Bhai... Ini Khaled Nordin aaa... kalu dier tak menyalak untuk membodek Najib Razak.... masak dier kali nih.... pasai gua dengar citer nama dier mungkin tak tersenarai untuk jadi calon PRU13... Hahahaha.... sebab tue la dier terpaksa menjadi pembodek Najib Razak... Tambah lagi Najib Razak aderlah ahli politik yang cuma berani berhadapan dengan penyokong sendiri jer... Sebab tue la... GM13 kena kacau di Pekan.... hahaha
Nak buat camana.... sudah kecut teloq kalu..... Gua cadangkan kepada Pakatan Rakyat terutama PAS dan PKR supaya jangan gatai-gatai letak calon di Pekan untuk melawan Najib Razak... kiter biarkan kumpulan Mahasiswa GM13 yang bertanding satu lawan satu dengan Najib Razak kat Parlimen Pekan... Pakatan Rakyat patut bantu dan bagi peluang GM13 kalahkan Najib Razak....
PAS dan PKR jangan menyebok Parlimen Pekan... kiter tengok... betapa berani kah Najib Razak bertanding lawan GM13 secara jantan.... jangan ader main celaka... main kotor.... hahaha... Kiter tengok... Ini kali lah....
PASIR GUDANG - Kerajaan tidak akan menghalang hasrat mana-mana mahasiswa yang ingin bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) seperti yang dihebohkan Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13).
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata penyertaan aktif golongan itu dalam politik negara secara langsung membuktikan mereka mengiktiraf amalan demokrasi yang dilakukan kerajaan di negara ini.
"Ini membuktikan negara ini mengamalkan demokrasi, menteri atau kerajaan tidak halang mereka berpolitik, tidak sekat mereka untuk bertanding.
"Malah ia juga membuktikan mereka juga yakin dengan ketelusan sistem pilihan raya di negara ini kerana itu mereka yakin mereka boleh menang dalam pilihan raya nanti.
"Sebab tidak ada calon yang bertanding kalau mereka tidak yakin mereka kalah, buat apa bertanding kalau hanya akan merugikan wang," katanya selepas merasmikan Karnival Mesra Komuniti 1Malaysia dan pelancaran usaha sama strategik Kolej Komuniti bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan industri peruncitan di sini hari ini.
Mohamed Khaled berkata demikian ketika diminta mengulas laporan yang menyatakan GM13 menyenaraikan enam nama untuk bertanding dalam PRU13 kelak termasuk meletakkan calon untuk bertanding di kawasan Parlimen Pekan yang disandang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Jika mereka merasakan sistem pilihan raya di negara ini tidak bersih, golongan itu sepatutnya tidak perlu bertanding dan kesanggupan untuk berbuat demikian telah mencerminkan sebaliknya," katanya.
Mengulas lanjut, Mohamed Khaled menyifatkan tindakan meletakkan calon di kawasan Parlimen Pekan itu hanya semata-mata untuk meraih publisiti memandangkan kawasan itu disandang Perdana Menteri.
"Tindakan mereka memilih kawasan itu tidak lebih daripada untuk mendapat nama semata-mata dan ingin dapat perhatian besar serta meluas kerana ia merupakan kawasan Perdana Menteri kita," katanya. - Bernama
Salam C++
ReplyDeleteKhalid Nordin? Yong ada citer bab Khalid Nordin ni dari orang Johor. Tapi Yong simpan citer tu dulu. Tunggu Parlimen bubar.
umno mmg popular dgn pembodek. kalau aku jadi presiden umno, aku akan reject semua kaki pembodek n kaki pengikis.
ReplyDelete#BANkami
DeeDee Yong...
ReplyDeleteHahaha... bagoosh... simpan dulu.. nanti PRU kasi keluar... hahaha
Bhai Carlos...
Nasib baik la lu tak jadi presiden UMNO... kalu tidak kesian diorang... camana nak cari makan... hahaha