Bhai.... PAS nih Partai Islami... yang membawa harakah Islamiyah.... so sewajarnya PAS membawa contoh teladan terbaik bagi seorang wakil kepada rakyat. PAS yang bertunjangkan wadah Islam yang membawa kepada keadilan, ketelusan, kejujuran dan amanah wajarlah menjadi kayu pengukur terbaek bagi rakyat dalam membuat pilihan wakil mereka.....
Oleh yang demikian, setelah hampir keseluruhan nama-nama bakal calon PAS bagi Pilihanraya Umum ke 13 yang akan diadakan pada 5 Mei 2013 diumumkan, maka gua rasa adalah wajar gua utarakan lagi sekali soalan yang sama pernah gua soalkan kepada semua orang terutamanya kepada kepimpinan PAS.....
Mahukah calon PAS mengisytiharkan harta mereka kepada umum dengan ketelusan dan kejujuran tanpa ada tindakan seakan mengelat (seperti contoh dengan mengatakan bahawa terdapat bahaya jika umum mengetahui kedudukan hartanya)...
Perkara ini amat gua tekankan kepada semua bakal calon tanpa mengira siapa calon itu sendiri. Amatlah tidak adil jika ada calon yang mengambil keputusan untuk mengelat dari mengisytiharkan harta (tidak mengamalkan ketelusan) walaupun calon tersebut berkempen dalam pilihanraya dengan membawa tema anti rasuah, pro ketelusan dan pro keadilan.
Pada gua... sebelum lu orang (calon PAS) nak berkempen menyerang calon UMNO/BN pada PRU13 kali nih dengan cerita pasai rasuah, salahguna kuasa, ketelusan dan keadilan sedangkan lu orang sendiri pon samer jer perangai.... sebijik sebuntat.... 1 jari tunjukkan kat calon UMNO/BN... lagi 3 jadi bantai tunjuk diri sendiri... hahahaha.... tak ker bodo namanyer...
So.... bottom line punya citer... gua respek sama Nasharuddin Hassan Tantawi yang dah declare harta dier.... tapi yang lain tue... sori aaa.... lu orang belum lagi dapat respek dari gua.... tak kisah la lu Ostad ka... Ulama ka.... Tok Guru ka... Professional ka.... semuanya hampeh kalu takmo nak isytiharkan harta....
Gua (sebagai pengundi walaupun menjadi ahli PAS seumur hidup) bebas untuk memilih calon yang gua rasa bersih, telus dan adil walaupun dari parti lawan.... Kalo ader calon dari PAS tapi tak bersih, tak telus dan tak adil buat aper gua pilih.... hahaha... buang masa jer....
Baik gua undi Partai Komunis Malaya lagi baik.... hahaha ... (errk... PKM ader bertanding ker kali ni?)...
P/S: Lu orang mesti boleh agak gua tembak saper aaa..... hahahaha.....
Nik Abduh..
ReplyDeleteAhli perniagaan yg berjaya hahaha...
Dulu bising2 pasai nk back up suami kpd adik beradik dia, dh diberi kwsn balak kat Stong terus senyap hahaha
Bhai/DeeDee Anonymous...
ReplyDeleteHahahaha.... no commentos... hahaha... nanti ramai saing dier dok blasah gua... hahaha... tapi kan.. lu mesti boleh agak punya la... hahaha