22 December 2022

Semoga MA63 Diselesaikan Dengan Baik

Bhai/DeeDee semua..

Gua dari dulu lagi tekankan bahawa isu MA63 perlu diselesaikan dengan cepat, kemas dan baik... Ianya sebab perjanjian yang dah lama di tuntut untuk dilaksanakan... Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia atas dasar sebuah negara... bukannya negeri.. jadi mereka ada autonomi sendiri... 

Mereka berhak menentukan apa sahaja berkaitan dengan negara mereka berdasarkan autonomi yang telah dipersetujui dalam Perjanjian MA63..

Jadi tindakan Anwar Ibrahim memberikan kembali kuasa mengawal selia gas kepada Sabah adalah satu usaha terpuji... sama seperti sebelum ini Sarawak telah mendapat hak mereka.... Dan harapnya Sabah dapat memanfaatkan perkara ini untuk kebaikan dan kelestarian Sabah itu sendiri... Janganlah tiris di mana-mana dalam pengurusan kewangan yang agak besar ni...

Terima kasih buat YDP Agong yang memperkenankan perkara ini berlaku...


Kerajaan Persekutuan membuat keputusan memindahkan kuasa kawal selia bekalan gas kepada kerajaan negeri Sabah seperti yang diberikan kepada Sarawak sebelum ini.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tarikh pelaksanaan kawal selia oleh kerajaan negeri Sabah itu akan ditentukan selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Kita pindahkan kuasa kawal selia bekalan gas yang dahulunya di peringkat Petronas Persekutuan kepada Sabah dan ini juga berlaku untuk Sarawak.

“Kuasa peletakan harga dan perjanjian baharu dahulunya diputuskan di pusat, tetapi dengan pemindahan ini, ia menetapkan kuasa kepada Sabah,” katanya di Perdana Putra di sini tadi.

2 comments:

  1. Gua setuju MA63 dilaksanakan tidak kira siapa PM sebab ini adalah penjanjian yang telah lama dimeterai. Gua berada disana hampir setiap daerah dan fahami sentimen mereka. Itu hak mereka yang dinafikan setelah revision 1976. Gua harap pindaan 2019 yang gagal kembali kepada status Wilayah.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???