15 January 2013

Penting : Penjelasan Isu Berkaitan Nama Allah


Ahmad, Joseph, Muthu dan Lim sedang duduk minum di kedai kopi menikmati tea-break mereka.  Dalam perbualan mereka, terselit perbualan berikut:

Ahmad:  “Joseph, siapa yang jadikan kamu?”
Joseph:  “ALLAH”
Ahmad:  “Muthu, siapa yang beri kamu rezeki?”
Muthu:  “ALLAH”
Ahmad:  “Ah Lim, siapa tuhan yang jaga dan urus alam ini?”
Lim:  “ALLAH”
Ahmad:  “Alhamdulillah”

Ahmad yang mendengar jawapan-jawapan yang diberikan oleh rakan-rakan sekerjanya itu berasa lega kerana mereka mengakui bahawa tuhan yang menjadikan, yang memberikan mereka rezeki dan menjaga alam ini ialah ALLAH.  Lantas Ahmad mengucapkan ‘alhamdulillah’ kerana bersyukur dapat mendengar jawapan tersebut dari mulut rakan-rakannya yang belum beragama Islam itu.

Walaupun mungkin konsep yang mereka faham mengenai ALLAH itu tidak tepat yakni mengikut doktrin kepercayaan dan agama mereka.  Tetapi sekurang-kurangnya bagi Ahmad ia suatu yang penting untuk diterima iaitu mengakui bahawa ALLAH itulah yang menjadikan mereka, yang mengurniakan kepada mereka rezeki dan yang mengurus tadbir alam ini.  

Tinggal satu lagi perkara iaitu meluruskan kefahaman yang sebenar tentang siapakah ALLAH yang sebenar dan mengajak kepada mentauhidkanNYA (meng-esa-kan ALLAH).

Walaupun mungkin konsep yang difahami oleh Joseph si penganut Kristian, Muthu si penganut Hindu dan Lim si penganut Buddha tidak sama dengan konsep yang difahami oleh Ahmad si penganut Islam, namun ia permulaan yang baik untuk Ahmad mendakwahkan ajaran tauhid kepada rakan-rakannya.  Dan Ahmad faham itulah tugasnya selepas ini.

  • Tahap pertama:  Mengakui bahawa ALLAH ialah tuhan.
  • Tahap kedua:  Menjelaskan sifat-sifat ALLAH yang sebenar dan mentauhidnya.

Apa kata ALLAH?

Apa yang dilakukan oleh Ahmad di atas adalah suatu yang dicontohi dari apa yang ALLAH suruh kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam seperti yang disebut di dalam 2 ayat al-Quran di bawah.  Iaitu supaya bersyukur dengan mengucapkan ‘alhamdulillah’ jika orang-orang kafir mengakui bahawa ALLAH ialah tuhan.

ALLAH Ta`ala berfirman:


“Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?”  Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”.

Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik).”
(Surah al-`Ankabut, 29:63)

Dan firman ALLAH dalam surah yang lain:



“Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?”  Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”.

Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian – tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).” - (Surah Luqman, 31:25)

Cuma yang menjadi masalahnya ialah kefahaman salah mereka tentang sifat-sifat dan ketauhidan ALLAH.

Jadi, masalah inilah yang diambil tindakan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam dan orang-orang yang mengikuti Baginda untuk diselesaikan.  Iaitu dakwah kepada mengenal ALLAH, sifat-sifatNYA dan mentauhidkanNYA.  Hal inilah perlu dijadikan keutamaan dalam dakwah, bukannya menggelabah apabila orang kafir menyebut ALLAH sebagai tuhan mereka.  Apatah lagi jika menjadikannya sebagai isu.  Sekali lagi ingin disebut dan ditekankan:  KEUTAMAAN DAKWAH.

