02 January 2012

Dua Kategori Pelajar Dan Bekas Pelajar IPTA

Bhai... Hari ini gua nak ulas tentang dua kategori pelajar dan bekas pelajar IPTA... Hahahaha.... gua nak citer nih bab persepsi dan bah realistik....

Err... nak mulakan yang mana satue dulu aaa... pelajar ker bekas pelajar?? hahaha.... mmm... takper... kiter ikut turutan....

Mola-mola mari kiter citer tentang dua kategori pelajar IPTA...

1. Pelajar Angan-Angan
2. Pelajar Jati Diri

Okeh... dalam kategori pelajar Angan-Angan... aper yang boleh dilihat sejak dari sebelum masuk ker IPTA sampailah berada di IPTA.. mereka nih penuh dengan angan-angan...

- Glamer belajar di IPTA (status naik)
- Pikir camana nak dapat awek atau balak hensem
- Belajar untuk lulus (mesti dapat anugerah dekan dan sebagainya)
- Sanggup memplagiat atau dapatkan soalan bocor untuk lulus peperiksaan
- Sanggup melakukan aper sajer waima menjual tubuh dengan pensyarah janji markah naik
- Untuk dapat kerja bagoosh (makan gaji) biler ader kelulusan nanti

bagi kategori pelajar Jati Diri pulak...

- Sanggup bersusah payah membina sahsiah diri (menjadi contoh kepada masyarakat)
- Membuat kajian (research) kerana potensi dan minat dan bukannya kerana dipaksa
- Menyediakan diri untuk menjadi pemimpin pelajar dan masyarakat
- Banyak buat kerja kemasyarakatan
- Minda terbuka untuk menganalisiskan krisis ekonomi dan masyarakat

Okeh... rasanyer banyak lagi yang boleh gua tulis... tapi takper... lu orang boleh tambah sendirik...

Bagi kategori bekas pelajar IPTA pulak... gua senaraikan perbezaan diantara dua kategori dalamnya..

Bekas Pelajar IPTA (Kategori Robot) - hasil dari kategori pelajar Angan-Angan

- Kuli (golongan pekerja) yang tiada wawasan. Janji gaji masyuk dalam bank setiap bulan
- Kurang terlibat dengan kerja kemasyarakatan
- Leka dengan hiburan dan keduniaan
- Tidak ader daya rekacipta yang tinggi
- Tidak ader gaya kepimpinan yang baik (kalu jadi pengurus... jenis yang stagnant jer)

Bekas Pelajar IPTA (Kategori Manusia) - hasil dari kategori pelajar Jati Diri

- Menjadi kuli yang baik seterusnya boleh dinaikkan menjadi pengurus .. malah ramai yang berakhir dengan menjadi usahawan
- Kreatif dan berdaya saing (pemacu ekonomi dan rekacipta)
- Banyak terlibat dengan kerja kemasyarakatan (rukun tetangga dan sebagainya)
- Penggerak kepada kempen sosial dan ekonomi untuk masyarakat
- Kurang terlibat atau leka dengan hiburan dan keduniaan


Err... ader banyak lagi sebenarnya... tak larat aaa nak tulis semua... kesimpulannyer... lu pikir sendirik la yer... hahaha...

Dari aper yang gua nampak selama nih.. yang pasti 85% atau lebih pelajar yang ader di IPTA aderlah daripada kategori "Pelajar Angan-Angan" yang akhirnya akan menjadi "Robot" ... dan nampaknyer ini dijuarai oleh kumpulan Pro Aspirasi ...

Yang lawaknyer tue... dek kerana ramainyer "Robot" nih dalam masyarakat Malaysia... kira macam majoriti.. maka dapatlah kiter para pemimpin dari kalangan "Robot" nih kerana sistem demokrasi aderlah berasaskan suara majoriti...

Dan hasilnyer... terbongkang negara Malaysia nih kerana dipimpin oleh "Robot" hasil dari pembentukan "Pelajar Angan-Angan" nih.... hahahaha.... hancuss la....

4 comments:

  1. pelajar robot ni kalau gomen kasi elaun rokok pun diorang bbukan main seronok...bersyukur dan berterima kasih kepada BN katanya

    ReplyDelete
  2. Bhai HentakBelipat...

    Hahaha... yer betul... ingat tak kalu ader kenduri kahwin ker... ader gotongroyong.... kalu dapat Dunhill sebatang dua sebagai upah pon dan kira best... kerja macam nak giler... tambah kalu ader daun pakau ... hahaha

    ReplyDelete
  3. Isu utama yang sedang dihadapi oleh mahasiswa UPSI ialah graduan UPSI tiada tempat untuk mengajar.

    Cara penyelesaiannya ialah melakukan conversion ijazah Sarjana Muda Pendidikan kepada ijazah Sarjana Muda Sains/Kejuruteraan/Sains Komputer/Pentadbiran Perniagaan/Ekonomi dengan PGCE yang mempunyai nilai mata kredit untuk ijazah sarjana (perlu ditambah setahun atau setahun setengah lagi) supaya graduan UPSI lebih mempunyai nilai komersil.

    Apabila ini dilakukan, peristiwa UPSI pasti tidak akan berlaku lagi

    ReplyDelete
  4. Bhai Anonymous...

    Kalu nak ikutkan ... memang nisbah guru kat Malaysia nih masih tak cukup.. ader kelas yang terpaksa handle murid sampai 45 orang dalam satu kelas...

    Tapi.. biler diajukan kepada Kementerian... depa kata nisbah cukup...

    Walhal yang sebenarnya... benda nih member gua pegawai kanan kat Kementerian kasi tau.... sebenarnya .. kementerian tak cukup duit nak bayar gaji cikgu kalu amik semua stok guru yang ader dalam pasaran...

    Sebab tue la masih ader kelas yang cecah 45 orang sekelas terutamanya di Sekolah Kebangsaan Kg Melayu Subang.... hahahaha

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???