13 February 2013

Masak La Lu Kalu Gua Tak Jadi Calon

Ini artikel dari wartawan Sinar Harian mengenai isu calun PRU13.... gaya macam Satim Diman tahu yang dier mungkin tidak tercalon.... Hahahaha....

PUCHONG – Pelbagai cerita-cerita panas mengenai soal siapa calon Umno bagi kerusi Dun Seri Serdang yang dulu bertiup kencang kini sudah bersuara perlahan di ‘Parlimen’ kedai-kedai kopi.

Tiga nama dikatakan sudah dihantar ke pucuk pimpinan bagi tujuan penapisan sebelum dikerah ke medan ‘peperangan’.


Daripada sumber sahih, nama-nama itu dikatakan bermula daripada hierarki orang nombor satu pimpinan bahagian sehingga kepada orang nombor tiga di dalam organisasi itu.


Meski begitu sumber yang boleh dipercayai mendakwa calon yang bergelar wakil rakyat dan memegang tampuk pemerintahan Dun sejak empat penggal lalu dikatakan akan sekali lagi mempertaruhkan nasib parti pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.


Seperti yang pernah dikatakan sebelum ini, individu berkenaan yang kini adalah Ketua Pembangkang negeri Selangor dan juga Adun Seri Serdang, Datuk Dr Mohamad Satim Diman berkata, beliau menyerahkan keputusan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan soal pemilihan calon yang akan bertanding pada pilihan raya akan datang.


Menurutnya, Pengerusi BN Selangor itu lebih mengetahui siapa ‘winable candidate’ yang boleh diletakkan untuk merampas kembali negeri ini daripada Pakatan Rakyat (PR).


Satim dalam kenyataannya sebelum ini berkata, namun jika diberi peluang bertanding sekali lagi, beliau akan meneruskan tugas dan tanggungjawab seperti biasa.


“Terpulanglah kepada Perdana Menteri... beliau lebih tahu... kalau diberi peluang kita jalankan tugas dan amanah seperti biasa,” katanya.


Ketika ditanya bagaimana perasaannya jika namanya yang dihantar tidak dipilih tetapi diberi peluang kepada muka baru, Satim dengan bersahaja berkata, beliau tidak sedikit pun kecil hati dan menerima keputusan menerusi persetujuan dan permuafakatan bersama.


Ia berikutan katanya, nama-nama dihantar adalah pilihan dibuat oleh ketua-ketua cawangan di dalam bahagian sendiri.


“Saya sudah empat penggal menjadi wakil rakyat di sini, di kala orang lain (calon Umno) kalah di tempat lain, di Seri Serdang masih menang. Apa pun jika calon lain dipilih mereka mesti lebih baik daripada saya,” katanya.


Dan ini pulak artikel berkaitan isu yang sama... Isu calon PRU13... hahaha... siap ada yang ugut nak bantai bertanding jadi Calon Bebas kalu BN mengekalkan calon lama.... hahahaha... Mampuih... pening kapla la Najib.... Tak payah susah.... letak jer Rosmah Mansor jadi calon.... hahaha

SERI SERDANG – Pengerusi Gabungan Persatuan Penternak Ruminan Malaysia, Samad Kassim menyatakan kesediaan bertanding sebagai calon Bebas sekiranya Barisan Nasional (BN) masih mengekalkan calon lama di Dun Seri Serdang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau yang juga Bendahari Cawangan Umno Batu 14 Puchong berkata, beliau hanya membawa suara akar umbi yang mahu perubahan calon dan transformasi dilakukan di kawasan yang menjadi antara pengundi teramai di negeri ini.

Samad berkata, tiada perubahan dan pembaharuan dilakukan wakil rakyat yang sudah 20 tahun memegang jawatan itu malah lebih dikesalkan pejabat parti bahagian masih disewa dan tidak mempunyai pejabat sendiri seperti di Umno bahagian lain.

Menurutnya, rakyat mahu wakil yang senang ditemui dan sentiasa dekat dengan mereka.

“Sekiranya menjadi calon, kebajikan rakyat semua bangsa dan parti akan dijaga dan mencari penyelesaian kepada masalah membebani mereka,” katanya.

Samad yang kini dilantik sebagai Ahli Majlis Ruminan Negara berkata, beliau akan menjadikan slogan semua parti politik termasuk Ubah, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan dan Memberi perkhidmatan untuk semua sebagai asas sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat.

2 comments:

  1. Aku tak lah nak komen pasal si Satim dengan si Samad tue...

    tapi aku dah terasa betapa skemanya tulisan warna putih tu... itu baru 1st entry...

    COBOL

    ReplyDelete
  2. PRU12, Satim Diman buat banner besar besar kat Taman Seri Serdang, bunyi lebih kurang cam ni "Kubu Kuat Barisan Nasional". Tapi dia menang 34 undi je, apa barang Bhai?

    Paku.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???