Semoga tulisan ringkas ini dapat memberikan kita semua akan petunjuk bagaimana untuk memilih tindakan kita apabila ada orang yang belum-Islam mahu menggunakan nama ALLAH sebagai nama tuhan.  Saya juga pernah menulis hal seumpama ini dalam tulisan berikut pada tahun 2010 sewaktu isu ini menjadi panas dahulu:


Selepas ini terpulanglah kepada kita samada mahu memilih tindakan yang macam mana?  Adakah mahu:

  1. Marah-marah dan membantah dengan kekerasan?  ATAU,
  2. Menerimanya dengan tenang dan menyusul dengan tindakan memberikan penjelasan siapakah sebenarnya ALLAH?
Allahu A`lam.  SubhanAllah.

(entri artikel ehsan dari Saudara Muzir yang diperkenalkan oleh QueAchmad)

15 comments:

  1. satu penjelasan yg bagus..nanti aku forward pada fathul bahari..tgk apa dia nk jwb..hahaha

    ReplyDelete
  2. Syabas Cipan !!!! Gua caya Lu !!!
    Ulamak "Cap Kambing" yang selalu buat kecuh tak faham Hadis dan AlQuran.
    Ok! gua kidnap lu punya post ... nak sebar seantoro dunia sesawang !!!
    Bye ...Cipan


    Jebat: Bagi Mereka Cara Mereka, Bagi Ku Cara Ku

    ReplyDelete
  3. Salam SysOp,
    Maaf kerana lambat reply post sedara di blog Yong kerana terlalu sibuk. Yela, mkn gaji la katakan, kena la amanah. Sy juga bukanlah kaki blog, Cuma terdetik untuk memberi menyuarakan pendapat...
    Pertama sekali sy ingin quote blk kenyataan yang telah dipersetujui oleh PR:
    “Penggunaan kalimah Allah bagi orang bukan Islam adalah dibenarkan selagi ia TIDAK DISALAHGUNAKAN.”
    Sedangkan semua maklum bahawa tujuan gereja untuk menggunakan kalimah Allah di dalam bible berbahasa melayu mereka bukanlah untuk mengEsakan Allah, tetapi untuk tujuan dakyah kepada kaum Melayu di Semenanjung Malaysia ini. Adakah ini dah terang-terangan SALAHGUNA? Atau ada di kalangan kita masih menafikan demi politik?
    Ok, sekarang lets go through your article. Sy dah baca dan meneliti penulisan sedara berkenaan pencerahan (dr komen sedara kpd sy di blog Yong) dan penjelasan berkenaan penggunaan kalimah Allah ianya cukup bernas dan padat jika mahu dilihat dari sudut imaginasi sedara dan sebagai hujah untuk menyokong pendirian sedara, perfercto! Namun, adakah itu hakikatnya yang berlaku? Izinkan sy beri pendapat di sini, kalau tuan benar2 ikhlas, harap boleh direfresh kembali tajuk ini untuk rakyat membuat penilaian dan perbandingan...
    Mengapa saya kata imaginasi di atas?
    Berkenaan sketsa Ahmed, Joseph dan Muthu
    Adakah perbualan ini pernah berlaku or will it realistically/logically happen in future? Bayangkanlah dan tepuklah iman...
    Berkenaan penjelasan saudara berkenaan pengakuan bahawa Allah itu tuhan, dan kemudian disusuli dengan pemahaman dari segi mentauhidkan Allah melalui gerak kerja dakwah.
    Penjelasan saudara itu benar, jika Joseph dan Muthu itu adalah org kebanyakan seperti mana terdapat bangsa lain yg menyebut MasyaaAllah kerana dah biasa bercampur dengan org melayu ataupun disebut sebagai kafir Zimmi(yang tidak memusuhi Islam). Akan tetapi sila renungkan adakah golongan ini yang beria2 mahu menggunakan nama Allah? Jawapannya TIDAK! Golongan yang beria-ia nk gunakan nama Allah ini adalah dari golongan yg terang-terang memusuhi Islam dan takkan sekali-kali memeluk agama Islam yakni golongan kafir Harbi (mcm Karpal gak la).

