Bhai... gua pernah menulis tentang benda nih... malah seawal tahun 1997 lagi gua dah tulis pasai isu zakat yang tidak berkesudahan lagi nih...
Nie ... Dr Asri (bekas Mufti Perlis) plak lanjutkan cerita yang sama... isu yang memang sama... bukan setakat isu kutipan... tapi pengagihan zakat....
Bhai.... Kalu lu nak tau ... kutipan zakat jer setahun bernilai beratus juta... tapi... kalu lu tengok perincian pembahagiannyer... mmm... macam hampeh... Dr Asri ader sebut isu duit zakat yang berbaki berpuluh juta yang tidak dibahagikan...
Sebab tidak dibahagikan... cuma alasan bodoh pegawai zakat... alasannya... takder pengaduan dan permohonan diterima.... sedangkan.. hari-hari pegawai zakat tue dok baca dalam akhbar... ader kemalangan maut... ader kematian... yang tinggal... anak-anak dan waris yang tua lagi uzur... setakat baca dalam akhbar... tapi langsung haram... nak jengah dan tengok pon tidak.... doik tunggu ader permohonan bantuan zakat...
Sepatutnyer.... kalu dah baca tue.. atau dapat tau ader kes kematian suami isteri... pergi la siasat... lawat... tengok apa yang boleh... dah sah dah mesti ader anak yatim yang tertinggal selepas kematian emak bapak suami isteri tue... aper daa...
Tapi... tak payah jauh la... keta tengok... ader korang dengar pegawai zakat dok mari bertandang lepas baca berita kemalangan maut kepada pengguna jalanraya yang melibatkan suami isteri semasa Ops Sikap Raya baru-baru nih.... haram... setahu gua la... kalu lu ader jumpa dan dengar depa mari lawat tue.... kira macam menunggu kucing bertanduk la... mimpi la....
Alasan paling bodoh yang biasa gua dengar adalah.... antaranyer...
- urusan melaporkan kepada pegawai zakat terletak kepada bahu JKKK atau Ketua Kampung.
- kita tak cukup pegawai zakat untuk tujuan lawatan nih.
- permohonan sekarang pun sudah cukup banyak.
- tak perlu lawat pasai simati memang kaya.. jadi anak-anaknya dah tentu cukup pakai.
Giler aper... walaupun seseorang itu anak jutawan sekalipun... jika beliau menjadi anak yatim... hak untuk menerima zakat tetap ada.... ini hukum Allah aper....
So.... pasai tue la gua memang tak bayar zakat kat pusat zakat... pasai... depa banyak seleweng... baik gua teruskan bayar kepada asnaf... selesai tanggung jawab...
Artikel Dr Asri boleh dibaca di SINI
anak yatim tak masuk dalam asnaf. reconfirm
ReplyDeleteBhai Mahaza...
ReplyDeleteErr.. tak masuk ker... setahu gua anak yatim memang masuk asnaf... cuma Rais anak Yatim jer yang tak masuk asnaf.... hehehe
8 asnaf yang layak menerima wang zakat iaitu:
ReplyDelete1. Fakir iaitu orang yang tiada langsung harta
dan/atau usaha yang mana pendapatannya kurang dari
separuh dari keperluan HARIANnya dan keluarganya
2. Meskin iaitu spt fakir tetapi pendapatannya lebih
dari separuh tetapi tidak cukup untuk menampung diri
dan keluarganya
3. Amil iaitu mestilah orang itu memunggut zakat,
mencari dan mengumpulkan penerima, menyerahkan wang
zakat tersebut kepada penerima
4. Muaalaf
5. Hamba yang mukattab iaitu hamba yang dijanjikan
kemerdekaan oleh tuannya sekiranya dapat membayar
sejumlah nilai/wang.
6. Tentera Perang Sabilillah yang tidak dibayar gaji
dan berperang kerana Allah
7. Orang yang berhutang kerana menyelesaikan
persengketaan antara 2 orang
8. Orang yang musafir yang keputusan belanja iaitu
pemberian wang zakat yang sekira-kira cukup tambang
dan bekal hingga tempat yang ditujuinya