28 March 2015

Dimana Mereka?

Bhai/DeeDee semua...

- Di kala rakyat menjadi gundah gulana akibat dari kos sara hidup yang tinggi, dimana para Sultan dan Raja-Raja?
- Di kala rakyat tertekan dengan kebejatan ekonomi, dimana para Sultan dan Raja-Raja?
- Di kala rakyat diasak dengan pelbagai cukai, dimana para Sultan dan Raja-Raja?
- Di kala rakyat dicengkam dengan pelbagai tindakan berat sebelah pihak berkuasa, dimana para Sultan dan Raja-Raja?
- Di kala rakyat ingin berjumpa dan serahkan memorandum, dimana para Sultan dan Raja-Raja?
- Di kala penguasa yang menggunakan nama raja membuat gila, dimana para Sultan dan Raja-Raja?
- Di kala pihak berkuasa melakukan onar dan dusta, dimana para Sultan dan Raja-Raja?

Dahulu... Satu masa dahulu ...

- Di kala rakyat menentang penjajah, dimana para Sultan dan Raja-Raja?
- Di kala rakyat hilang nyawa berperang melawan penjajah, dimana para Sultan dan Raja-Raja?

Yang telah terjadi...

- Hanya kerana destarnya terkena sepak raga, menggila dibunuhnya sesuka hati rakyat jelata oleh suku sakat kaum kerabat para Sultan dan Raja-Raja..
- Hanya kerana gila sebijik nangka, ditikam, dibelah perut dan disula rakyat jelata untuk melihat benarkah anak dalam perut mengidamkan nangka
- Hanya kerana syak wasangka, dibunuhnya seluruh kaum keluarga rakyat jelata
- Hanya kerana gilakan pangkat, jawatan dan tahkta, sanggup bersekongkol dengan penjajah durjana.

Yang pastinya, rakyat bukan pengecut, rakyat tidak lari dari berjuang, rakyat sanggup mati demi tanah air tercinta, rakyat bukanlah yang menjual tanah dan negara ini. Walaupun sehebat mana sekalipun penjajah yang datang, rakyat pasti berjuang.... rakyat tidak akan dengan senang hati membuat perjanjian untuk kepentingan diri sendiri dan keluarga.... Rakyat tidak akan menjual tanah tercinta ini dengan harga 8 ribu dolar Sepanyol... Rakyat pastinya tidak sebodoh itu menjual secara selagi ada bulan dan matahari... Biar pon terpaksa memakan ubi kayu dan keledek... Tanah ini tetap akan diperjuangkan.

Rakyat adalah pemilik tanah ini... Hasil masyhul tanah tercinta ini hanya untuk rakyat.... Sebab rakyat yang berusaha membanting tulang empat kerat dan keringat... Sebab rakyat tidak pernah mengatakan bahawa yang ini harta mereka yang itu harta mereka tanpa berusaha.... Rakyat tidak makan ditanggung berak dicangkung...

Ini sejarah, ini fakta, ini realiti, ini hakikat, inilah yang dibaca oleh akal yang waras.

Hanya juak-juak penyembah manusia sahaja yang tidak membaca dengan akal yang waras.... Itu sebabnya sampai ada yang sanggup berbuat derhaka kepada rakyat semata-mata menunjukkan ampu dan bodek kepada manusia yang disembah... Sampaikan sanggup mengubah sejarah semata-mata untuk menipu anak cucu kononnya manusia yang disembah itu tiada cacat cela... ketua kepada agama... pelindung kepada rakyat...

- Yang gila bersabung ayam (judi) kekal bersabung ...
- Yang gila bergundik (zina) kekal bergundik ...
- Yang gila bermabuk (arak) kekal bermabuk ...
- Yang gila bersuka-ria (pesta) kekal bersuka-ria
- Yang gila menjual harta (tanah, balak) kekal menjual harta ....

Dan macam-macam lagi kegilaan...

Nauzubillah ...

4 comments:

  1. penaung bukan penjajah
    sejarah tanah air sendiri pun nak di ubah
    apa ke jadah ni
    kpn yang pertama sapa dia pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhai/DeeDee Anonymous...

      Hahaha.... KPN yang pertama... Henry Gurney kot?? Hahaha

      Delete
  2. A'kum sdr. C++

    Marah nampaknya kali ini?
    Memang susah nak buka mata manusia yang ngantuk kerana habuan dunia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhai MountDweller...

      Bapak tak marah... tapi bapak suka.... Hahahaha

      Delete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???