13 February 2013

BL1M, Bas Sekolah, Motorsikal, Pelajar

Bhai.... gua memang bersetuju dengan BL1M .... sebab sepatutnya kos untuk mendapatkan lesen memandu motorsikal mesti kurang dari RM150... tak macam sekarang...harga giler... sampai RM350 dan sesetengah tempat jadi RM450...... cumanyer kenapa nak kena ambil borang kat pejabat UMNO... aper kaitannya inisiatif Kerajaan Malaysia dengan UMNO..... kenapa tidak diperuntukkan terus kepada JPJ... dimana bakal pelajar memandu membuat pendaftaran mereka di mana-mana pejabat JPJ.. bukan kah lesen memandu dikeluarkan oleh JPJ dengan kerjasama dari semua sekolah memandu. Setahu gua lesen memandu bukan dikeluarkan oleh pejabat UMNO atau BN... Inilah benda yang betul dijadikan tak betul oleh UMNO/BN .... Isu lesen memandu pon diorang nak amik kesempatan berkempen.... aper daaa..... semua mau dipolitikkan...


Cerita tentang pelajar sekolah yang membawa motorsikal ke sekolah tanpa lesen dan topi keledar... Isu ini memang ketara... tak kisah la dibandar atau di hujung kampung... Semuanya tetap sama... memang penyakit ini gua salahkan kat ibubapa, guru, pihak Polis, pihak JPJ dan juga Kerajaan Malaysia. Kerana apa gua salahkan semua ini... sebab kalu ibubapa tidak membenarkan pelajar menunggang motorsikal ke sekolah mestilah perkara ini tidak berlaku.

Para guru juga salah kerana gagal untuk menunjukkan sikap dan contoh teladan kepada pelajar sekolah disebabkan oleh beberapa orang guru yang tidak memakai topi keledar ketika menunggang motorsikal ke sekolah. Alasan yang selalu gua dengar aderlah "Ala... rumah gua dekat jer dengan sekolah, Tak perlu la pakai helmet" .... Bodoh... Bangang...... Guru kencing berdiri... anak murid kencing berlari... Itu belum tengok lagi guru-guru yang membawa kereta dengan tidak mengenakan tali pinggang keselamatan.... Bodoh... Bangang....

PDRM dan JPJ gua salahkan sebab kurang nak buat pemantauan pada waktu pergi dan balik sekolah... malah pernah gua tengok pegawai PDRM dan JPJ buat derk bila kenderaan diorang dipotong oleh pelajar sekolah nih tanpa pakai helmet... Warning pon tidak... inikan pulak nak kejar dan tahan.... hahaha

Kerajaan Malaysia gua salahkan pasai menyusahkan pengusaha bas sekolah... patutnya Kerajaan Malaysia membantu mentransformasikan perkhidmatan bas sekolah agar sejajar dengan matlamat piawaian pengangkutan sekolah.. tapi tidak...  Belum pernah lagi ada cadangan bernas dari pihak Kerajaan Malaysia terutamanya SPAD untuk membantu dan mengubah perkhidmatan bas sekolah.

Sebenarnya... cara terbaek untuk mengekang pelajar pergi ke sekolah dari menunggang motorsikal adalah dengan cara memaksa (mandatori) bagi semua pelajar untuk naik dan gunakan perkhidmatan bas sekolah setiap hari (pergi dan balik). Pihak kerajaan boleh memberikan subsidi kepada pengusaha bas sekolah ini mengikut bilangan murid yang menggunakan perkhidmatan mereka. Ibubapa cuma perlu membayar kos paling minima kepada pengusaha bas sekolah.... sekitar 10 ~ 20 % nilai tambang... dimana 80 ~ 90 % lagi dibiayai oleh Kerajaan Malaysia. Inilah yang sepatutnya Kerajaan Malaysia buat dan bukannya memberikan BL1M kepada pelajar.

Dengan cara ini, kita dapat melakukan empat (4) perkara.
  1. Memantau pergerakan pelajar sekolah (tidak ada yang melepak tidak tentu hala apabila mereka menaiki motorsikal sendiri seperti sekarang)
  2. Mengelakkan kesesakan jalanraya akibat dari pelajar yang bersimpang siur menunggang motorsikal diwaktu pergi dan balik sekolah
  3. Mengurangkan dan mengelakkan kemalangan maut dan kecederaan akibat dari teribat dalam kemalangan motorsikal
  4. Mendisplinkan para pelajar (tepati masa)
Kita tidak mahu selepas ini akibat dari BL1M... akan terdapat lebih ramai mat rempit atau pelesit jalanan yang kini mempunyai lesen memandu yang lengkap dari JPJ yang mana rata-ratanya terdiri daripada golongan pelajar. Dan bila terlalu ramai pelajar yang ada lesen memandu ini, maka kadar jenayah lain akan meningkat... ragut.... curi motorsikal... geng berkumpulan ... gaduh... dan lain-lainnya...

Tolong aaa... tolong fikir dengan rasional

Berkaitan : Borang BL1M Dipalsukan?

2 comments:

  1. betul..kalau bg lesen banyak2..risiko excident lagi tinggi. tapi monteri hanya pikir nak cr $$$..mana dia pikir keselamatan. anak mereka pergi sekolah pakai driver.

    ReplyDelete
  2. kat umah aku bersepah mat indon and bangla naik moto tak pakai topi keledar . Lesen..........

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???