10 June 2013

PR Tidak Pro-Rakyat

Bhai.... Sori... gua tak sempat nak semak peraturan Parlimen.... tentang sama ada boleh atau tidak tanggung angkat sumpah jadi Ahli Parlimen... kalu ikut maklumat yang gua dengar... boleh ditangguhkan semaksima 6 bulan dari tarikh sepatutnya.... errr... kalu ader sesapa yang banyak masa free.. tolong semak aaa.... hahaha

Kalu betul lar boleh tangguh selama 6 bulan... sampai selesai semua petisyen dan sebagainya....  baru la nampak yang PR pro-rakyat... sebab berani boikot majlis angkat sumpah Ahli Parlimen pada 24 Jun nih...

Tapi kalu wakil rakyat PR semua takder boikot walaupun sebenarnya boleh ditangguh majlis angkat sumpah tue.... hahaha... nampak sangat lar yang wakil rakyat PR nih tidak pro-rakyat.... Nampak sangat la cakap tak serupa bikin.... boleh blah la wei....  percaya la... mesti rakyat (pengundi atas pagar) tidak akan respek lagi kat PR...

Dan PR akan terbongkang dengan bergayanya pada PRU14 nanti... babai la... babai... hahaha


NGO: Takut kempunan, boleh sumpah hari lain

Sekumpulan NGO yang meragui ketelusan pilihan raya umum hari ini sekali lagi menggesa anggota Parlimen Pakatan Rakyat memulaukan majlis angkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat pada 24 Jun ini.

Jurucakapnya Badrul Hisham Shaharin (kanan) secara sinis berkata, jika ada wakil rakyat terbabit "takut kempunan memakai pakaian rasmi Parlimen" masih boleh mengangkat sumpah pada hari lain.

"Mungkin akan ada yang berdegil atau takut kempunan memakai pakaian rasmi Parlimen, kamu boleh angkat sumpah di hari lain tetapi ambillah peluang untuk tunjukkan keberanian pada 24 Jun itu," katanya.

Badrul, pemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), tulang belakang dalam gabungan #SuaraRakyat505 berkata, gesaan ini juga merupakan ujian buat Pakatan sama ada benar ia sanggup bersatu bersama rakyat atau sekadar menggunakan nama rakyat bagi mendapat tempat.

Kumpulan itu pada 6 Jun lalu mengadakan sidang media mengumumkan akan memulakan kempen pemulauan majlis angkat sumpah dan menyerahkan memorandum kepada pemimpin politik berkaitan supaya mengambil langkah itu pada minggu itu juga.

Mereka berpendapat, keraguan terhadap profesionalisme, ketelusan dan kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta petisyen yang sedang berjalan membuatkan timbul syak berhubung keputusan pilihan raya.

9 comments:

  1. bhai,

    maybe gua naive tapi gua ada 1 soalan yg perlukan jawapan. apa sebenarnya imbuhan yang boleh dapat sampai 2-2 side berebut, bertikam, bergasak sebab nak jd MP??

    gaji tak besar mana, tanggungjawab lg besar dari gaji. nk amik peluang bisnes? x jd MP pun ramai je lg leh wat bisnes.lg kaya. kalau kaya time jd MP ni, cnfirm rakyat syak jalan serong. pengaruh? takat pengaruh, boleh buat apa? dah tua esok, paling2 pun jadi ahli mubarak bagi bekas bn, makan murtabak bg bekas pr. ;|

    so, apa nawaitu wahid jadi mp ni? amanah yg dipikul besar woah, mati esok kena jawab mungkar nangkir lagi.hmmm.... maybe DAP, PKR dan UBN tak ketara sgt sebab dikatakan sekular tapi PAS?? ramai je yang berebut beli kete baru guna AP tu. apa cer?

    so, apa jawapan lu ada?

    ReplyDelete
  2. Bhai Anonymous...

    Gua pon takder jawapan yang tepat... lu kena tanya sorang-sorang kot... hahaha... Tapi yang gua pasti... semuanya pasai kuasa... dengan kuasa dapat wang.. hahaha...

    Tapi ntah la... hahaha...

    Oh yer lupa nak citer.... dier punya "perks" kalu jadi MP nih.. bukan stakat sepenggal... selagi mana dier hidup semua dier akan dapat... cuma AP tue jer dapat skali (kalu tak silap skali dalam setiap kali dier menang PRU)... hahaha

    ReplyDelete
  3. 1. Boleh tangguh angkat sumpah sehingga max 6 bulan dari tarikh pengisytiharan keputusan pru.

