6 Februari 2013
SEREMBAN - Pembinaan hospital milik Felda di Jengka, Pahang dijangka bermula awal bulan depan dan siap dalam tempoh dua tahun, kata Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
Beliau berkata kontraktor untuk pembinaan hospital itu telah dilantik minggu lepas.
Hospital baharu ini dianggar menelan belanja sekurang-kurangnya RM80 juta dan boleh menampung 300 pesakit pada satu masa, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Mohd Isa, pembinaan hospital itu adalah fasa pertama dalam pembinaan kompleks kesihatan bersepadu yang meliputi pembinaan beberapa kemudahan kesihatan yang lain.
"Bagaimanpun ini bergantung kepada pemaju kita yang juga mempunyai tanah. Ini mengikut perbincangan kita untuk fasa kedua. Fasa pertama dikhususkan untuk pembinaan hospital baharu ini," katanya.
Mengulas isu berkaitan, Mohd Isa berkata Felda juga telah merancang untuk mewujudkan tiga lagi kompleks kesihatan dan perubatan iaitu di Gua Musang, Kelantan; Alor Setar, Kedah dan satu lagi di selatan tanah air.
Setakat ini Felda telah memiliki sebuah fasiliti kesihatan iaitu sebuah Dispensari di Kuantan, Pahang, katanya.
Terdahulu beliau menyampaikan sijil dan anugerah kepada 50 anak Felda yang menjalani latihan pegawai perubatan di Akademi Perubatan di Wales, United Kingdom dari 11 Nov hingga 5 Dis lepas.
Program itu diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkan Karnival kesihatan Felda (Felda Health Carnival - FHC) di ibu negara April lepas.
Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi FHC Sdn Bhd Datuk Chan Tien Ghee.
NONAMA News Agency - NNA
(edisi sarkastik dari NNA)
slm..
ReplyDeletenak tanya skt..Dispensari kat Kuantan tu kat mana...nama apa...pah tu kursus perubatan apa 3 minggu weh...hehe...lawak laa...
woooo...exclusivenya felda...
ReplyDeleteFelda akan ada macam-macam sendiri bikin punya..pembangunan bahi...such as the Bank United Felda + ATM yg tak-mudah-dilarikan-penyamun, Pasaraya Felda (a la Giant, Carrefour) yg memasarkan semua brgn dapur jenama "Felda 1st" dgn harga yg lebih murah 5 sen drp harga siling + bekalan daging lembu drp pojek NFC.
ReplyDeleteSelain tu Felda nak uat gak Kereta nasional Felda (copy & paste a la Naza tapi buatan China la kot) yg termurah di Asean dgn syarat : peneroka atau waris dia sukarela beli saham secara berhutang dgn bank at least 10 lot FGV !
Aku bila Isa pendek dan Najib nak buat benda ni....
ReplyDeleteSatu benda je dalam kepala aku...
Berapa masuk poket diorang...KAHKAHKAH
Sorry Isa pendek dan Najib....kihkihkih
Idian... you're not alone...
ReplyDeleteCOBOL
projek mengangakan mulut2 peneroka...hahaha...nganga je la.
ReplyDeleteberapa masyuuuuk?
ReplyDeletehospital jengka kan dah ade..g sibuk2 nak wat lagi pehal..lagi satu kalo nak pakar g hospital temeloh..bukan jauh pon dari jengka..hiway kan ade..da la peneroka daripada tak behutang die paksa bhutang..bongok nye doremon..
ReplyDeleteBhai dan DeeDee sekalian...
ReplyDeleteGua jawab secara borong aaa... ini artikel sarkastik dari gua... hahaha.. kira macam gua menghina Isa Samad punya idea nak buat Stadium la...
Dari buat stadium yang akan pastinya banyak kosong tempat duduh setiap kali ader tournament ... lebih baik buat spital.... ader gak pekdahnyer... hahaha