    ReplyDelete
  4. Di sini saya sertakan beberapa petikan Firman Allah Ta’aala yang jelas sekali berkenaan golongan ini:
    Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam".
    (A-li'Imraan 3:64)
    Segolongan dari Ahli Kitab suka dan berangan-angan kiranya mereka dapat menyesatkan kamu; padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka pula tidak menyedari (akibat yang buruk itu).
    (A-li'Imraan 3:69)

    Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu kufurkan (ingkarkan) ayat-ayat keterangan Allah padahal kamu menyaksikan kebenaranNya? (A-li'Imraan 3:70) |
    Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu campur adukkan yang benar dengan yang salah, dan kamu pula menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuinya?
    (A-li'Imraan 3:71)
    Dan berkatalah segolongan dari Ahli Kitab (sesama sendiri): "Berimanlah kamu kepada Al-Quran yang diturunkan kepada orang-orang yang beriman itu: pada sebelah pagi, dan kufurlah (ingkarlah) pada petangnya, supaya mereka (merasa ragu-ragu, lalu) kembali menjadi kafir semula".
    (A-li'Imraan 3:72)
    Dan sesungguhnya, di antara mereka (Ahli Kitab itu) ada (Ketua-ketua agamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu. Dan mereka pula berkata: "(bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah", padahal ia bukanlah dari sisi Allah; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).
    (A-li'Imraan 3:78)
    Bahkan di dalam surah Al- Baqarah dan surah Al-Imran terlalu banyak petikan yang jelas dan nyata sebagai peringatan kita semua berkenaan golongan Yahudi dan Nasrani yang memusuhi Islam, bahkan memutarbelitkan kitab mereka dan juga kitab Al-Quran untuk memesongkan kita.

    ReplyDelete
  5. Mari kita balik kepada tujuan golongan kafir Harbi ini beria-ia mahu menggunakan nama Allah dalam kitab bible mereka berbahasa melayu di Semenanjung. Mari kita renungkn:

    Kenapa mahu menggunakan kalimah Allah sebagai translation dan bukan Tuhan?
    Kononnya Allah adalah tuhan bagi kaum melayu, YA, KERANA TELAH TERMAKTUB DI DALAM PERLEMBAGAAN MELAYU WAJIB BERAGAMA ISLAM DAN DI DALAM ISLAM ALLAH ADALAH 1, ESA BUKANNYA TRINITY! Kononnya nama Allah telah lama digunakan di dalam bible. Ye la tu, dalam English, Arab or Jewish bible xde guna pun. Sebaliknya mereka menggunakan nama Yahweh dan Elohim (yang bermaksud plural). Rakan2 sekalian boleh gugel betapa banyaknya penjelasan pendakwah antarabangsa berkenaan isu ini.
    Kenapa bahasa melayu? Kerana mudah, golongan target adalah orang melayu, bukan cina dan india.
    Nah, telah jelas dan nyata bahawa golongan ini memang nk guna Nama Allah untuk kerja Dakyah mereka. Sedangkan seluruh Ulama’ seMalaysia x kira MUFTI UMNO, MAJLIS SYURA PAS dan lain-lain Ulama’ menentang keras penggunaan nama Allah di dalam bible, siapa kita untuk menentang? Ulama’ mana yang kita nk ikut? Ulama’ Anwar? Karpal? Atau pun oleh kerana mengikut nafsu untuk mengaut undi Kristian Sabah & Sarawak? Ataupun kita nak pejam mata dan buat-buat x sedar kerana nak ke Putrajaya? Adakah kita ingin menjadi golongan yang menyembunyikan kebenaran?Di sini saya sertakan peringatan Allah S.W.T. kepada golongan yang menyembunyikan kebenaran dan golongan yang suka mengambil ayat separuh2 demi kepentingan mereka:
    Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.
    (A-li'Imraan 3:7)
    Dan janganlah kamu campuradukkan kebenaran dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran itu, sedang kamu mengetahui." (Al-Baqarah: 42)
    Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan sesuatu yang Kami telah turunkan iaitu dari ayat-ayat yang jelas dan hidayat setelah kami terangkan kepada manusia di dalam kitab suci, merekalah orang-orang yang dilaknatkan Allah dan dilaknatkan oleh sekalian pelaknat. Kecuali mereka yang telah bertaubat, mengislahkan diri mereka dan menjelaskan yang benar, maka untuk mereka Aku terima taubat mereka dan sesungguhnya Aku Maha Penerima Taubat dan Maha Pengasih. (Al-Baqarah: 159-160)
    X cukup jelas lagi? Cukup sudah fitnah politik baik BN ataupun PR namun kalau pegangan agama ni pun nk dijadikan modal undi pilihanraya, tidakkah ini melampau? Tepuk dada tanya selera,