    2. Soalan brader di atas,
    KUASA : best wo ada kuasa. Rasa dia perghhhh....tangkap leleh. Xkira side mana pun, ttp ada kuasa maaaa.

    GAJI & Tahap Pendidikan : Gaji boleh tahan la, kalau ngarap kerja bukan semua MP mampu capai gaji tu.

    AP : Xpayah pening nak beli kete besar sbb mmg layak dapat AP...lebih hina dari rakyat beb depa ni.

    PENCEN : Kakitangan gomen kerja 25-30 tahun baru dapat pencen max 60% gaji akhir atau 100% gaji akhir kalu lu JUSA ke atas. Baik angkat sumpah MP, 1 term (5tahun) dah boleh pencen.

    KEMUDAHAN : Xpayah nak terangkan la....gi mana2 pun buleh claim. Declare je lawatan kerja. Hotel xmungkin la cikai2.

    GELARAN : Xdipanggil dato pun xpe....sedap org pabggil YB. Family pun hepi bangga.

    3. Maka, kalau MP side PR xmau boikot majlis angkat sumpah, memang lu orang lahanat la. Banyak alasan boleh guna selain pru tipu. Yg kelakarnya sibuk nak angkat sumpah sedangkan ada beberapa ekor menteri n timb menteri yg belum jadi senator dah angkat sumpah portfolio.

    ReplyDelete
  4. Kah3.. baru sdar ke pr mempergunakan rakyat sama spt.. at least bhai dh sdr.. selama ni gua gelak je tgk post lu yg mcm best dlm blog ni.. tp nk wat mcm mana.. rmai org yg xsdr yg mereka hanya another brick on the wall.. sedih aku tgk mentaliti cai2 ni.. lagi2 yg beragama islam.. ramai yg masih bangga dengan demokrasi yg di cipta oleh musuh ISLAM.. tanpa disedari ramai yg dh masuk perangkap demokrasi ni. demokrasi di cipta utk memecah belah kan umat.. kalo korg tanya apa cara lain selain dari demokrasi dh sah la korg hanya tahap cai2 yg bertindak ikut arahan dan nafsu..

    ReplyDelete
  5. pakatan rakyat suara rakyat,apa nak susah susah pikior gije parlimen,pakai serba hitam letak bendera hitam kat meja masing masing.bila time angkat sumpah cakap aje"aku naik saksi bahawa pru13 adalah penipuan,dengan ini piem adalah tidak sah".habih citer.

    ReplyDelete
  6. Bhai,

    dapat takhta, kemudian harta... kalau larat boleh dapat cinta... susah mau tolak ooo... samalah cam puak yang kata kononnya berjuang atas Alif, Ba, Ta... last sekali buang Alif, buang Ba dan ganti ngan 2 ta... jadi la Tatata...

    ReplyDelete
  7. Anon 11:06 pm,

    lu gelak tengok org nye blog and komen seolah2 org lain tak tau apa yg lu tau.fine. at least lu kongsi la apa yg lu tau untuk pencerahan bukan lu simpan sendiri makan sendiri hadam and gelak kan org lain yg 'naif' sebab dengan menggelakkan org lain ianya tidak akan mengubah dunia. ;| at least yang lain yang 'naif' tapi berbuat sesuatu 'walk the talk' telah berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik. kan?

    now, pls link us here the 'naif' people with your own blog untuk sama2 mendapat pencerahan. and lepas tu terpulang untuk gua and lain2 samada untuk bersetuju atau gelak kat lu. fair kan?

    ReplyDelete
  8. Salam..aku gelak ape yg ditulis mengenai politik je.. Siap kat dpn blog ada pic ajar org pangkah pr..tapi mengenai kerja harian bro cipan.2 cete lain..kalo aku xrespek bro cipan sbg senior,aku xkan komen pn kat blog ni..aku bangga yg akhirnya bro cipan dh sedar..aku juga doakan bro cipan selamat dlm tugas dan jaga "aset" negara baik2.. Bkn bro cipan xtau,bila pro sgt sesuatu puak..akan ada kecenderungan utk sabotaj satu puak lagi..benda ni dh jadi byk kali tul x..

    ReplyDelete
  9. Anon 12:59 PM

    Bro

    ko takyah takut bro, Br ocaipan is da bomb

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???