17 February 2013

Ini Satu Lagi Spesis Bangang

Bhai.... hahaha... cuba lu baca artikel yang gua rembat dari Sinar Harian nih... hahaha,.... nampak sangat la BN di Kedah bangang-bangang belaka... Hahaha.... Diorang mesti tak sedar yang diorang sebenarnya kutuk diri sendiri.... Hahahaha.... Siapa aaa yang pembangkat di Kedah.... Pakatan Rakyat ker Barisan Nasional..... Hahaha...

Tue la pasai.. kenapa la bodoh sangat.... sampaikan tak tau yang Barisan Nasional tue aderlah Pembangkang di Kedah.... hahahaha ... budus...


SUNGAI PETANI - Parti pembangkang tidak boleh diberi peluang untuk mentadbir negara ini kerana mereka gagal menunaikan janji-janji mereka pada pilihan raya umum lepas dan sebalik mereka lebih suka menabur fitnah terhadap Barisan Nasional (BN).

Justeru itu, rakyat diminta agar tidak mudah terpengaruh dengan tohmahan dan dakwaan yang dilempartkan oleh pemimpin pakatan pembangkang khususnya menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Seruan tersebut dibuatkan oleh beberapa pemimpin parti komponen BN semasa berucap pada majlis perasmian program Gelombang Biru di padang awam Taman Ria Jaya, semalam.

Program tersebut disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata rakyat Kedah tidak perlu ragu-ragu untuk bersama-sama kepimpinan BN jika tidak mahu masa depan negara tergadai di tangan pembangkang.

Naib Presiden MCA Datuk Seri Chor Chee Heung berkata mandat selama lebih empat tahun yang diberikan oleh rakyat kepada pembangkang di Kedah adalah satu peluang sementara dan BN akan kembali mentadbir negeri itu selepas PRU ke-13.

Naib Presiden MIC Datuk M.Saravanan berkata sikap toleransi masyarakat pelbagai kaum dan kewibawaan pemimpin BN menjadi antara faktor Malaysia mencapai kejayaan dan kemajuan dalam tempoh singkat berbanding negara maju yang lain.

Naib Presiden Gerakan Datuk Dr Teng Hock Nan dalam ucapannya berkata negara yang rakyatnya hidup dalam keadaan makmur dan bersatu boleh hancur dalam tempoh sehari jika tidak dijaga dengan baik dan mendengar dakwaan negatif pembangkang.

Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata pemimpin pakatan pembangkang tidak menepati janji mereka kepada rakyat dan hanya mementingkan kuasa.

"Oleh itu rakyat Kedah perlu menolak pakatan pembangkang dan kembali semula kepada BN," katanya

4 comments:

  1. A'kum C++

    Dia betul ke tidak ni....
    Apa dia cakap ni?

    ReplyDelete
  2. hahahaha... galak sangat sampai lupa diri yg dia tu pembangkang
    alahhhaiiiii sedih nya metaliti depa ni

    ReplyDelete
  3. Bhai MountDweller...
    Hahahaha... gua rasa dier nih dah jadi mereng skit... pasai hati sudah gundah gulana ... sebab takut kalah lagi teruk...

    Bhai/DeeDee Anonymous...
    Inilah namanyer sindrom lupa diri... hahaha.. kena antar rotibasi ngan Fadhilah Kamsah nih... tak pon dengan Hassan Ali... hahaha

    Bhai Carlos...
    Hahaha... nak buat camana.... hahaha

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???