PEKAN 23 Julai 2012,
Desas desus yang mengatakan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor adalah seorang janda ketika berkahwin dengan Dato' Seri Najib Razak adalah tidak benar. Ianya telah disangkal oleh beberapa rakan terdekat yang mengenali Datin Seri Rosmah Mansor sejak dari kecil lagi. Malah jejaka yang dikatakan adalah bekas suami kedua Datin Seri Rosmah Mansor iaitu Encik Farid Ismeth Emir juga tidak pernah mengenali Datin Seri Rosmah Mansor secara dekat.
Ianya telah dinafikan sendiri oleh Encik Farid Ismeth Emir dalam satu rakaman video yang tersebar meluas di Internet terutamanya dilaman sosial YouTube. Malah Encik Farid Ismeth Emir menganggap gosip-gosip liar yang tersebar ini tidak wajar diperpanjangkan kerana ianya boleh menjejaskan maruah Datin Seri Rosmah Mansor yang sememangnya seorang yang dihormati.
Pihak media telah diberitahu bahawa pada waktu Dato' Seri Najib Razak menikahi Datin Seri Rosmah Mansor, beliau masih lagi teruna dan tidak pernah berkahwin. Datin Seri Rosmah Mansor adalah isteri pertama Dato' Seri Najib Razak. Oleh yang demikian, maka semua gosip-gosip liar yang mengatakan bahawa perkahwinan tersebut adalah antara duda dan janda adalah tidak benar sama sekali.
Pihak media telah dinasihatkan memperbetulkan persepsi ini demi untuk menjaga kredibiliti dan maruah Perdana Menteri Malaysia.
(c) 2012 - NONAMA NEWS NETWORK (NNN)
sejarah tidak pernah menipu, kata orang..... tapi ramai yg menipu sejarah mereka
ReplyDeleteDeeDee Solo Mum...
ReplyDeleteGua buat parody jer tue... hehehe... tapi masih dalam ruang lingkup berfakta.... hehehe