05 September 2009

Pemangku ADUN

SPR akan membuat satu lagi kejutan.... hahaha

SPR akan mengumumkan bahawa ujudnya situasi Pemangku ADUN bagi kes-kes yang melibatkan kematian ADUN. Pemangku ADUN ini bergantung kepada situasi ADUN tersebut. Jika ADUN yang meninggal dunia itu dari BN, pastinya akan ader Pemangku ADUN tetapi tidak kalau ADUN yang meninggal dunia itu dari PR.

SPR akan mengumumkan Pemangku ADUN mestilah dari kalangan ahli keluarga ADUN itu sendiri sama ada isteri atau anak yang sulung. Jawatan Pemangku ADUN ini akan mendapat semua keistimewaan sama seperti ADUN itu sendiri ketika hidupnya. Elaun dan imbuhan serta kemudahan akan diberikan secara saksama.

Pemangku ADUN juga berpeluang mengundi didalam mana-mana sidang DUN dan juga jika ADUN tersebut adalah EXCO, maka Pemangku ADUN juga akan menjawat jawatan EXCO.

SPR akan melakukan sistem Pemangku ADUN dengan dimulakan di DUN Bagan Pinang yang mana ADUN dari Barisan Nasional telah meninggal dunia.

Kita tunggu pengumuman SPR tidak lama lagi.

3 comments:

  1. aku suka imiginasi hang nih...lawak,sinis tapi best.

    ReplyDelete
  2. "eh..eh..macam mana rahsia ni boleh bocor?" tanya Pengerusi Ess Pi Ar Em."Kami baru bincang secara lisan,belum lagi buat kertas kerja.Lagipun perkara ini perlu dibawa kepada pengetahuan PiEM .Pihak kami memang ada bercadang untuk melaksanakan cadangan ini kerana dah letih hadapi PRK.Lagipun kita boleh buat sistem waris terdekat bagi jawatan adun nie. sebab pernah berlaku kepada PiEM kita dulu.

    ReplyDelete
  3. Hahaha...

    Gua andaikan sama macam citer Hindustan... kalu yang mati tue Inspektor Shahab... sure bini atau anak dier akan jadi Inspektor gak..

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???