    ReplyDelete
  6. Sedara SysOp,
    Sy juga sempat baca penulisan sedara tentang “Buat Apa Kecoh Pasal Mengedar Bible”? Sy kagum dgn kehebatan sedara tentang mengIslamkan sami (sekiranya benar, Wallaahua’alam) namun jangan dinafikan usaha PERKIM dan individu-individu lain yang telah menjalankan usaha mereka dan Alhamdulillah telah berkembang pesat golongan muallaf di Malaysia ni. Sy juga mengaku sy bukan pernah berdakwah pn, tetapi adakah sy x berhak marah agama sendiri diperkotak-katikkan?
    Sy kira sedara ni adalah org IT yg berkemahiran dgn managed switch (maaf, sy bkn org IT), dan sy rasa tuan lg maklum dgn pendedahan di web-web berkenaan kerja-kerja christian missionaries untuk mengislamkn org Melayu sejak berkurun lama, di tambah pula dgn wujudnya Illuminati, Masonry dll yg sy kira sudah pasti dlm poket sedara. Namun, Setidak-tidaknya org2 Islam biasa yg x bisa mengislamkn sami ni ada akal, melenting agama bila kita diperkotak-katikkan oleh golongan tertentu daripada berpeluk tubuh setuju je malahan siap menggunakan ayat2 Al-Quran untuk menyokong apa kata pemimpin kita demi politik.
    Mari kita sama-sama kongsi akibat sekiranya kalimah Allah ni dibenarkan digunakan di dalam bible bahasa melayu. Sesetengah golongan PR berhujah “Indonesia dah lama guna, ok je pun” fine, lets go thru the fact below:
    Indonesia dikenali sebagai negara berpenduduk terbesar Islam di dunia. Dahulunya, lebih 90 peratus penduduknya beragama Islam. Kini hanya 200 juta sahaja yang beragama Islam, daripada 240 juta jumlah keseluruhan. Mengikut jangkaan, jika sesuatu tidak dilakukan, pada 2035, Indonesia akan menjadi negara majoriti Kristian dengan lebih 2 Juta umat Islam dikristiankan setiap tahun. (sumber Save Maryam Campaign). Untuk lebih banyak pendedahan, sumber boleh dilihat di sini http://tekokopi.blogspot.com/2013/01/kesan-penggunaan-kalimah-allah-oleh.html
    Sy rasa setakan ni saja comment sy, yang penting sy dah jalankan tanggungjawab sebagai org Islam yg menentang penggunaan kalimah Allah di dalam bible berbahasa melayu meskipun belum pernah berdakwah di mana mana.... semoga dapat disiarkan di dalam blog anda sekiranya anda benar-benar telus dan ikhlas menunjukkan kebenaran dan bukan dari sebahagian warga fitnah ayat separuh2 dan penyembunyi kebenaran... Wassalam..

    ReplyDelete
  7. Salam SysOp,

    tk kerana sudi membuka ruang untuk pendapat alternatif di sini x mcm sesetengah blog yg lain. Syabas! minta maaf terdapat typo, maklumla nk cepat x sempat semak,

    "kerja-kerja christian missionaries untuk mengislamkn org Melayu sejak berkurun lama, di tambah pula dgn wujudnya Illuminati, Masonry dll"

    sepatutnya "mengkrinstiankn org melayu"

    harap dapat diperbetulkn bg mengelakkan kekeliruan. minor typo yg lain blehla diabaikan.

    wassalam, tk

    ReplyDelete
  8. Bhai FAS2...

