16 July 2013

Stok Bekalan Ayam Dah Dikenalpasti

Bhai/DeeDee sekalian... awal pagi tadi gua ader menulis tentang masih ada lagi ayam yang tidak naik harga.... lu orang boleh baca tue kat sini.... tapi rupanyer tak abis lagi citer tentang bekalan ayam tue.. la nih... stok bekalan ayam dah dikenalpasti....

Citernyer ader dalam akhbar Sinar Harian.... hahaha...

Hebat lar.... sekarang kiter baru tau tentang bilangan stok bekalan ayam yang ader.... hahahaha... itu bekalan ayam yang dak kena masuk dalam serkap..... yang masih liar dok sana sini tue plak... gua rasa berlambak.... Hahaha... mesti ader penternak ayam nih sana sini... mesti ader orang sponsor penternak ayam nih...

Mmm.... ayam impot dari Vietnam la yang paling banyak rupanyer... gua ingat ayam impot dari China atau Filipina....mmmm ... yang lagi lawak tue.. ader gak ayam impot dari Uganda, Nigeria dan Kenya.... Hahaha... lawak siot... hahaha

Aper nak jadi aaaa Malaysia nih...


KUALA LUMPUR - Sejumlah 12,434 wanita daripada pelbagai negara ditahan sepanjang tahun lepas kerana terlibat dalam kegiatan pelacuran di negara ini.

Daripada jumlah itu, 3,456 adalah wanita Vietnam yang dilihat cuba mendominasi kegiatan pelacuran di negara ini, kata polis.

Bilangan wanita Vietnam yang ditahan itu meningkat berbanding tangkapan tahun sebelumnya iaitu 2,196 orang, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan.

Beliau berkata kebanyakan pelacur Vietnam itu biasanya menjalankan kegiatan mereka di kelab-kelab malam, pusat karaoke dan rumah urut.

"Sikap mereka yang tidak 'demand' dari segi bayaran membuatkan mereka menjadi 'idaman'. Sebagai contoh, jika mereka diarah menghidangkan air kepada pelanggan, pelanggan hanya memberi 'tips' untuk layanan hidangan air tanpa tips tambahan jika diminta duduk dan berhibur bersama.

"Begitu juga dengan layanan seksual, jika mereka dibayar RM100 untuk urutan 'body to body', bayaran itu dianggap sebagai 'one-off' walaupun pelanggan kemudian meminta untuk mengadakan hubungan seks," katanya.

Abdul Jalil berkata selain wanita Vietnam, turut ditahan dalam Ops Noda di seluruh negara tahun lepas ialah wanita China (5,165); Thailand (2,009); Indonesia (1,418); Filipina (845); India (139); Myanmar (114); Uzbekistan (70); dan Kemboja (70).

Wanita negara lain yang turut terlibat dalam kegiatan pelacuran di negara ini ialah Bangladesh; Laos; Uganda; Nigeria; Mongolia; Tajikistan; Sri Lanka; Kenya; Morocco; Kyrgyz; Iran; Singapura; Hong Kong; Russia; dan Kanada.

Beliau berkata polis melakukan 42,788 serbuan bagi membanteras kegiatan pelacuran dengan serbuan tertinggi di Johor Baharu iaitu sebanyak 8,749 diikuti Kuala Lumpur (8,620), Selangor (6,663) dan Perak (5,426).

"Polis tidak akan berkompromi dalam membanteras aktiviti pelacuran atau pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks dan kami akan sentiasa adakan serbuan dan tangkapan," katanya. - Bernama

4 comments:

  1. ayam ni, mahal sampai beribu riban pun org sanggup bayar. hahaha

    ReplyDelete
  2. dalam ramai2 tu, kenapa yang dari mongolia jadi pilihan org atasan? ehem ehem..... dari uganda tak best ke? ke org malaysia cc kecik? hahaha

    ReplyDelete
  3. Kat Malaysia ni macam2 selera ada Bhai.. So macam jenis ayam ada.. :) haha.. Ada duit boleh la rasa macam2 jenis ayam ni hohoh...

    Tapi ni semua dunai Bhai Dunia.. dah merasa sedap2 kat dunia esok merasa seksa la pulak kat sana.. huhu..

    ReplyDelete
  4. Bhai...isu ini memang tak akan habis selesai punya....buatlah raid berapa banyak kali pun..akan tetap tumbuh balik kerana UMNO haramjadah ni tak serius dan ada "hidden hands" dalam kalangan orang2 berpengaruh yg control ni bhai!! Tukar saja kerajaan dan bagi peluang kepada PR!!

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???