengan kadar ketirisan dana kerajaan dan polisi membenteras rasuah... Bagaimana pula dengan peningkatan kadar kesihatan mental rakyat.... macam nama dengan dasar keselamatan bekalan makanan serta macam mana dengan alam sekitar dan kerakusan pihak tertentu menggodolkan hutan serta mengakibatkan green house effect?

Semua ini tidak cuba untuk dibawa kedepan oleh mana-mana Parti Politik ... senyap sunyi ... melainkan lebih menumpukan kepada calon... sikit-sikit calon dan kerusi selamat...

Hampeh aaa...



8 comments:

  1. Bgmn parti ajaran sesat nak majukan ekonomi negara?

    ReplyDelete
  2. Tak dgr ke ceramah dr. Ph... Semua tak betul ke. Hebat penulis ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gua citer dari sudut pandang pengundi atas pagar... hahaha....

      Delete
  3. Hebat penulis ini. Tak tahulah sokong siapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Undi adalah rahsia... Yang penting undi pada orang yang boleh buat kerja... bukan setakat sembang jer... hahaha

      Delete
  4. Lemah....benda tu semuanya Rafizi dah sebutkan di ayuh Malaysia...

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???