    Gua nih berfikiran terbuka punya worang.. jadi... jangan riso... gua takder block komen... melainkan ianya hasutan, lucah dan menyalahi undang-undang....

    Okeh.. gua nak tulis panjang tak sempat lagi... aper yang sebenarnya gua nak citer... ini semua pasai kat Malaysia nih ... samer macam kat Indonesia... kita memartabatkan Bahasa Kebangsaan... dan Bahasa Kebangsaan itu adalah Bahasa Malaysia...

    Jadi... jangan nak marah la kalu diorang nak gunakan Bahasa Malaysia... dan nama Allah itu dalam bible berbahasa Kebangsaan .... dah polisi kiter berbahasa kebangsaan....

    Macam USA la... diorang memartabatkan English... jadi Bible kat sana biasanya akan berbahasa English... sebab jarang orang Kristian di US pandai berbahasa Latin.... hahaha

    Ada paham ka aper yang gua maksudkan nih....

    BTW... gua paham aper yang lu terangkan dalam komen lu tue... gua stuju dengan point yang lu bawak tue.... thanks sekali lagie...

    ReplyDelete
  9. sejak bila bahasa kebangsaan kita ni Bahasa Malaysia?
    yang aku tahu apa yang tertulis dalam perlembagaan adalah bahasa Melayu...

    ReplyDelete
  10. Salam,

    pd pndapat gua, nama Allah tu bukan bhs melayu tp arab. Jadi, kalupun injil dalam bhs melayu, nama Allah tidak perlu.
    Gunakan shj nama kata khas yang sudah sediaada dan telahpun digunapakai oleh mereka spt Elohim, YHWH dll.

    Kalau nama2 khas bagi tuhan ini sudahpun mereka ada, tapi tiba2 nk tukar ke Allah pulak.. nampak sangat la kan...

    kat malaysia ni kalau sebut je nama Allah, ia dah sinonim dengan Islam, bukan melayu. (yang melayu tu just because majority of malays are muslim je).

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  11. Slam sheikh..u dh komen mcm2,yg setuju bca hadis,yg x stuju pn bca hadis jg,tnggi mna ilmu wallahualm,yg psti kalau kita letak islam semulia n tragung bru kita thu kebesaran ALLAh pncipta n pemilik sekelian alam ini,islam milik ALLAH,ALLAH bukn milik islm shj,seluruh alam milik ALLAH,smoGa dgn kebijakn kita umt islam dpt menarik yg bukn islam msuk islam,jgn melayu msuk kristian,krana itu malaysia prlukn pemerntah yg kerajaannya benar2 islam,bukn hnya melayu.tnpa disedari 5 negeri d malaysia tlah di benar mnggunakn kalimah ALLAH dlm bhasa melayu oleh kerajaan,tapi dlm masa yg sama kerajaan mengurngkn aktiviti islamiah dlm negara ini,bnyk masjid bukn banggaan,ramaikn jemaah adlh kejayaan!,yg paling pnting untk sheikh2 perjuangkn ialah cuti hujung mnggu spttnya JUMAAT,tampak remeh tp amat pnting utk negara islm...fikir fikirknlh...

    ReplyDelete
  12. Slam sheikh..u dh komen mcm2,yg setuju bca hadis,yg x stuju pn bca hadis jg,tnggi mna ilmu wallahualm,yg psti kalau kita letak islam semulia n tragung bru kita thu kebesaran ALLAh pncipta n pemilik sekelian alam ini,islam milik ALLAH,ALLAH bukn milik islm shj,seluruh alam milik ALLAH,smoGa dgn kebijakn kita umt islam dpt menarik yg bukn islam msuk islam,jgn melayu msuk kristian,krana itu malaysia prlukn pemerntah yg kerajaannya benar2 islam,bukn hnya melayu.tnpa disedari 5 negeri d malaysia tlah di benar mnggunakn kalimah ALLAH dlm bhasa melayu oleh kerajaan,tapi dlm masa yg sama kerajaan mengurngkn aktiviti islamiah dlm negara ini,bnyk masjid bukn banggaan,ramaikn jemaah adlh kejayaan!,yg paling pnting untk sheikh2 perjuangkn ialah cuti hujung mnggu spttnya JUMAAT,tampak remeh tp amat pnting utk negara islm...fikir fikirknlh...

