11 July 2022

Bila Urusan Haji Dikomersialkan, Dimana Silapnya?

Bhai/DeeDee semua..

Tanah suci Mekah hanya boleh menampung sekitar 3 hingga 4 juta orang jemaah sahaja setiap kali musim Haji. Jika berlebihan maka perkhidmatan, kebersihan dan penginapan serta urusan Haji jadi terjejas. Kesesakan dan segala macam perkara yang kita memang hendak elakkan.

Katakanlah dari 1.2 Bilion umat Islam yang ada sekarang nih... 0.01% sahaja kita benarkan untuk menunaikan ibadah Haji.... jumlahnya adalah seramai 12 juta orang...

12 Juta orang memang tak dapat ditampung dengan kemudahan sedia ada di Tanah Haram. Sesak... Jadi terpaksalah membuat kuota kurang daripada itu.

Masalahnya... ada jamaah yang tamak hendak pergi ke menunaikan Haji setiap tahun... setiap kali pun dia jugak hendak pergi. Kalu semuanya dilayan dan dibenarkan... ianya akan menyebabkan orang lain yang baru nak pertama kali pergi akan tak dapat slot visa haji ... 

Jadi timbullah idea untuk mengenakan caj tinggi bagi yang nak pergi Haji kali kedua dan ketiga serta keempat nih... atas alasan asalnya konon nak mengekang orang perg Haji banyak kali... 

Tapi..

Tapi biler yang nak pergi Haji banyak kali nih sanggup membayar harga yang mahal gila... maka aderlah orang akan gelap mata... bila urusan Haji dikomersialkan. Disinilah punca silapnya... Jahanam...

Pada mereka tak salah kalu nak caj harga tak masuk akal... sebab kalu ko takder duit ko takkan amik pakej macam ini..... Jadi ianya adalah konsep penawaran dan pembekalan....jadi tak salah...

Lepas itu bila kuota disekat... maka ader la yang kantoi... jahanam la jadinya...

Huhuhu...



1 comment:

  1. Dalam keadaan kuota yg begitu menghadkan, TIDAK BOLEH DIBENARKAN SESIAPA SAJA mengerjakan haji lebih dari sekali, walau pun sebagai VVIP, petugas, mahram atau yg ada duit bertimbun sekali pun kerana ia akan sabotaj HAK orang lain. TH sila laksanakan tugas anda dengan bijak.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???