03 March 2021

Bursa Lelong Masih Berlangsung

Bhai/DeeDee semua...

Takiyuddin ada bagitau takmo nak buat Sidang Parlimen sampai 1 Ogos 2021 .. Korang kena paham sesuatu.... Kata-kata yang kononnya benarkan boleh buat Sidang Parlimen baru-baru nih tue semua sekadar buat bahan sembang kedai kopi ja... Yang cakap tu pon buat camtue pasai nak jaga waterface ja.... tak lebih dari tue...

Ko ingat bodoh ka Muhyiddin Yasin nak buat sidang Parlimen dalam keadaan sekarang nih... wei giler aaa... ini cari maut... ini cari nahas...

Sebab Bursa Lelong beli ahli Parlimen masih lagi berlangsung... ko orang ingat kecik-kecik anak ka deal nih.. wei... paling cikai gua dimaklumkan kos bursa lelong beli ahli Parlimen nih sekitar RM25 juta ... itu paling cikai...

Tipu lah kalu ader yang kata tak dibayar... hahahaha... sembang babi terbang nih sapa pon boleh buat... konon bertukar arah sebab kesiankan pengundi la.. konon nak jaga integriti la... ini semua lahanat punya sembang...

Kalu takder duit sebagai imbuhan ko ingat depa nak berpaling tadah..... hahahaha



5 comments:

  1. Konspirasi Zeti dan ex MACC Shukri dan lain lain fitnah jijik terancang 1MDB makin terbongkar.. link video kat bawah tu haahh..!

    Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempersoalkan mengapa peguam-peguamnya dan beliau sendiri tidak pernah diberitahu tentang tuduhan terbaharu yang mengaitkan keluarga mantan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menerima dana daripada Jho Low yang berkaitan dengan skandal 1MDB.

    Link dibawah ni haahh.. konspirasi Zeti dan Shukri dll perangkap Najib (Shukri akhirnya dilantik Head of MACC selepas kemenangan PH membentuk kerajaan .. dan siapa PM dlm kjaan PH yang lantik Shukri Head of MACC itu... budak tadika pun bole jawab..!!)

    https://youtu.be/o5kIGIfDgSk

    Mahkamah Tinggi pula mengeluarkan "amaran sangat keras" kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar tidak mengulangi "serangan secara maya" terhadap bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

    Hakim Collin Lawrence Sequerah berkata walaupun tidak ada keperluan untuk mahkamah mengenakan "gag order" (perintah sekatan) terhadap Najib, Ahli Parlimen Pekan itu harus berhenti membuat kenyataan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB)..!!

    Menurut Najib, perkara tersebut amat penting kerana ia boleh dijadikan bahan bukti kes perbicaraannya berhubung kes skandal 1MDB yang dihadapinya.

    “Justeru, mengapa dokumen seperti ini tidak diserahkan sebagai bahan bukti kes dalam perbicaraan-perbicaraan saya di mahkamah selama ini berhubung kes 1MDB yang saya hadapi?”soal Najib.

    Kenapa mahkamah mengeluarkan "amaran" sangat keras" kepada Najib agar tidak mengulangi perbuatannya dan mahkamah akan mengambil apa juga tindakan yang perlu bagi melindungi integriti institusi ini," kata hakim.

    Presiden Parti Keadilan Rakyat, (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tuduhan baharu terhadap mantan Gabenor BNM itu telah mencemarkan imej dan reputasi integriti Bank Negara...

    Akhirnya AMMB Holdings Berhad bersetuju menyelesaikan semua tuntutan dan tindakan tertunggak berkaitan pembabitan Kumpulan AmBank dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai RM2.83 bilion.

    Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz berkata, penyelesaian terbaru itu bermanfaat kepada rakyat Malaysia.

    Menurutnya, penyelesaian melalui sistem mahkamah akan membabitkan masa dan sumber kewangan yang banyak.

    Persoalan yang timbul ialah kat celah mana duit 1 MDB itu dikatakan lesap..!? Kena siasat cari dan bongkar siapa dalang kepala sial konspirasi fitnah jijik kes 1MDB.

    ReplyDelete
  2. Itu pasai lah bhai kena angkat syed akbar ali jadi piem. Bab agama, ekonomi, perpaduan semua dia terre. Betul bhai mamak padukang sg pari ni memang super duper terre.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ada potensi jadi semacam mamak kutty. So dont take the risk

      Delete
  3. Suami Zeti Aziz bekas gabenor Bank Negara didakwa menerima dana dari 1MDB menerusi akaun bank miliknya di Singapura.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Zainuddin Yaacub, berkata siasatan dijalankan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA 2001).

    “Memandangkan kes ini melibatkan keterangan di Malaysia dan juga di luar negara, PDRM sedang mengambil tindakan susulan mengikut Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 bagi mendapatkan keterangan yang berada di luar negara,” katanya dalam kenyataan.

    Justeru, Zainuddin berkata, PDRM menasihatkan masyarakat untuk tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi melalui mana-mana platform sehingga siasatan polis selesai.

    “Kertas siasatan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan sesuatu keputusan,” katanya. –

    ReplyDelete
  4. Bhai, jika nawaitu mereka jujur untuk mengelakan dari kena covid19, selamat lah mereka,tetapi jika nawaitu mereka untuk mengelakan dari jawatan dan kedudukan mereka terancam, depan Allah nanti jawab lah, mereka buat buat tak tahu segala urusan didunia ini akan disoal diakhirat nanti, kanak kanak yang belum disuntik vaksinpun dibenakan kesekolah, MP yang dah tua bangka yang tahu apa itu SOP yang tahu jaga diri tak kan lah takut nak bersidang diparliment, ALLAH MAHA MENGETAHUI

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???