31 July 2013

DBKL Cukup Laju Kalau Bab Kompaun

Bhai/DeeDee sekalian....

Satu benda yang gua paling menyampah tengok... apabila pihak berkuasa tempatan (PBT) macam DBKL ker... cukup cekap dan cukup laju kalau bab kompaun.... Tapi biler bab kena buat servis perkhidmatan kepada penduduk dalam kawasan dier... argh... paling lambat.... macam siput sedut...

Lu parking kereta tak sampai 5 minit... sudah kena kompaun... walhal lu tak nampak pon kakitangan penguatkuasa DBKL kat sekitar kawasan tue.... Kalu tambah awning kat tingkap yang selalu kena tempias air hujan... tak sampai sehari dah sampai pegawai DBKL untuk kompaun....

Cukup cekap diorang nih kalu bab kompaun.... tapi biler urusan yang lain... macam haram jer.... lambat nak mampus.... tambah lagi biler time nak kena bayar cukai taksiran.... sistem out la... komputer problem la.... biler dah terlepas tarikh bayaran... laju jer dapat surat tunggakan siap denda skali.... macam haram jer...

Aper daaa.... aper nak jadi lar... hahahaha


TELOK EMAS - Kereta miliknya sudah lapan tahun rosak dan tersadai di bengkel. Namun, agak mengejutkan apabila pemiliknya menerima notis kompaun dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas kesalahan lalu lintas.

Itulah situasai dihadapi Ismail Yahya, 64, dari Jalan Tambak Gelam, Bukit Meta, di sini apabila dia terkejut menerima notis berkenaan yang memintanya menjelaskan bayaran kompaun sebanyak RM250.

Menurutnya, notis berkenaan diposkan ke alamat rumahnya pada 19 Julai lalu dengan menyatakan kenderaan miliknya bernombor pendaftaran JAX6499 didapati melakukan kesalahan meletakkan kenderaan di atas garisan kuning pada 27 Januari 2011.

“Saya hairan bagaimana DBKL boleh mengenakan tindakan kompaun sedangkan kereta saya sudah tidak bergerak dan tersadai dibengkel sejak lapan tahun lalu. Bukan sekadar Kuala Lumpur, malah berjalan di sekitar kampung pun tidak pernah.

“Mustahil kereta saya ini boleh berjalan kerana cukai jalannya juga sudah lama mati pada 2005,” katanya sambil menunjukkan kenderaannya yang tersadai di rumahnya, semalam.

Ismail berkata, notis kompaun yang diterima juga tidak menyatakan jenis dan warna kenderaan, malah tidak tertera lokasi tepat kesalahan, selain dinyatakan hanya di Kuala Lumpur.

“Saya bimbang nombor pendaftaran kenderaan saya disalah guna pihak tidak bertanggungjawab. Saya telah mengadukan perkara ini kepada pihak DBKL untuk siasatan lanjut," katanya.

Ismail berkata, atasa dasar keselamatan, dia membuat laporan di Balai Polis Kandang lima hari selepas menerima kiriman notis berkenaan.

6 comments:

  1. Kalau tak silap wa la diaorang dapat komisen Bhai, Macam Polis juga la bahkan mereka ada target berapa kena kutip.

    Pendapatn tu Bhai :) Carik duit raya hohoho.

    ReplyDelete
  2. bro c++,

    parking 5 minit jer..tapi menyusahkan orang lain disebabkan 5 minit dia tu...aku sokong clamp je kenderaan yg tidak patuhi undang2..selain mereka melanggar undang2, mereka juga menyusahkan orang lain..

    sorry bro, cannot agree with you in this issue..

    lagipun betul ke ada orang kena saman sebab pasang owning kat rumah sendiri? rasanya ia bukan binaan kekal...bila2 masa si pencuri besi leh rembat..hahaa..

    aymy8888

    ReplyDelete
  3. Bhai BKT...
    ooo...camtue ker... hahaha.. manyak untung lar...

    Bhai Aymy8888...
    Nih yang gua citer pasai parking kena kompaun tue aderlah pasai parking kat tempat parking yang sepatutnyer tapi terlebih limit masa parking.... tue kejap jer kena kompaun...

    Kalu yang parking tak betul tue... memang patut kena clamp pon... yang itue memang gua stuju kena kompaun... ini yang gua citer aderlah kes lebih lima minit daripada masa parking.... gua dah pernah kena kat area Maju Junction.... gua lambat 5 minit amik kereta.. sudah kena kompaun...

    ReplyDelete
  4. Bhai Aymy8888...

    Sori tadi lupa jawap pasai awning tue... memang ader la bylaw bab tue... alasan PBT ialah mengubah suai rekabentuk bumbung... hahahaha... gilos aaa...

    Kat Kemaman nih... boleh kena kompaun oooo kalu tak submit plan untuk buat awning...

    ReplyDelete
  5. bhai, entah2 kereta pakcik tu kidd macam dalam cerita knight rider tak? malam2 dia jalan sendiri pusing2 kl lalu jln p.ramlee usya awek pilipinos! hahaha

    ReplyDelete
  6. dulu bini aku dgn geng ofis dia selalu jimat duit parking MBI (Majlis Bandaraya Ipoh)...diorang ofis kat bawah..nampak MBI datang baru masuk kan duit..hahaha..tapi sekali tu MBI terus serbu kat kereta diorang..dah usha lama geng ni ngelat bayar parking...tak sempat buat apa2...hahaha..

    aymy8888

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???