    ReplyDelete
  13. .



    .


    salam 1 malaysia, bhai dan cik cik

    .


    .

    apakah isu nya dalam hal kalimah ini?


    Muslim dan bukan muslim terima hakikat

    yang Allah yang satu adalah Tuhan sekelian alam!


    .

    Ini bukan roket sains- ini adalah hakikat! Tak payak

    ada doktorate atau sijil loyar macam si asri atau

    bari itu untuk buat statement tuh. Katolik dalam blog

    Helen Ang dan Ktemoc semua dah tau!



    What then is the issue?


    Saya tengah nak tulis satu artikel nak terangkan

    pasal apa isu yang dibangkitkan.


    Katolilik nak gunakan kalimah Allah sebagai substitute

    untuk God mereka dalam bible melayu kat malaysia nih.

    Mereka nak kata tuhan kami Allah, ada Bapa Allah dan Anak

    Allah dan ada holy ghost [pontianak bersih] .


    Mungkin kamu tak baca apa yang telah saya tulis di Helen Ang

    atau Ktemoc atau Tranungkite.


    Sekali lagi saya jelaskan lagi . Pontianak tak di pakai dek si

    katolik. Mereka pakai Roh Kudus sebagai terjemahan untuk

    komponen ketiga tuhan mereka -holy ghost. Bayangkan tuhan mereka

    secara simple bagaikan Nescafe 3 dalam 1. Ada Nescafe, ada krimer

    dan ada gula. Nescafe tuhan mereka pula akan ada Bapa Allah, Anak

    Allah aka Jesus dan Roh Allah [kudus]


    . Ini akan berlaku jika mat mat berfikiran tongsampah biarkan

    si katolik gunakan Allah di dalam kitab mereka.


    Isu Allah adalah tuhan mereka sebenarnya tak relevan , bhai !


    Sebarkanlah logik ini. Kita tak payah pandang jika mat yang

    kata bolih itu bekas mufti atau ada doktor depan namanya

    atau dia loyar, Kalau dah berfikiran macam mat pantat

    hujah mereka mesti di tongsampahkan
    .


    .


    .


    khong khek khuat


    .

    .

    ReplyDelete
  14. .



    .


    salam 1 malaysia, bhai dan cik cik

    .


    .

    apakah isu nya dalam hal kalimah ini?


    Muslim dan bukan muslim terima hakikat

    yang Allah yang satu adalah Tuhan sekelian alam!


    .

    Ini bukan roket sains- ini adalah hakikat! Tak payak

    ada doktorate atau sijil loyar macam si asri atau

    bari itu untuk buat statement tuh. Katolik dalam blog

    Helen Ang dan Ktemoc semua dah tau!



    What then is the issue?


    Saya tengah nak tulis satu artikel nak terangkan

    pasal apa isu yang dibangkitkan.


    Katolilik nak gunakan kalimah Allah sebagai substitute

    untuk God mereka dalam bible melayu kat malaysia nih.

    Mereka nak kata tuhan kami Allah, ada Bapa Allah dan Anak

    Allah dan ada holy ghost [pontianak bersih] .


    Mungkin kamu tak baca apa yang telah saya tulis di Helen Ang

    atau Ktemoc atau Tranungkite.


