14 January 2013

#HKR112 : Berita Yang Tak Sedap Didengar

Bhai.... baru jer dua hari #HKR112 selesai dijalankan dengan baik dan tenteram.... tetiba jer.. kita bakal dihidangkan dengan berita yang tak sedap didengar... Err... berita aper tue... hehehe... sabor bhai... sabor... benda nih masih fresh dari ladang... gua sajer citer awal sebab nak sabotaj plan diorang nih awal-awal.... hahahaha

Nih citer dier...  maklumat dalaman yang gua dapat.... Merdeka Heritage Trust (pemilik/pentadbir Stadium Merdeka) telah mengadakan satu mesyuarat.... dan hasil dari mesyuarat itu... beberapa perkara telah diketengahkan dan akan dimasukkan dalam senarai tuntutan kepada penganjur #HKR112.

Senarai tuntutan ini "khabarnya" merangkumi perkara berikut.

  1. Kerosakan kepada hiasan dan taman dalam kompleks Stadium Merdeka
  2. Kerosakan kepada bangku dan peralatan tempat duduk Stadium Merdeka
  3. Kerosakan kepada peralatan elektrik (suis dan lampu)
  4. Kerosakan kepada kemudahan tandas
  5. Kerosakan kepada kemudahan surau
  6. Kerosakan akibat dari vandalisma dan grafitti (cat sembur)
  7. Bil penggunaan air yang tinggi
  8. Bil penggunaan elektrik yang tinggi
  9. Kerosakan kepada sistem pintu masuk
  10. Kerosakan kepada sistem siaraya
Ini antara maklumat yang gua dapat dari sumber dalaman Merdeka Heritage Trust... Dan gua sedang cuba dapatkan pula citer dari pihak DBKL ... Kononnya ader beberapa tuntutan akan dikemukakan oleh DBKL .

Ntah la bhai... nampak sangat macam ader agenda diorang nih....  Kiter tengok jer la....

5 comments:

  1. Salam,

    Biasala tu bro, ingat senang2 gitu je bagi kebenaran guna kemudahan. Pagi ni crita sampah bersepah.

    Kalau dulu guna strategi keganasan, dua tiga kali cuba tak jalan, malah bagi imej buruk pada kerajaan dan polis. Kali ni, imej dan maruah anggota keselamatan positif.

    Tapi depa mana mau rugi kan. So create isu lain, bawak anak, tak patuhi jumlah hadirin, sampah, peniaga rugi, jalan jam, segala mak bapak yang boleh dipalitkan akan dihebohkan dalam media mereka.YANG PENTING PALITKAN IMEJ NEGATIF KEPADA PR. Senang baca bro.

    ReplyDelete
  2. hahaha... depa dah tahu yang semalam punya donation 289k... tolak sewa stadium 100k... ada balance lagi 189k... yang balance tue dia orang nak sapu...

    Cobol...

    - jangan ada round ketiga untuk collect donation cukuplah...

    ReplyDelete
  3. Berita Yang depa tak sedap dengar !!!!

    1. Taman/hiasan dah lama tak jaga...!!! dasyatnya kau orang batu pun boleh pecah ...pelik??
    2. Bangku/Tempat Duduk dah lama rosak...!!! Hai duduk saja boleh hancur ...lagi satu pelik ???
    3. Kerosakan suiz ... masa lama dulu lagi...!!!Zaman Merdeka Lagi !!!
    4. Tandas dah lama tersumbat...!!! Indah water tak buat kerja ....???
    5. Surau tu dah lama tak gunakan !!! Depa tak solat kot ???
    6. Cat sembur sebelum #Kl112 zaman tok kaduk dah ada !!
    7. Bil air ... bila pulak tandas awam percuma ? dah bayar dah !!!
    8. Bil letrik tinggi ... orang berarak pun pakai letrik ke???
    9. Sistem pintu rosak ...tak masuk pun!!! berarak kat luar ... pintu rumah mana ... pulak yang rosak ??
    10. Sound sistem rosak tu pasai empunya stadium bagi kerja kat staff bangang !!!

    Lepas ni apa lagi depa nak kata !!! ... nak kondem !!!
    Sorry ....la masa sambutan Merdeka lagi banyak yang hancus ...!!!

    Jebat: Batu cakap Kat Aku

    ReplyDelete
  4. gua ada lgi satu cite yg x sedap di dengar di kg baru mlm sebelum tu...gua rasa lu pun tau cipan..

    ReplyDelete
  5. Bhai/DeeDee Anonymous...
    Stendet la bhai... itu semua agenda yang dah kita boleh tangkap... hahaha... sebab UMNO/BN nih lembam skit... hahaha

    Bhai Cobol...
    Hahaha... diorang mau pow lebih la tue... hahaha...

    Bhai Jebat...
    Hahaha... tue la pasai... macam-macam alasan la diorang nak kasi...

    Bhai BunBinBan...
    Oit... citer yang mana satu tue... kasi hint skit... sebab gua ader kat Kg Baru malam tue...

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???