04 December 2011

Bila Syaitan Bermesyuarat

Tuan-Tuan .... jangan terkezut... sekali-sekala perlu jugak syaitan mengadakan mensyuarat... Bukan aper... syaitan-syaitan terpaksa membuat mensyuarat untuk menunjukkan kepada semua bahawa syaitan masih lagi bersatu-padu... kuat dan bersemangat untuk meneruskan agenda syaitan.. malah syaitan memang merasakan mereka akan menongkat dunia... hahaha

Satu masa dulu... syaitan pernah bermesyuarat untuk menggulingkan dan mengurangkan serta mengambilalih kuasa dewa-dewa kayangan.... malah syaitan-syaitan dengan tiada segan silu menelanjangkan serta membogelkan segala kepincangan dewa-dewa... Bergegar kayangan pada masa itu... Punyalah marah sangat syaitan-syaitan dengan para dewa-dewa di kayangan...

Kini... syaitan-syaitan yang sama jugak bermesyuarat kononnya untuk menjaga kepentingan dan kuasa dewa-dewa.. Malah persemayaman untuk dewa-dewa pon pihak syaitan yang mengambil inisiatif untuk menyediakannya.... pelik kan....

Syaitan-syaitan nih sebenarnya sedang mempergunakan para dewa-dewa... memang ramai dewa-dewa yang masih blank dengan agenda para syaitan.. malah ader juga dewa-dewa yang sekadar berlakon kononnya tidak bersekongkol dengan para syaitan...

Malah ader dewa-dewa yang tiada kerja lain melainkan bersuka-ria dengan menaiki naga.... naga yang dibekalkan oleh para syaitan... dewa-dewa nampaknya suka benar digula-gulakan oleh syaitan... yer la... memang itulah tugas syaitan...

Kelangsungan hayat syaitan kini amatlah bergantung kepada sokongan dari para dewa-dewa.... elemen takutkan para dewa senantiasa diserapkan kepada manusia oleh pihak syaitan... bukanlah kerana dewa-dewa tersebut mendapat watikah khusus dari Tuhan... tetapi... ianya hanyalah sekadar untuk memenuhi tembolok nafsu para syaitan...

Namun tidak semua manusia yang takutkan para dewa ataupun syaitan... malah kumpulan yang berani berdepan dengan para syaitan dan dewa-dewa ini makin hari makin membesar... pada kumpulan manusia ini... para dewa-dewa tiadalah ader kepentingan keujudannya.. sekadar menghabiskan beras sahaja.....

Dewa-dewa bukanlah sesuatu yang perlu ditakutkan... dewa-dewa ini tidak pernah pon mendapat watikah dari Tuhan... tetapi kecoh mengada-ngadakan cerita bahawa mereka dipilih oleh Tuhan untuk menjadi dewa-dewa...

Kerja maksiat (yang menjadi kemurkaan Tuhan) sentiasa diperbuat oleh para dewa.. mereka seakan tidak takut untuk melakukan maksiat (judi, zina, arak dan sebagainya)... namun sebagai dewa (kununnya).. mereka berhak untuk menjadi kepala agama... walaupun mereka sendiri bergelumang dengan dosa dan noda...

Para syaitan selalu membisikkan ke telinga para dewa bahawa mereka adalah maksum.... kerana bisikan-bisikan inilah nampaknya para dewa berperasaan bahawa mereka maksum... malah sanggup bersekongkol dengan para syaitan untuk melakukan kerja mungkar...

Persoalannya sekarang ini.... Tuhan tidak pernah mengutuskan dan mengujudkan para dewa... Tuhan cuma mengutuskan para Nabi dan Rasul yang langsung tidak pernah mengatakan bahawa mereka adalah dewa... Jadi... perlukan ader dewa-dewa?

Pegi mampuslah sama dewa-dewa.... hahaha

3 comments:

  1. AS much we hate & loathe them we do fond to the way of life - Islam -surely in terms of good governance, justice, transparency, accountability & what ares!

    Kita ni memang Melayu, beragama Islam, mungkin sokong PR hanya kerana sikap benci, meluat UMNO-BN atas silap, kekurangannya dalam pelbagai segi. Biarlah berpaksi Islam. Kita membuang sistem yang rosak sebab ia tiada punya paksi/tiang/tulang belakang berdasar kpd Islam yg kita sanjung. Maka saban terserlah maksiat, kebathilan yang tidak mungkin kita berkompromi lagi. Walau mereka juga sebangsa kita. Seagama pula!

    Kita tentang kemungkaran, fasakh, dosa, maksiat & kelemahan hanya sebab supaya mereka yang sudah silap akan ingat, tersedar, ia diperbetulkan & kian baik. Tak kiralah sesiapa - muda tua miskin kaya, ulamak PAS, pemimpin negara, UMNO, umarak sekian. Ikhlas kerana Allah.

    Ayat suci & tafsiran Quran Al-Baqarah ayat awal bawah 30 ayat pun dah beri penjelasan & amaran tentang ini kpd kita.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???