21 February 2013

Hantu Microphone

Bhai....  Bukanker itu hari Hatta Ramli dah warwarkan bahawa semua pimpinan kena hentikan jadi hantu microphone... pantang nampak microphone dihulurkan oleh wartawan... terus jer bagi komen itu ini... lepas tue biler komen diorang bersalahan dengan agenda parti dan kesatuan... terus kata wartawan salah quote.... cam Nakharom kan....

Nih satu lagi.... tolong la... tolong la hentikan jadi hantu microphone... sebab setiap tutur yang keluar... makin menyusahkan kemaraan untuk menawan pentadbiran negara.... Diorang bersedap-sedap keluar statement bangang (tak kira la berserban ker atau tidak berserban ker... tak kira la yang dah sunat ker atau tak bersunat... tak kira la Islam atau tidak.... samer jer bangang nak mampus) ... yang mati bersihkan taik mulut diorang tue ... aderlah blogger, twitterer dan facebooker..... yang diorang mulut celaka senang-senang jer berlepas tangan...

Menyusahkan betul la... kalu yer pon nak bagi statement... dari dulu lagi gua kata... Pakatan Rakyat patut ader satu jabatan penerangan berpusat... semua komen atau statement hanya perlu keluar dari jabatan nih... selain dari statement dari jabatan nih tabley... tapi yer la... susah... sebab ramai pimpinan Pakatan Rakyat jenis hantu microphone... jenis bangang.... susah...

Gua cukup marah pasai pimpinan yang dok tabur paku atas jalan nih.. yang menyusahkan kemaraan Pakatan Rakyat untuk menguasai pentadbiran negara... Biler la lu orang nih nak berhenti jadi bodoh... biler la lu orang nih nak sedar..  agaknyer la... memang lu orang nih selayaknyer jadi pembangkang di Malaysia sampai 500 tahun lagi kot... pasai spesis bodoh dan bangang susah nak betulkan....

Cer lu orang tengok statement bangang nih yang gua jamin akan ditwistkan oleh media pencacai.. Contirm punya...


KUALA TERENGGANU – Pas berkeyakinan penuh rakan sekutunya, DAP tidak akan menerajui tampuk pemerintahan negara sekalipun parti itu menang kesemua kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyifatkan dakwaan bahawa DAP akan menguasai pentadbiran kerajaan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang pada pilihan raya kali ini, hanyalah propaganda untuk menakutkan rakyat khususnya kaum Melayu.

Secara umumnya beliau dilihat seolah-olah menggambarkan bilangan kerusi yang diperuntukkan kepada DAP juga jelas menunjukkan parti itu belum berkelayakan untuk mendominasi kerajaan PR kelak.

“(Rakyat) ditakut-takutkan sekiranya Barisan Nasioal (BN) kalah, Malaysia diambil alih oleh DAP. DAP bertanding 50 daripada 222 kerusi (Parlimen). Kalau menang habis pun tidak boleh perintah Malaysia.

“Di Terengganu, tiada satu pun kerusi DAP. Di Terengganu (majoriti) Melayu Islam. Kalau Umno kalah, Pas menang. Kalau Pas kalah, Umno menang,” katanya ketika berucap di Pulau Bahagia, di sini, malam kelmarin.

Sementara itu, beliau turut menegaskan kerjasama Pas-DAP berbeza sama sekali dengan gabungan parti kerajaan, iaitu Umno, MCA, MIC dan Gerakan.

Beliau menjelaskan, kerjasama Pas-DAP masih ada batasan kerana Pas tegas atas prinsip perjuangan parti dan mengehadkan batasan tertentu, tidak seperti parti pemerintah.

“Kita berjaya bincang dengan bukan Islam daripada DAP dan PKR yang sanggup bersama kita. Kita tidak jual dasar, perangai dan akhlak kita.

“Ini tidak serupa kerjasama Umno dengan MCA, MIC dan Gerakan. Mereka hilang jati diri dan kuasa politik,” katanya.

Dalam ucapannya, Abdul Hadi juga berkata, Umno gagal mentadbir negara, sambil membandingkannya dengan negara China.

Menurut Abdul Hadi, walaupun ditadbir oleh kerajaan komunis, China berjaya meletakkan republik itu setanding dengan negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun.

4 comments:

  1. so.. apa masalah dengan kenyataan DSHA tu...
    wa ingat lu bengekla beb... sbb projek langgar lu tak jalan... lu sedar ke lu punya statement tu MEMBANGANGKAN diri lu sendiri...

    ReplyDelete
  2. Bhai/DeeDee Anonymous...

    Lu dah baca betul-betul ker komentar gua tue... baca balik aaa...

    Perlu ker gua boldkan point sebenar yang gua maksudkan...

    err.. takkan la gua nak kena feedkan semua... tolong cari dalam komentar gua tue dan pahamkan dulu komentar gua tue... hahahaha

    Lawak aaa... nasihat gua bagi lu .. nak baca blog gua.. kena baca slow-slow... bukan dengan skali lalu... baca betul-betul... jawapan ader disitue... gua akal... jangan guna kapla lutut... hahahaha

    ReplyDelete
  3. aku sokong kenyataan ko bro... tu yg kdg aku ada skit xpuasht ngn Pentadbiran PR ni. tapi nk buat mcm mana. Perompak pn bangang juga. kompius PRU 13 ni.

    ReplyDelete
  4. Hajat hati nak pegi karaoke bhai tspi malu sebab dah diangkat ke taraf ulama.

    Nak tak nak kenalah berkaraoke dengan wartawan

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???