Polis kata diorang tembak kereta Aminulrashid Amzah semasa kejar mengejar untuk menghentikan kenderaan tersebut.
Polis kata tembakan tersebut dibuat untuk mengelakkan kecelakaan keatas orang awam atas sebab pemanduan Aminulrashid Amzah yang merbahaya.
Polis kata tembakan dilakukan beberapa kali sehinggalah Aminulrashid Amzah terbunuh.
........
Gua kata memang polis buat tembak menembak sama kejar mengejar konon untuk menghentikan kederaan tersebut.
Gua kata tembakan itu sebenarnya lebih mengundang kecelakaan (peluru sesat) keatas orang awam walaupun pemanduan Aminulrashid Amzah berbahaya.
Gua kata diorang cuma tembak tak mungkin lebih dari 6 kali kerana kalau lebih dari itu, itu dah kira tembakan rambang yang tidak tentu hala.
......
Apa-apa pon.... polis yang menembak tue serta rakannya perlu menjalani ujian psikologi untuk memastikan diorang mampu untuk mengendalikan situasi cemas dimasa akan datang dan juga berhemah ketika menggunakan senjata api.. Mereka juga perlu digantung sementara dari tugas sehingga semua siasatan selesai...
Sebagai penyelesaiannya, dua unit pakar poligraf perlu dilantik (perlu bebas dan telus) untuk membuat profil fakta dan soalan kepada keempat-empat anggota polis terbabit. Satu unit dilantik oleh pihak Kerajaan Malaysia dan satu lagi dilantik oleh orang awam.
No comments:
Post a Comment
Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???