29 March 2015

Kebejatan Sistem Pendidikan Malaysia

Bhai/DeeDee semua ...

Gua nak tulis dalam format skema la plak hari nih... Hahaha... jangan mare.... sebab tajuk artikel pon dah skema.... Hahaha

Sistem pendidikan mana-mana negara adalah bertujuan untuk membentuk rakyat menjadi warga sivil yang bertamadun, berilmu dan berdaya saing. Ini adalah kunci utama sistem pendidikan mana-mana negara. Malaysia juga tidak terkecuali dalam mengembeleng segala tenaga dan kewangan yang ada untuk menaikan taraf mutu pendidikan negara.

Apa yang amat saya kesalkan adalah apabila sistem pendidikan negara telah dilacurkan oleh beberapa phak yang berkepentingan untuk tujuan politik dan agenda peribadi. Ini amatlah mengecewakan saya.  Mari kita kupas permasalahan ini.

Perkara pertama dalam pendidikan adalah penekanan kepada jati diri bangsa dan kenegaraan. Pada awal penubuhan Malaysia, kita berusaha untuk menerapkan jati diri bangsa namun akhir-akhir ini sistem pendidikan yang ada tidak lagi menjuruskan kepada perkara ini. Dalam banyak situasi semangat jati diri telah dilunturkan dengan semangat perkauman dan keakuan. Malah makin hari makin jauh jurang antara kaum di Malaysia gara-gara sikap golongan akademik yang menjadikan politik sebagai illahnya.

Mari kita lihat dalam konteks sistem awal pendidikan iaitu untuk peringkat pra-sekolah (tadika). Apa yang saya lihat dan nampak ialah apabila tadika tersebut dikuasai oleh saluran politik, maka hasilnya amatlah menggerunkan. Kanak-kanak di Tadika Kemas telah ditanam mindanya untuk UMNO/BN, manakala bagi PASTI pula telah ditanam mindanya untuk PAS. Ini realiti walaupun akan ada suara-suara yang menidakkannya yang saya pasti akan mempertahankan percaturan ini.

Ini kemudiannya ditambah pula apabila bahan bacaan dalam pendidikan termasuklah pengajaran dan pembelajaran diterapkan mengikut acuan parti pemerintah. Sebagai contoh bagaimana perubahan fakta sejarah diubah semata-mana untuk menunjukkan status quo sesetengah pihak. Bagaimana pula kita melihat fakta sejarah mengenai Sultan dan Raja-Raja Melayu difabrikasikan demi untuk memperlihatkan keagungan dan kehebatan. Malah isu penjajahan yang fakta asalnya jelas telah diubah oleh para akademik semata-mata untuk kepentingan perut dan bawah perut.

Ini adalah perkara yang memalukan bilamana para sejarawan negara telah melacurkan diri mengubah dan meminda fakta dan hakikat sebenarnya titik tolak sesuatu perkara dan insiden. Malah yang lebih mengecewakan bilamana ianya juga melibatkan pengarang dan penerbit buku sehinggakan sampai kepada pihak yang ditugaskan untuk menjaga arkib sejarah negara.

Bila saya melihat balik kepada beberapa siri peperiksaan awam dalam sistem pendidikan rendah, menengah dan tinggi, saya dapati kemerosotan yang agak teruk telah berlaku. Semenjak awal musim persekolahan pada 2000 sehingga kini telah terdapat beberapa siri perubahan skala pemarkahan dalam peperiksaan awam. Ini terhasil apabila kadar peratusan pelajar yang mendapat keputusan yang teruk telah menyebabkan pihak berwajib menurunkan standard pemarkahan yang sepatutnya.

Pernah dalam satu ketika, bilamana Menteri Pendidikan melihat ramai pelajar yang gagal satu matapelajaran telah mengarahkan supaya Bahagian Peperiksaan menurunkan standard pemarkahan kepada yang paling terendah dalam sejarah Malaysia dan hasilnya Menteri Pendidikan tersebut dengan bangganya mengumumkan ramai pelajar yang dapat keputusan yang cemerlang walaupun sebenarnya ini semua fabrikasi.

Pelajar yang dikatakan cemerlang tersebut akhirnya tidak dapat bertahan dalam sistem pendidikan peringkat tinggi. Bukan seorang bukan dua orang tetapi cukup ramai pelajar yang sebegini masuk belajar di dalam IPTA dengan kelulusan yang telah difabrikasi demi untuk menjaga air muka Menteri Pendidikan. 

