20 December 2022

Allahuakbar.. Kasihannya ...

Bhaii/DeeDee semua...

Tragedi Batang Kali nih memang kritikal... ramai yang terlibat... ramai mangsa.... even dah sampai hari ke 5 pun masih tak jumpa lagi sembilan (9) mangsa.... Kejadian tanah runtuh di Batang Kali yang melibatkan tapak perkhemahan Father's Organic Farm telah menyebabkan 24 orang maut setakat ini... dan ini adalah insiden yang terbesar di Malaysia... insiden ke 4 melibatkan mangsa yang ramai...

Apa pun... gua salute kat Agensi yang terlibat... terutamanya Bomba, PDRM, JPAM, ATM, Hospital dan banyak lagi....  Salute juga buat skuad Anjing Pengesan K9 yang bertungkus lumus cuba mengesan mangsa selama 24 jam setiap hari...

Paling sedih bila membaca berita Pengarah Bomba Selangor (Norazam Khamis) pula telah tumbang.. kerana keletihan melampau dan stroke ringan... Allahuakbar... kasihannya...

Semoga Allah Taala berikan kekuatan dan penyelesaian bagi kejadian tragedi Batang Kali nih.... dan harapnya semua mangsa dapat ditemui dengan segera....

Aamin Ya Rabb



3 comments:

  1. إنا لله وإنااليه راجعون

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami doakan yang terbaik untuk beliau & semua team yang terlibat... Ketentuan Allah adalah yang terbaik sangat..

      Delete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???