    Sekali lagi saya jelaskan lagi . Pontianak tak di pakai dek si

    katolik. Mereka pakai Roh Kudus sebagai terjemahan untuk

    komponen ketiga tuhan mereka -holy ghost. Bayangkan tuhan mereka

    secara simple bagaikan Nescafe 3 dalam 1. Ada Nescafe, ada krimer

    dan ada gula. Nescafe tuhan mereka pula akan ada Bapa Allah, Anak

    Allah aka Jesus dan Roh Allah [kudus]


    . Ini akan berlaku jika mat mat berfikiran tongsampah biarkan

    si katolik gunakan Allah di dalam kitab mereka.


    Isu Allah adalah tuhan mereka sebenarnya tak relevan , bhai !


    Sebarkanlah logik ini. Kita tak payah pandang jika mat yang

    kata bolih itu bekas mufti atau ada doktor depan namanya

    atau dia loyar, Kalau dah berfikiran macam mat pantat

    hujah mereka mesti di tongsampahkan
    .


    .


    .


    khong khek khuat


    .

    .






    ReplyDelete
  15. .nota tambahan

    .


    salam 1 Malaysia to all

    ..




    Of course Allah is God for all mankind catholics, muslim

    jews, atheist and others in this world. This is non issue

    from me and all the pro Allah as catholic god in all the blogs.



    I was raised in a government quarter in my childhood. My

    neighbours were Dankers and Sekelchys and I am in way

    looked after by the serani girls! I had the good luck

    of studying in the uk and had postgraduate attachments in

    catholic Holland at and work experiences in Bergamo.

    Italy- also a staunch catholic country.



    Interestingly you may want to know that the Seranis never ever

    mentioned Allah as their God. Likewise the chinese that

    I had over the course of my professional career had

    never mentioned Allah as their god. I suspect this wanting of God

    Allah as the god in bible are wholly the works of new catholics

    -the chingkies [who were originally pagans] and a very small number

    of indians born into poverty who were adopted by the catholic church.

    The disparity between chingkies , natives and indians as Priests

    in the catholic church can be seen in Helen Ang's blog. In East Malaysia about

    95 per cent of the priests were chingkies, a smattering of natives and

    a handful of indians make up the rest of the priest.

    The distribution of priest by race must be about the same in the Peninsula!


    Well according to my son who was studying overseas

    the catholics had a wholesale conversion going on for students and

    money and top of the line laptops and parties were sponsored to attract

    students. Lots of chinese , indians and even a sikh were recruited in a particular

    year. So these students who were presumably pagans and atheist before

    they were converted were open to ideas that

    they could take Allah as the name of god.


    No reasonable genuine catholic that I know would take Allah as god and Jesus

    Christ as his prophet. This is the basis of orthodoxy in the arab/syrian/Unitarian

    churches. By the diktats of the council of Nicea such declarant would be

    deemed heretics in the eye of the catholic church!


    Omar Pakiam have just said that catholics

    have 1 god as an article of faith

    If one does not separate the Father, the Son and the holy ghost

    as separate entities he will be classified as a heretic by the diktat

    and can excommunicated by

    the Archbishop in Bangkok! Has Pakiam not fallen into

    the heretic trap [by catholic principle] now that he had declared there

    is only 1 god , Allah?


    Hadi and Asri go back a few thousand years to find the

    meaning of Allah
    --------------------------------------------------------

    Why go back a hundred thousand years when Islam was founded

    only 1400 or so years ago?







    Surah Al-Maidah [5:3]
    ---------------------

    Interestingly , about 1400 years ago during the lifetime of the

    prophet , Allah Almighty had send down this message.


    This day I have perfected your religion [ Al-Islam ] for you and

    completed my favour upon you...


    Simply put this would imply that muslims do not have to track

    back to the period before Jesus [Alaihi salam] for references

    to the word Allah or any other issue. I submit Asri has not considered this

    surah befor making his comment .And of course aziz bari too might have

    overlooked this surah - a key surah giving a finality to

    all the laws and references a muslim can refer only to the quran. So

    with that this finality : the arguments of Nik Aziz, Asri, Hadi going back to time

    before can all be safely junked into the dustbin!



    khong khek khuat

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???