28 December 2012

Muhyiddin vs Najib

Bhai... Kalu diberi pilihan antara dua pemimpin UMNO nih untuk terus menjadi PM sampai selesai PRU13... Aper pilihan lu orang.. Gua tanya nih pasai la nih kem Muhyiddin sedang mempersiapkan semua kerja untuk menobatkan Muhyiddin sebagai PM sebelum Parlimen dibubarkan..

Tambah lagi skrang nih Muhyiddin sedang berkempen ke seluruh negara... Dan nampaknyer dah makin ramai orang BN dibelakang Muhyiddin Yassin nih... Beberapa Menteri Besar dan Ketua 'enteri telah berbaiah untuk menyokong Muhyiddin Yassin sebagai PM dan akan mendesak Najib Razak meletakkan jawatannya..

Tambah lagi semua dana untuk kerja kempen Muhyiddin Yassin nih dibiayaai oleh para kroni Mahathir Mohamed... Dan Mahathir Mohamed sediri dah mula kempen untuk Muhyiddin Yassin... Beberapa siri makan malam, private talk dan meja bulat dah mula dibuat untuk menarik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin... Malah gua dikhabarkan bahawa beberapa individu jutawan dan hartawan bertaraf VVIP yang telah bersedia memberikan bantuan...

Nampaknya Najib Razak makin tersepit... Setakat berharapkan beberapa fail SPRM dan PDRM bagi beberapa individu tidaklah berapa mencukupi dan kuat... Malah kedua-dua agensi penguatkuasaan tersebut telah kurang taringnya disebabkan oleh pengaruh wang dan politik...

Setakat gua dimaklumkan... Kem Muhyiddin Yassin cuma masih belum dapat persetujuan dari Sultan dan Raja-Raja Melayu sahaja... Jika dah dapat perkenan... Maybe sebelum hujung Januari Najib Razak sudah dipaksa meletakkan jawatan..

So.. Kita tunggu permainan apa yang akan dibuat oleh Najib Razak untuk terus mengekalkan kuasa....

Oh yer... Kengkawan gua di "E" bagitau bahawa Deepak dan Musa Hassan tue semua aderlah agenda Mahathir Mohamed untuk menjatuhkan Najib Razak... Tapi ntah la... Gua setakat dengar jer..

2 comments:

  1. Wah ini mantep bhai..tersepit telur Najib kalau cenggini..gua dah ler minat giler dgn Najib nih..

    kah kah kah..pandai ekau pelaga najib dgn midin ya..haha

    ReplyDelete
  2. Bhai Ahmad Seekers...

    Stendet la bhai... gua kan blogger penghasut... so mestilah hasut dan laga-lagakan... hahaha

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???