29 April 2010

Tsuburaya Productions Akan Menyaman Ibrahim Ali

Hachimanyama, Setagaya, Tokyo. 29 April 2010. Pihak Tsuburaya Productions akan menyaman Ibrahim Ali (Presiden Perkasa) kerana bertindak menyamar dan menggunakan identiti Ultraman seperti yang disiarkan diportal berita Malaysiakini.

Jumlah nilai saman yang akan dikenakan keatas Ibrahim Ali yang menggunakan istilah "Ultra Malay" belum dapat dipastikan sehingga kini namun dari sumber-sumber yang boleh dipercayai ianya dijangka melebihi RM800 juta (23,483,516,795.58 YEN).

Tujuan saman ini adalah sebagai menjaga nama baik serta imej Ultraman yang selama ini adalah ikon kepada masyarakat Jepun dan seluruh Asia.

Namun begitu usaha untuk mendapatkan maklumbalas daripada Ibrahim Ali masih menghadapi jalan buntu kerana talian telefon Ibrahim Ali telah ditamatkan perkhidmatan kerana telah engkar membayar caj bil yang tertunggak.

Untuk pengetahuan semua, Ayah Pin yang terkenal di Terengganu juga pernah disaman lebih RM500 juta oleh pihak Tsuburaya Production pada tahun 2008 dahulu kerana tindakan yang sama iaitu mengaibkan Ultraman dengan menyamar sebagai UltraPin.

(.... hehehe... itu berita palsu la..)

No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???