21 December 2022

Makin Pening Abdul Hadi Awang

Bhai/DeeDee semua...

Tak pernah takder dalil dan fatwa .... kalu ianya boleh menguntungkan PAS dalam berpolitik... mesti ader punya... Ini ... kali nih... keluar pulak dalil "berdosa besar" kepada orang yang pergi tunaikan umrah dan haji sebab tak mengundi...

Hahaha.... adoilah...

Dulu tak pernah jumpa dalil macam nih .... tak dengar pun... kalu ader pon sekadar fiqh jer... adoilah.. 

Apa nak jadi la ngan Abdul Hadi Awang nih... relaks aaa.. dulu kan kata Malaikat pun mengundi PAS... so apa salahnya Malaikat pulak kali nih memenangkan PAS dalam Pilihanraya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung pada 2023 nanti....

Huhuhu



Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini memberi pesanan khusus kepada bakal jemaah haji dan umrah dengan mengingatkan mereka terhadap kewajipan mengundi dalam pilihan raya.

Ia dibuat tidak sampai lima minggu selepas PRU ke-15, dan menjelang pelaksanaan pilihan raya negeri (PRN) di beberapa negeri yang tidak dibubarkan baru-baru ini.

Memulakan catatannya dengan memetik ayat al-Quran mengenai amaran seksaan terhadap orang Islam yang enggan "berjuang" serta kemungkinan mereka akan digantikan dengan kaum yang lain, Abdul Hadi berkata Rasulullah SAW mendahulukan asas memelihara agama dengan menjadikan ia satu kewajipan.

"Apabila Islam dalam keadaan bahaya, maka hukum jihad yang asalnya fardu kifayah bertukar menjadi fardu ain dan hendaklah diutamakan.

"Sehinggakan, para huffaz (penghafaz al-Quran) dalam kalangan para sahabat ramai yang gugur syahid apabila berlaku peristiwa riddah (murtad) yang mengepung Islam ketika wafatnya Rasulullah SAW," katanya hari ini.


Pandangan Abdul Hadi Awang berkaitan ‘dosa’ jemaah haji dan umrah yang tidak mengundi perlu diperhalusi, kata bekas setiausaha Majlis Syura PAS Khairuddin Aman Razali.

Khairuddin berkata tindakan presiden PAS mengqiyaskan perkara itu dengan tindakan lari daripada medan perang adalah “istinbat (mengeluarkan) hukum yang tersasar dan sangat tidak halus”. 

“Apakah ia bermaksud mereka yang tidak mengundi dalam PRU yang lalu adalah berdosa besar.

“Dan lebih jauh lagi mengundi parti lain sehingga terbentuk kerajaan baru sekarang di peringkat persekutuan bermaksud kuasa Islam telah jatuh? 

9 comments:

  1. Maknanya.. kalau pangkah parti lain tak berdosa.. Cuma kalu pergi haji / umrah time pilihanraya jerr berdosa besar sama macam syirik jugaklah..
    Eloklah bersara awal Hadi ni.. buat hukum sesedap hati dia jerr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pangkah parti lain kira kapir... hahaha.... balik awal betul lar...

      Delete
  2. Jika masa tu dapat giliran pergi menunaikan ibadah haji takkan nak tolak, nak dapat punyalah susah.....suruh Haji Hadi bagi tau semua orang PAS yang dapat giliran tahun depan menolak untuk pergi menunaikan ibadah haji, ramai yang masih menunggu giliran boleh mengisi kekosongan tersebut...ada akai ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasai.... payah aaa ngan Abdul Hadi Awang nih.... pemikiran dier nampaknya di luar otak... huhuhu

      Delete
  3. Lobai dah 1000 langkah ke depan utk PRN tp PH masih seronok menerima jawatan. Hakak is risau.. Lobai pening makan panadol je ygpenting rakyat dah risau nak pegi umrah/haji ni takut tak dpt mengundi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasai... Lobai bab nak dapatkan kuasa laju ja depa... huhuhu

      Delete
  4. Nak selamat, tangguh haji/umrah...kita ke Auckland

    ReplyDelete
  5. Quota pun kena sailang, bila dapat quota, ada pula PRN, kena mengundi, sampai abang Jamil mampos pun tak ke Mekah..

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???