24 February 2013

Mari Undi Barisan Nasional

Bhai... Kepada para pengundi yang layak untuk mengundi pada PRU13 nih... Marilah undi Barisan Nasional.... Sebab....

Sebab...

1. Dengan mengundi Barisan Nasional, lu orang layak untuk mendapat sara hidup sebulan sebanyak RM41.60 sekeluarga.
2. Dengan mengundi Barisan Nasional, lu orang memberikan peluang untuk Felda mempergunakan wang KWSP sesuka hati.
3. Dengan mengundi Barisan Nasional, lu orang bersetuju membenarkan ramai warga asing mendapat segala kemudahan yang diperuntukkan untuk warganegara Malaysia.
4. Dengan mengundi Barisan Nasional, lu orang bersetuju untuk membayar hutang negara yang makin meningkat hasil dari salah urus tadbir negara.
5. Dengan mengundi Barisan Nasional, lu orang bersetuju menggalakkan perkauman dan pergaduhan kaum.
6. Denngan mengundi Barisan Nasional, lu orang bersetuju segala aset negara dimilikperibadikan dan dimonopoli.
7. Dengan mengundi Barisan Nasional, lu orang bersetuju harga minyak dinaikkan setinggi yang boleh.
8. Dengan mengundi Barisan Nasional, lu orang bersetuju untuk berhutang dengan banyaknya semata-mata untuk mendapatkan pendidikan.
9. Dengan mengundi Barisan Nasional, lu orang bersetuju bahawa kekayaan negara hanya untuk kumpulan tertentu sahaja dan bukannya kepada rakyat keseluruhannya.
10. Dengan mengundi Barisan Nasional, lu orang bersetuju harga barang keperluan naik mendadak tanpa sekatan.
11. Dengan mengundi Barisan Nasional, lu orang bersetuju bahawa tanah negara ini digadaikan kepada Singapura.
12. Dengan mengundi Barisan Nasional, lu orang bersetuju dengan urusniaga Malaysia dengan Israel.
13. Dengan mengundi Barisan Nasional, lu orang bersetuju dengan tindakan Polis membelasah rakyat yang berhimpun secara aman dengan ganasnya.
14. Dengan mengundi Barisan Nasional, lu orang bersetuju dengan korupsi yang dilakukan oleh pemimpin negara.
15. Dengan mengundi Barisan Nasional, lu orang bersetuju dengan segala tindakan jenayah yang dilakukan oleh pimpinan Barisan Nasional.

Pergh... Tak larat lar nak tulis pakai handphone nih... Giler aper... Panjang berjela dah nih.. Kalu nak tulis kesemuanya... Mau sampai habis bateri handphone nih gua rasa... Mau sampai lenguh jari gua layan keypad kecik nih...

Lain la kalu pakai PC... 20 mukasurat pun boleh tulis... Hahaha...

Aper-aper pon... Marilah kita mengundi Barisan Nasional... Sebab geng-geng UG pon sokong UMNO dan BN gak... Hahaha... Diorang "alim ulama" bhai.. Lu kena ikut contoh... Lagipon lu ngan gua bukan golongan ulama... Baca Al Quran pon mengeja jer... Merangkak-rangkak...

Hahaha....

Stakat baca Al Quran hebat dengan tarannum dan bayan... Tapi haram tak paham maksud dan isinya ... Lupakan sajer la.... Hahaha


9 comments:

  1. nampak gayanya gua boikot la gak PRU13 nih....muahahaha...Nak undi UMNO, gua rasa undi beruk je, nak undi PAS, PAS pun nak join beruk gak, nak undi PKR...calonnya lebeh teruk dri umno....muahahaha..emmmm...gua nak berniaga je PRU13 nih...gua nak jual seme produk parti2 politik...hahaha...

    ReplyDelete
  2. Kah kah kah.... dengan undi barisan nasioanal maka pas akan kekal sebagai pembangkang sampai kiamat seperti yg diidam2kan oleh puak ug.

    ReplyDelete
  3. http://thecybersniper.blogspot.com/2013/02/15-sebab-kita-wajib-undi-bn.html

    ReplyDelete
  4. Bhai-Bhai sumer...

    Hahahaha... inilah Malaysia... kan best kan.... gua rasa gua nak undi Parti Chop Duit.... err... mesti gua boleh dapat duit banyak.... hahaha

    Errr... ader ker Parti Chop Duit nih???

    ReplyDelete
  5. ada parti cop duit.ko pi mintak ngan bapak ko dah tentu kena penampau...kutuk malaysia tp duduk malaysia.baik ko pegi mati lagi baguih la

    ReplyDelete
  6. Bhai/DeeDee Anonymous...

    Hek eleh... gua kutuk Malaysia yang dah jadi bangang dek sebab 56 tahun UMNO/BN memerintah... lu nih aperhal... beza antara kenegaraan dan kepartian pon tak tau beza ka.... hahahaha....

    Nak buat camana kan... dah 56 tahun dibangangkan... tue yang jadi kekal bangangnyer.... hahahaha

    ReplyDelete
  7. itulah kau yg bangang tak reti beza tulisan kau sendiri..kau tulis lain kau jawap lain...sesuailah dgn nama kau ni...CIPAN TAPIR,TENUK ,B...je tak dak

    ReplyDelete
  8. Bhai/DeeDee Anonymous...

    Lu paham ker aper sebenarnya Cipan Tapir Tenuk tue... hahaha... baca balik betul-betul nama blog nih... hahaha... sure lu tak tahu aper beza antara ketiga-tiga nama makhluk Allah bernama Cipan, Tapir dan Tenuk nih....

    Kesian lar kat lu.... tolong aaa... tolong jangan memalukan diri lu sendiri ... lain kali kalu tak tau bertanya la... jangan malu dan segan.... hahahaha

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???