Itulah yang menyebabkan "ranking" IPTA di Malaysia diperingkat dunia jatuh merudum dengan teruknya, malah ada kes pensyarah dan professor yang melakukan plagiat dengan selamba kekal dipentas akademik tanpa menerima hukuman. Bukan setakat dikekalkan tetapi ada yang dinaikkan pangkat. 

Apakah hasil yang akan dapat dituai nanti akibat dari kebejatan sistem pendidikan negara? Saya pasti bahawa hanya hampas sahaja yang akan kita dapat sedangkan sepatutnya kita mendapat santannya dan bukannya hampas.

8 comments:

  1. Kenyataan bahawa kanak2 di Tadika Kemas telah ditanam mindanya untuk UMNO/BN, manakala bagi PASTI pula telah ditanam mindanya untuk PAS adalah kurang tepat. Kanak2 mana faham tentang politik sehingga mereka dewasa.

    ReplyDelete
  2. Salaam, Tuan blogger, t.kasih krna menonjolkan kebejatan dlm sistem pendidikkan yg memang ditahap sengkek terlampau. Gue biasa semak tesis peringkat sarjana (master) seorang siswa IPTA, terkejut sakan gue, ide2 nya ditahap darjah enam sekolah rendah sahaja. Ada satu ketika gue marahi guru tuisyen matematik tahap SPM, krana dlm peperiksaan prcubaan (trial exams)anak gue hanya skor 26%, namun guru tuisyen mnjawab bahwa 26% bolih dikira bagus, krana markah lulus telah dikurangkan secara mendadak dan ramai penuntut terutama diluar bandar hanya dapat 2 markah (2%) sahaja. pun begitu, kebobrokkannya kini telah merebak pd kebanyakkan instutusi dan sistem negara.

    ReplyDelete
  3. sejarah jangan diubah biar dibicara dikaji kenapa boleh jadi macam tu pada tanah air kita
    dulu penjajah pangge malaya kita pangge tanah melayu kan dah elok
    bila pulak britis suruh ubah jadi malaysia tak tau la pulak
    biarla kekal nama tanah melayu walau pun rakyatnya berbilang bangsa tak jadi masalah
    jati diri dah longgar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk makluman anda, Malaya yg kita panggil Tanah Melayu itu hanyalah gabungan semua negeri-negeri di semenanjung sahaja, itu pun sehingga 15 September 1963. Mulai 16 September 1963 sebaik sahaja British memberikan kemerdekaan kepada Singapura, Sabah dan Sarawak yang dimestikan bercantum dengan Malaya, maka terbentuklah sebuah negara baru dinamakan Malaysia. Pada 1965 bila Singapura keluar dari Malaysia, nama negara ini masih dikekalkan sebagai Malaysia sehinggalah sekarang. Selebihnya, anda boleh mengkaji buku sejarah tanah air, termasuklah juga etnik watan, umpamanya di Sabah kebanyakannya adalah dari kaum Bajau, Murut dll serta di Sarawak pula terdiri dari kaum Iban, Kadazan dll.
      Harap maklum.

      Delete
  4. rocky the great brown unused dick says: wa da lama membugimakkan kerajaan yang tinggalkan Laporan Rahman Yaakob. Lepas laporan tu dan modul dasar pendidikan asas oley Ungku
    Aziz, anak2 Malaysia jadik hancor terutama bila Dr M ambik laih pemerintahan dan terbukti kini dia telah BERJAYA menghancurkan bangsa Melayu dari muka bomi ini... apa jua system pendidikan yang diperkenalkan sekadar make up untuk membantu kawan2 penerbit tokeh percetakan penulis pengedar dll... anak2 melayu Malaysia? pegi mampos!! memang bugima

    ReplyDelete
  5. yang diperintahkan bechantum
    lain macam pulak bunyinya
    britis bagi medeka ingatkan dihalau britis patutla kena ikut perintah britis
    sodih tanah air ku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brunei juga yg buat keputusan bijak, tidak mahu merdeka menerusi kaedah itu. Brunei dimerdekakan selepas cukup tempoh perjanjian, ia merdeka tanpa perlu bergabung dgn Malaysia. Jika Sabah dan Sarawak mengikut jejak Singapura keluar dari Malaysia, BN pasti bungkus!

      Delete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???